Friday, March 26, 2010

penghulu segala hari

iaitu hari Jumaat.
seronok sungguh bagi mereka yang bekerja, hari ni last day kerja dan esok lusa boleh rehat.

saya pulak pagi ini setengah hari ada tournament bowling di ARL Bowling Centre, Alam*anda. hahaha.
(maaf Beth, saya tak leh reply sms anda kerana phone kena bar!) usah ditanya kenapa Urus Setia buat waktu kerja, saya tiada jawapan untuk itu! :P yang pasti kami diberi pelepasan. kesian kawan merangkap jiran sebelah saya ni, dia kena tinggal. semua kami ke sana untuk main dan kemudian berjimba, tapi dia kena jaga opis. Sorry Qilah!


game? oklah. tapi sengal aaa tempat tu. ada ke mainkan lagu Siti Nurhaliza back to back. gila horror. kalau selang seli pun dengan lagu Ukays or Slam or tah sesapa makhluk! :P tapi saya, dal yang sengal, muni si minah lawak, haina termasuk lah Datin, semua menggila. puan je hahaha tak berapa nak sporting! :P

afterall keputusannya saya hanya memenangi game ke-2 (kami main tiga game) dengan accumulation point sebanyak 128 jatuhan pin. hahaha. game saatu dan game dua, haremm.

oh. nak cerita ni. ingatkah entry saya itu yang berkenaan dengan Earth Hour? hik hik. membaca entry Cik Eny menyebabkan saya teruja nak t-shirt Earth Hour Alam*anda tu jugak. kebetulan selepas bowling tadi kami memakan2 di Secret Recipe. total adalah RM200.90. so saya pun amik resit dan redeem lah! lepas tu ada rezeki Cik Dayat, kami membeli barang di Watson lebih kurang RM267.00, dia dapat la t-shirt lagi satu.

oh, Cik Dal, mu tokse g redeem ko? 

walaupun t-shirt itu (saiz S) dikatakan lebih kecik dari XS, nampaknya mamat concierge itu tipu saya. :P besar gabak. rasanya akan menjadi milik orang lain lah tak lama lagi. akan semangat Earth Hour saya semakin membara! bukan kerana t-shirt la. hahaha

ok. tu saja. petang ni macam banyak event. meeting la, kursus e-tanggung kerja la, aerobik lagi. penat la. malam ni nak ke Bukit Beruntung untuk majlis cukur jambul Zara. saya akan update pasal majlis tu later k!

orait. itu je. bai. nak concentrate keje ni. :P

xoxo

No comments: