Wednesday, March 10, 2010

budak kaca mata

(disclaimer : entry ini adalah tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. entry ini adalah menceritakan tentang keinginan dan ketaksuban penulis terhadap pemakaian cermin mata. siapa yang rasa nak muntah dan menyampah, sila ke butang 'x' di sebelah kanan atas browser anda dan beredar dari sini ye. thanks!)

sapa kat sini pakai cermin mata berpower also known as (aka) rabun?
tak kira lah pakai untuk membaca, rabun dekat, rabun jauh, silau dan sebagainya.
yang pasti pakai cermin mata lah! ok. angkat tangan....
(erm...mesti ramai!)

   

cik ahkon adalah tidak memakai cermin mata. tapi. bercita-cita super high nak pakai jugak. mak and ayah tidak memakai cermin mata asalnya. baru2 ini aje lah bila umur dah bertukar ke digit 4 di hadapan, mulalah huruf2 nampak samar dan jauh kalau tak pakai spek. dari dahulu (zaman sekolah rendah) saya sangat suka tengok orang pakai spek. hik hik. and i really like people who wear spectacle. ada markah bonus di situ (untuk jejaka la, jejaki i adore :P). dan bagi wanita yang memakai spek, dia nampak professional dan nampak sungguh bijak. taktau la kenapa. tapi betul, orang pakai spek ni dia nampak something! ada plak orang lelaki yang suka tengok perempuan pakai spek kerana nampak sexy.oh ye ke? bila saya pakai diorang kata macam cikgu bedah. huk huk


obsesi nak memakai cermin mata ini timbul apabila saya merasakan kawan2 yang pakai spek itu semuanya nampak genius. saya telah mencuba pelbagai kaedah untuk merabunkan mata sendiri. contoh-contoh yang saya buat ialah dengan membaca buku/majalah di dalam kereta pada malam hari. ayah dan mak slalu bising kata jangan baca buku dalam gelap tapi saya nak jugak! saya adalah ulat buku ye. dan kat rumah, saya dulu (sampai sekarang) suka menghadap komputer/pc atau laptop dengan tutup lampu bilik. cukup dengan cahaya dari skrin komputer sahaja. 


dan untuk kaedah merabunkan diri sendiri dengan lebih extreme, saya meminjam dan memakai spek kawan-kawan di sekolah. lagi tinggi power lagi saya suka. walaupun saya tak nampak apa2 melalui spek tersebut tapi demi merosakkan mata sendiri, saya pakai jugak! tapi apakan daya, saya masih tidak memakai spek sehingga hari ini!


salah saya kot kerana masih tidak rabun kerana saya adalah menjadi penggila carrot mentah (saya tak makan carrot yang dah dimasak). saya boleh meratah carrot tersebut (dengan secawan susu lagi best!) tak kiralah baby carrot atau carrot besar tu. so agaknya Vitamin A telah prevent saya untuk menjadi rabun. huhu. 



di office. Seksyen kami total tujuh orang dan 4 orang darinya pemakan cermin mata. huk. kecik hati. tengoklah bos-bos semua ramai yang pakai spek. walaupun tidak memakai spek sepanjang masa, tapi pakai untuk tengok pc dan membaca. still pakai kan? tapi saya menerima takdir seadanya lah. dah tuhan itu memberi saya nikmat untuk melihat dengan terang. pernah saya merasakan pemandangan mata ini semakin kabur tahun lalu (2009) seraya saya cepat2 ke kedai optical di Alamanda untuk buat pemeriksaan mata. turns out that mata saya hanyalah letih. bukan rabun! ceh!!!


ok ok. saya sedar. masih dan tetap sedar. saya bukan menceritakan kekurangan orang lain di sini ye. cuma saya rasa best tengok orang yang pakai spek. orang2 yang pakai spek bila saya beritahu benda ni mereka bising. mereka kata saya perlu bersyukur yang saya tak perlu bersusah payah nak fikir pasal spek, contact lens dan sebagainya. oklah. saya tidak akan brag lagi pasal kenapa saya tak pakai spek. cuma i really adore orang2 yang pakai spek. saya melihat anda sebagai bijak dan smart k! its a compliment. saya pakai spek hitam je lah. ok.

kepada pemakai cermin mata sekalian. i love you (tetiba). dan syukur alhamdulillah. mata saya masih 20/20.
(taktau nak cakap apa dah). bai. 

p/s : Didi. ko wanita cantik yang memakai cermin mata - kata peminatmu :P (aku rasa ko cantik je tanpa spek pun! hahaha)

Credits : Google Images



4 comments:

khairabdullah said...

ek eleh.. sibuk sangat nak pakai spek pakai jelah yang takde power tu.

takyah la nak rabunkan biji mata..

azurasid said...

ye awak memang teringin sangat nak pakai spec. ingat tak masa nak buat first spec akak? awak yang beria test semua spec. and yes, you decide which spec suits me best. sampai orang ingat spec levi's la. padahal spec kat rak bawah cermin je kan. ;)

didi said...

hihi
sangal betul kau ni
(eh, puji aku, kena sengal pulak)

aku suka org lain yang pakai spek
bukan aku
aku lagi prefer takyah pakai
walaupun ianya memang menampakkan aku lebih bijak dan korporat
tapi menimbulkan kekeliruan ke atas personaliti aku
iaitu yg agak sengal dan kadang2 ntah pape

another example : suhana azlin.

hahahaha

princess~syeena said...

babe,

kalau power ko dah sampai 700 left and right mcm aku, mesti ko dah tak suke dah....

hehhehe...aku mmg dari dulu tak suka carrot, so inilah padahnye!

pakai frame tak de glasses pon bleh gak..jadi mcm din beramboi dalam Raja Lawak...hehhehe