Monday, March 29, 2010

dukun hujan

kat luar tingkap ofis ni, hujan makin lebat.
guruh berdentam dentum.
aku? masih menghadap pc. tadi meeting dari jam 3 hingga jam 5 lebih.

kenapa tah lately aku rasa aku malas nak kerja.
aku tak cukup masa.
aku menyampah dengan kerja2 aku.
tapi aku paksa diri untuk buat jugak.
umpama bayi yang baru lahir disumbatkan botol susu.

aku marah apa ntah petang ni tadi.
tetiba aku nak naik hangin. atau aku masih belum boleh get rid of apa yang diorang kutuk aku Sabtu lepas?
sebab aku dah 27 tahun, aku tak kawin lagi.

aku sendiri tak mampu dah nak cakap ngan diorang.
aku perempuan. bukan aku tak laku.
cuma masalahnya orang-orang yang berkawan dengan aku tiada hati nak kawin dengan aku.
itu je lah. dan senang kata, belum sampai jodoh.
diorang yang mulut2 jahat tu (ada yang main2, ada yang memang lahir2 dah mulut jahat) sebenarnya tak sedar yang kita ni (perempuan2 single) ada hati dan perasaan.
jangan lah ingat nak sedap mulut kau je kan.
kau pun ada anak perempuan, adik perempuan, kakak perempuan, cucu perempuan.

dia fikir kita suka dia cakap2 kita macam tu.
dia ingat kita anggap dia nyanyikan kita ke hape.

sudah lah wahai manusia2 semua.
aku letih. pendam rasa sebab mulut2 korang.
akibatnya aku makan dalam. paling teruk, orang2 yang jadi mangsa amarah aku.

boleh tak, tak payah jemput orang2 yang sebok2 mengutuk aku ni masa aku kawin nanti.
kalau ada jodohlah.

aiseh. aku penat. sakit otak.
aku nak balik. nak carik Mr. P.

10 comments:

fara said...

kamu cantik, berkarier hebat serta dikelilingi kawan kawan yang baik.. there's no need to justify anything to the world..you're doing well ..very well my friend..takde mana mana fact pun kata married women is happier than bujang trang tang tang..

Anonymous said...

jgnla mara makcik2 tua tueh....dia jeles ngan u tuh...be positive k!

~bEth~

thefrogprincess said...

be happy..bukan nye tk bekerjaya...zaman dolu-dolu bleh la...21 tu dh kene kawen..diorg bkn keje dulu..takat pagi jemur kain ptg angkat kain d jemuran..tgh hari blaja masak..mmg patut la kawen awal..duk umah jaga laki n anak..weel skarang things have changed. pompuan bekerjaya..ada matlamat hidup sndiri bukan takat keje nk jaga laki jer..kita kn kaum yg mnyumbang ke arah penjanaan ekonomi negara !

so..stay still n be proud of what u r !

Eny Yusof said...

relax beb. aku ni hah dah 32 tahun ni. bukan setakat nak kawin, bercinta pun tak penah tau. but everything happen for a reason. sabor ajelah. mulut manusia memang tak boleh nak tutup. aku tak kisah tapi lama-lama jadi kisah sebab mulut2 orang yang tak faham ni lah. kadang-kadang aku emo jugak tapi kadang2 aku zass je balik.

mursapap said...

Orang mengumpat dosa kan.
Orang mengata dosa jugak kan.
Orang dengki dosa.

So pegi MAMPOS dengan orang-orang tu. You hv ur friend to lean on.

hade said...

ahkon..

apa kata i yg pinang u..i sudi aje, i kan peminat u..he3..

x yah susah2 fikir lagi..:)

hade said...

setiap manusia Allah ciptakan berpasangan..dah ada pun jodoh setiap org..cuma kena usaha cari..
kalau ahkon x bukak hati ahkon..tentunya ahkon x kan jumpa..
maksudnya kena usaha dan andai jumpa, tawakkal pada yg Esa..moga2 berjaya sampai ke anak cucu..insyaAllah.

gud luck cik ahkon..:)

p/s: sudi ke terima pinangan i ni?

hade said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

babe,
mmg mulut org kita tak bole nak control.diorg bole ckp ape saje.
daripada tak kesah, jadi benda yg kene pikir/memgadap tiap hari.
sama mcm aku dlu laa... blom kawen, org bising2 bila nak kawen. dah kawen, org bising lagi bila nak dpt baby... siap recommend good doctors and dukun to me. macamlah aku dah kawen 10thn tak dapat baby. geram je kan? tapi sabar jelah. like u said, blom sampai jodoh lagi.

tak mo tensi.

*hugs*




~coffeeaddicts~

suhana azlin said...

weyh, kenapa aku terbyg cam ko ckp kat aku live in action mulut pok pek emo sambil kunyah edamame kt sushi?

uwaaaaa...rindu ar nak gosip..huhu...