i had a boring weekend. *sob*
seriously. bosan kerana dua-dua hari me, mak and ayah sahaja di rumah.
internet-less. gila babi rasa ketinggalan dan craving untuk check email menjadi2 sehingga meroyan. haha
adik tak balik, dia ada exam. yeke? ke ko g dating? macamlah shah alam tu jauh. :P
so saya memang tiada lappie la hujung minggu itu. teman saya? tentulah LG Scarlet kat hall.
berbekalkan 3 remote control (tivi, astro, dvd), saya lompat2 dari satu channel ke channel yang lain.
range nya adalah dari 701 hingga 714 sahaja. tak pernah nak bukak channel lain.
sepatutnya hari Sabtu g wedding Sas & Eli kat Dewan Beringin, tapi Zurai was down with fever (orang ditinggalkan suami baru seminggu dah lunyai demam...Basiq! Sian Zurai!!!!). so memang dari lepas subuh membawa ke Isya', saya depan tivi atas sofa. ayah n mak kena layan tivi biasa (channel 1,2,3) di dalam bilik. *gelak jahat!*
cuma semalam, bila dah tepu kepala otak duk rumah, pas zuhur saya terus siap2 dan gerak g Bangi. hahaha. mana saya pergi? gi ke Yummies la. :) beli barang buat kek. butter dah habis. tambah self-raising flour yang dah tinggal beberapa gram saja. sebab internet takde, saya mengorek segala benda, kertas2 di rumah dan akhirnya berjumpa dengan resepi hasil tulisan tangan. teka lah. hahaha. balik itu, terus saja tukar baju dan memulakan acara membuat Butter Cake! resepi adalah hasil ihsan auntie yam! ini adalah resepi tersebut:
Butter Cake
8oz Butter (preferably Anchor, SCS or Lurpak)
8oz Castor Sugar
8oz Self Raising Flour
1 teaspoon Vanilla Essence
4 eggs
1 tablespoon Full Cream Formula Milk (Susu Tepung) + 1/4 cup hot (boiled) water
1. Pukul butter, vanilla essence dan castor sugar - sampai putih.
2. Campurkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Tuangkan campuran susu tepung dengan air panas ke dalam adunan dan pukul lagi hingga adunan ready.
5. Bakar dalam kepanasan (yeke?) 160 darjah dalam tempoh 45 minit atau lebih.
6. Makan!
so, itu lah penawar hujung minggu saya.
i am happy! oh. hari ni ada Oscar kan??
nak cuti, tak dan. sebab ada meeting. huhu


3 comments:
wah... sedap nyer.... menelan air liur plak... hehe.. ok, i'll try dis resepi..
makcikkk,
dtg penang tlg buat sebarang kek, boleh takkk??? ishk. sedap plak tgk butter kek kot nih.
~coffeeaddicts~
butter cake..old skool n klasiq hehe..
p/s: weh, dpt x emel aku? nggak sempat nk tukar duwit eh?
Post a Comment