Thursday, February 17, 2011

geng's trip to JB : Majlis Pernikahan dan Resepsi Um Liyana & Mila





(ok, entry ni dalam draft untuk tempoh dua minggu dah. hahaha. sorry ahli geng di Aberdeen, kerana terpaksa melayan kemalasan aku :P)

setelah sekian lama tiada trip geng (last sekali adalah Penang Trip pada bulan Mac 2010 - Taiping trip saya tak join). excited nak ke Johor Bahru. buat pertama kalinya, geng kahwin sama geng. hehehe. so excited!! kami bergerak jumaat malam jam 8 dari Putrajaya dua kereta. Ayol dari Bangi satu kereta. so total 3 kereta. max dan cik tunang serta syazwan (husband didi) gerak sabtu petang.

sampai di Tune Hotel, Danga Bay lebih kurang jam 1 pagi. check-in dan sebagainya, kami tidur dengan nyenyak sampai pagi. bilik yang super cute (kata Nana, sesuai dengan orang2 macam saya, didi dan said) dan sangat selesa. berbaloi2 dengan harga yang dibayar. oh, penginapan disponsor oleh Puan Um Liyana. thanks babe!!

the next morning, kami bergegas breakfast di Restoran Bumbu Asli. oh, nyaman. kenapa? sebab dapat makan soto pepagi buta. sesuatu yang dah lama saya tak buat sejak habis belajar dulu. Kak Zura, ingat tak dulu pepagi makan kat kedai Taman U. Mesti soto ngan bergedil kan??!! :

Upacara pernikahan dijangkan berlangsung jam 10 pagi. Kami sampai betul2 masa pengantin baru sampai di Masjid Kolam Air. Sampai saja, terus la si Mila kena usik. Muka dia masa tu memang cuak dah. Haha.siapa lagi yang menyakat, kalau bukan Cheche dan Ayol.

see? Encik Mila cuak kan??!!

gosip pasal pengantin yang lari2 dalam masjid :P


smile for the album 

star of the day. sorry um.

cun kan? :) ayu!

Tak lama lepas sampai tu, kami berkumpul dan majlis pernikahan bermula. Ianya berbeza dengan pernikahan di KL/Selangor yang pernah saya saksikan. Sebab di Johor, pernikahan berlangsung berdasarkan tatacara program sakinah. yang mana terbahagi kepada beberapa proses. Memang lain dan saya rasa bagus untuk digunakan di negeri-negeri lain jugak. :) Airmata mengalir la saat mak pengantin baca nota penyerahan. Sedih woooo.

bacaan takliq. 
masa ni dah sah dah :)

us with the newlyweds 
(didi dan said sepasang *ngeee*)

selamat je majlis, hujan turun menderu-deru.itu lah bermulanya hujan sehingga hari ahad yang telah menyebabkan sebahagian dari segamat dan beberapa tempat di johor ditenggelami air. petang itu kami ke Plaza Pelangi untuk borong dvd. hasrat hati pada awalnya untuk layan karaoke dibatalkan dan kami celebrate birthday Didi dan Faie di Coffee Bean. 

malam itu, selepas insiden Max nak solat tak muat dalam bilik (dia gorgon), kami dinner/supper di Restoran Singgah Selalu. Sempat mengenakan didi, pasang lagu birthday kuat2 dan semua orang nyanyikan dia. haha. masa ni rupanya Cik Chelsea duduk betul2 setentang dengan saya. Tapi sebab hujan, orang ramai, kami belum berjodoh nak jumpa. Bila nya babe???

So, the next day. Seawal jam 10 pagi kami dah check-out. So lepas di Thistle JB. Tempat pengantin bermalam dan bersiap. So, lepak skejap. Ada insiden emergency yang membuatkan semua orang jadi tidak menentu. Alhamdulillah. Semua selamat. Sama-sama kita doakan kawan saya ye.

aksi dalam lif. kesha muka terpegun dengan aksi auntie2

see, dia paling chumel kan? dalam beg pun senyap. haha

tak, um tak tido. dia tengah mekap dan migrain :P

baju yang tantek. bayangkan ahkon pakai.
sure gedobos. T__T

pelamin

sangat um liyana 

:)



Dan Um dan Mila selamat disandingkan selepas zohor. Kami tak tunggu lama. Sebab hujan memang dah menderu2 turun mencurah bumi Johor. Kami berangkat ke KL sejurus keluar dari dewan jubli intan. Semua sampai di KL lain-lain masa. Tapi alhamdulillah selamat. Untuk Said, terima kasih kerana menumpangkan saya dan Didi (route ke JB) dan saya dan Nana (route JB-KL). Jasa mu ku kenang. Lepas ni??? KL Wedding bulan 6. Wedding Max and Khairun (oh, diorang bertunang masa Chinese New Year lepas. Congrats lovebird!!!)



To Um & Mila - Selamat melayari bahtera rumahtangga. Aku doakan korang berkekalan hingga akhir hayat. Make lotsa babies. Um, bila nak rasa masakan kau ni?? :)


p/s : saya upload gambar resepsi rumah mila pas entry ni k.



2 comments:

cc said...

sy juga check in di tune hotel pd hari yg bkenaan, tp mengapa kita tak tserempak? :p

anak siapakah itu? comel yg amats!

suhana azlin said...

skang mmg trend bj pengantin mcm dress eh? time aku dulu xdak pong huhu....tantek arr kalau skang nk pakai silap2 org ingat aku pregnant pulak. haih.