Friday, May 27, 2011

Travel Review : Umrah 2011 (Part 1 - Yemen)


Salam semua.
Macam dah saya janjikan (dengan diri sendiri dan kengkawan kat sini) saya akan update cerita perjalanan umrah saya tempoh hari. Perlu saya nyatakan terlebih dahulu, cerita ini sekadar catatan perjalan untuk membolehkan saya mengenang kembali pengalaman tersebut dan untuk share dengan korang few things yang maybe dapat saya share kan. 

Trip kali ini adalah impromptu. Sesuatu yang tidak dirancang dalam tempoh masa yang lama. Saya hanya dapat tahu kami akan berkunjung ke Baitullah pada bulan Januari yang lalu. Iaitu lebih kurang 2 bulan before pegi. Initial date adalah 6 - 13 Mac 2011 dan kemudiannya berubah ke 13 - 27 Mac 2011. Tarikh kedua yang dipilih adalah bertindih dengan satu event di ofis. Seperti yang dijangka, memang saya dibelasah terbaek kerana mereka tak boleh terima hakikat saya akan bercuti selama dua minggu dan tiada semasa event itu. Tapi saya nekad, apply je cuti dan doa supaya perjalanan dipermudahkan. MakNgah pilih pakej ziarah Yemen-Madinah-Mekah. Kami naik Yemenia Airway (Yemenia).

Selepas booking ticket dah settle, kami mula hadir kursus umrah selama 3 minggu berturut2 sebelum berangkat. Last weekend before pergi, kami skipped class sebab buat kenduri di rumah. Before berangkat ada few berita2 mengenai rusuhan yang berlaku di Yemen. Kami hampir bertukar destinasi iaitu ke Istanbul tetapi last minit dapat confirmation dan green light boleh melawat Yemen walaupun ada rusuhan kecil yang masih berlangsung. Sebelum pergi, beberapa blog tulisan warga Malaysia di Mekah/Madinah saya lawati. Akan saya kongsikan untuk tatapan korang later k!

So, pada pagi 13 Mac 2011, kami berangkat ke KLIA. Kicap yang sepatutnya hantar kami adalah pemalas, so saya yang drive ke KLIA. Flight berangkat jam 10 pagi, so selepas subuh kami bertolak dari rumah. Sampai di sana, balut beg dan terus ke ruang legar di bahagian belakang Departure Hall untuk sesi taklimat. Doa dibacakan, kami say good bye to family members dan terus naik bas ke Satellite Building. Masa kami berangkat ni few days before aerotrain beroperasi, so kenalah naik bas. Ada cerita lawak masa nak gerak ke Satellite Building, tapi takyah la saya cerita kat sini. Haha. Kami sempat lepak breakfast di Coffee Bean before masuk ke perut kapal terbang. Masa ni jemaah 34 orang memang tak bertegur. Cuma bertukar senyuman je. Ye lah, baru 2 minit jumpa dan hati belum tenteram nak jalan jauh2 kan.

husna, urs truly, girl & kak long @ KLIA

balut beg. girl tengok bag dia for the last time dan beg itu hilang selama 2 hari!

the plane

Kami dimaklumkan bahawa flight akan transit 2 kali before touch down di Yemen. First transit adalah Jakarta dan second adalah Dubai. Tapi yang tak best, hanya di Jakarta kami dibenarkan turun dari kapal terbang. Masa naik ni, ada jemaah Indonesia yang baru pulang dari Mekah, so kami duduk asing. Free seating. Saya duduk sebelah pakcik yang umurnya maybe cecah 70 tahun. Walaupun saya tak berapa nak paham apa dia cakap, tapi angguk je lah. Dia super rajin kot berborak. Semua benda dia hulur kat saya. Air kotak, roti, candied pineapple. Segala lah. Hehe. 


Di Jakarta, kami sampai dan solat jamak Zuhur dan Asar. Sempoi sebab musolah campur. Tapi bila dah kaum wanita penuh kat musolah, jemaah lelaki solat kat ruang menunggu je. Selepas lebih kurang sejam di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, kami naik semula ke dalam kapal terbang dan dapat seat yang sebenar. Dan bermulalah episod perjalanan 16 jam! (yang sebenarnya bermula sejak di KLIA). 

soekarno-hatta airport


Selepas 12 jam kami terbang, tido dan bangun, beberapa juzuk ayat suci Al-Quran dan dengar, baru lah kami touch down di Dubai International Airport. Nun jauh sayup2, nampak la jugak Burj Khalifa, currently the tallest building on earth. Masa ni dah mula rasa lemas. Toilet dah semakin kotor. Badan dah berlengas. Lebih kurang 45 minit later, baru lah kapal terbang gerak. Yang mana nak sampai di Yemen ada lagi 2 jam 30 minit.

Dubai (7pm)

Yemen dari udara ;)

Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa jam 9.30 malam waktu Yemen. Semasa tunggu beg, kami kira-kira beg yang ada rupanya ada masalah. Satu beg, beg pink kepunyaan Girl missing in action. Dalam 20 minit juga kami menunggu dan akhirnya kami dibawa berjumpa person in charge. Ok bermula lah episod ayam dan itik. Dia cakap arab pasar (yang jauh beza dengan bahasa arab biasa) dan ustaz tour leader kami berbahasa arab biasa.


Seminit pertama dia mintak kami isi borang. Datang kawan dia sorang ni plak kata takyah isi borang. Amik tag bag sahaja. Dia kemudian yakinkan kami yang dia akan key in details bag itu dalam sistem. Apa yang dia buat hanyalah conteng2 atas kertas sebesar post-it note dan amik bag tag dan berlalu. Kami terdiam. Ustaz jerit panggil dia balik dan berkeras nak isi borang. Jangan harap dia nak bagi! Nak bergadoh la juga bila pikir pasal nak isi borang. Dia cakap takyah and beriya2 dia janji dia akan carik bag tu. Kami takde pilihan lain, kami catatkan nama dia dan kawan dia dan terus berlalu. Ada juga beberapa orang jemaah dalam group kami dah tarik muka kerana kepenatan. Hmmm. takpelah.

Keluar saja dari airport, masya Allah. Cuaca sungguh sejuk. Walaupun hanya dalam 14C tapi untuk orang yang dah biasa berada dalam keterikan cahaya matahari ni, memang luar biasa lah. Kitorang diescort sampai ke bas. Nak kata bas pun, bukan bas. Tapi coach. Bas comel yang untuk memuatkan kami 34 orang adalah mustahil so memang kena tiga trip. Saya tak ingat langsung perjalanan dari airport ke hotel. sebabnya? tido all the way.

Kami ditempatkan di Al-Musafir Hotel, Yemen. Sampai di hotel, kami tunggu tiga orang ahli keluarga yang lain. Ayah, PakNgah and PakUda naik trip lain dengan bag2 kami. Lepas dapat kunci, malam itu saya hanya berdoa yang saya dapat tidur dengan tenang walaupun waktu di Malaysia ketika nak tidur tu dah jam 5 pagi. Oh ye, hotel ini tiada aircond langsung. Bilik2 hotel ini dibina dengan binaan yang membolehkan angin sejuk dari luar masuk dan menyamankan penghuninya. Sangat unik! Saiz biliknya? MasyaAllah. Memang besar. Boleh muat 15 orang satu bilik. Maka dengan itu tamatlah cerita perjalanan pergi kami ke Yemen.

Bersambung di siri akan datang, pengalaman dua hari dua malam di Yemen. Stay tune.... ;)


1 comment:

suhana azlin said...

whoa...x suka naik flight kena transit2...better gagahkan diri je 14 hours flight london-kl...hehe...

tp ye kan beb, kalau pergi tempat yg x faham bahasa kita ni mmg payah lah...serius serik T__T