Tuesday, May 17, 2011

Food and Travel Review : Ali Bubur Kacang, George Town, Penang


Selalu dah g Penang kan?
Tapi kali ni kita lepak tempat berbeza pulak. 

It was my first time ke Ali Bubur Kacang walaupun berkali-kali ke George Town dan Pulau Pinang. Kali ni kita ketepikan makanan-makanan lain yang famous seperti nasi kandar (oh, rindu!), pasembor, mee udang, naan cheese dan tandoori. Kita layan bubur ok!

Kedai atau gerai ini telah berada di kawasan Little India di Market Street sejak tahun 1950 iaitu 61 tahun yang lalu. Selalunya nak dapat parking kat area ni memang susah. Sebab jalan yang agak kecil dan sempit, serta parking space yang limited. Kena la tawaf few times atau parking jauh dan jalan kaki sikit. Area Little India ni memang best! Meriah. Sangat berwarna-warni dengan sari dan kalungan bunga yang dijual sepanjang jalan. 

So bila dah penat berjalan-jalan di area itu adalah satu perkara yang bagus untuk menikmati bubur kacang di gerai Ali Bubur Kacang. Uncle Ali (dalam gambar di bawah) mengambil alih perniagaan keluarga iaitu bapanya (ada gambar tapi blur, so tak letak lah). Hanya bubur kacang hijau dijual di sini ye. Dan bubur kacang hijau itu boleh jadi bubur kosong atau dimakan bersama dengan roti. Harga lain sikit. Bubur sahaja RM 1.00 dan kalau nak cicah dengan roti RM 1.20. Rasa? Tidak lemak sangat dan tidak terlalu manis. Just nice. Cuaca panas,bubur kacang hijau panas? Layan tau. Hehehe.

Ok, moh layan gambar!

bubur kacang hijau kosong ;)

kalau order dengan roti...gebu kan?

Uncle Ali sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk olskool. 

kami dah kenyang... so nak balik!! bye Uncle! Next time datang lagi!!
(bawak rezeki kitorang ni, masa datang kosong, kami berangkat balik, ramai datang. dine-in dan take away)


So, jangan lupa singgah Ali Bubur Kacang kalau korang pi Penang.
oh, saya bagi link peta dia kat sini.

Till next review....

1 comment:

dalila.khalid said...

okay kali ni btol2 ali..bukan faruq yg sinonim tu =) whahahaha