Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011 - Selamat Hari Guru



kalau zaman sekolah, masa nak dekat tarikh ni, mesti dah semangat cakap kat Mak "atie nak beli hadiah untuk cikgu". Mak akan tanya nak bagi kat siapa? sure lah jawab pada cikgu favourite. Dan bila hari guru, memang excited. Pertama sebab takyah belajar hari tu dan ada game best2. Lets re-cap apa jadi masa kat sekolah dulu.

Sekolah Jalan Kuantan 2 (1990-1995)
Saya belajar kat sini sampai darjah 5 je. Pastu pindah. Masa kat Sekolah Jalan Kuantan my favourite teacher were Cikgu Zulia (cikgu muzik) dan Cikgu Norhaliza (cikgu kelas darjah 2 yang punyalah sayang saya sampai baby dia keluar sebijik muka saya, hahahaha). Dulu sekolah tu adalah sangat sedih tapi selesa untuk belajar. Sekarang lagi lah. Makin besar. Padang yang super huge yang dikongsi dengan Maktab Perguruan Kuala Lumpur dulu pun dah takde. Rasanya tangga yang buat aku pengsan tu pun dah dirobohkan kot. Kantin old school pun dah cantik dah. Hahaha sekolah ni feature paling best ialah laluan bangunan sekolah ke kantin. Sebab dia banyak tiang. Kat situ, pernah main getah sambil pegang cawan air mesin (yang turun cawan pastu mesin tu pancut air dalam cawan) berisi air oren. Lompat punya lompat, tumpah. Habis satu baju tukar kaler oren. Dan kat sekolah ni jugaklah saya penah baling tupperware mak bekalkan sandwich kat budak lelaki yang main ejek2 nama bapak. End up budak tu kena bawak g HKL untuk jahit kepala dia. Wakakaka. Terasa jahatnya! :P. 
Oh, masa zaman2 ni mak akan belikan bunga atau bagi brooch kat Cikgu2 saya. Kita budak kan? Mana ada duit. Tapi semangat nak bagi hadiah tu berkobar2. Hahaha

Sekolah Taman Sri Gombak (1995/1996)
Sekolah ni sekejap je. Setahun. Untuk the whole Darjah 6. Memang jakun first time masuk sekolah bawah negeri Selangor. Dari tadika sampai darjah 5 memang di sekolah KL, rasa cam budak2 sekolah Selangor sangat pandai dan skema. Hahahaha. Kat sekolah ni, seorang Cikgu yang memang melekat di hati ialah Puan Hizatul Mazura. Last sekali jumpa dia masa zaman uni dulu. Dia mengajar kat mana tah. Satu yang paling saya ingat ialah dia seorang cikgu yang bergaya dan cantik. Kasut dan handbag mesti sama warna. Tapi dia adalah garang. Setakat cubit kat perut dan penampar tu, tak heran ok. Apatah lagi baling buku latihan dari tingkat 4 ke bawah. Lepas rehat baru boleh kutip. Sebab? Kitorang meniru dan dia dapat tangkap. Hahahahahahahaha. Dan dia punya punishment lain terhadap murid2 nakal dia (termasuk yours truly) adalah masa jamuan akhir tahun, kami kena menyanyi! Wow. Masa tu nak tau saya nyanyi lagu apa? Lagu Slam u. Hahahahahahaha. Gila sengal! Hari Guru kat sekolah ni biasa2 je sambut. Sebab tak berapa kenal ngan cecikgu reramai. Bagi hadiah pada Puan Hizatul je. Oh, dia masak spaghetti sangat sedap!!!

Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest (1996-2000)
Oh. I love my full 5 years here. Kat sini lah saya membesar, belajar dan menyimpan antara hadiah terbesar dalam hidup iaitu pelajaran (langsung dan tidak langsung) dan juga my SG Girls!
Dah nama pun sekolah 5 tahun, memang masya Allah. jahat kot. walaupun perempuan. Hahahaha. Ustazah (alamak lupa nama) selalu panggil sebab sinsing lengan, tak pakai inner, kain labuh hahaha. Dan paling benci bila lepas assembly ada spot check. Memang la pengawas semua member2 tapi diorang adalah jahat. Kita takleh bawak liquid paper, diorg rampas and guna. Jahat kot! Kat sini belajar berchinta *ehem*. Belajar tuang kelas, lari kot pagar and naik kereta n g rumah Jannah untuk main pool. Bawak handphone. Tukar baju sukan dalam lab Bio. Kena denda berdiri klat luar kelas. Main mata ngan abang senior yang kelasnya bertentang. Makan luar waktu rehat. Tido dalam surau. Lepak bilik guru dengan cikgu favourite. Failed Add Maths dari awal tahun sampailah trial SPM. Oh. Memacam. Satu hari nanti nak buat entry pasal zaman sekolah lah. Lima tahun sambut hari guru di sekolah ni memang seronok. Bila dah besar kan, aktiviti dia lain grand. Buat kat padang sekolah. Gelakkan cikgu2. Hahaha memang syiok. Tradisi beri hadiah itu masih lagi berlangsung walaupun duit mintak kat Mak. Masa ni bagi kain lah, tudung lah. Hahaha. My favourite teachers during menengah years was Cikgu Nizayati, Cikgu Mazni, Cikgu Rusdi, Cikgu Jeya. Yang lain tu bukan tak suka tapi tak sesporting macam yang dinyatakan di atas. Ye la. Cikgu. Mestilah garang. :P

So itu lah serba sedikit citer saya dan cikgu saya dulu.
Apapun, terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru saya ini.
Tanpa kalian, kami takkan jadi siapa kami hari ini. Mak dan Ayah juga adalah guru saya.
Doa saya, semua yang pernah menjadi guru saya, secara langsung atau tidak, semoga kalian diberkati, dilimpahi rahmat dan hidayah kerana kesungguhanmu mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. :D

Kepada kawan-kawan saya yang menjadi guru/lecturer sekarang, be the best. Bakarlah diri anda seperti lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Lagu dan sajak di bawah untuk korang. 



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~~ USMAN AWANG
1979

Love, 
Yantie

p/s : atuk saya juga adalah seorang guru. setakat ni takde siapa lagi yang ikut jejak itu. maybe cucu2 yang lain dan maybe juga cicit dia nanti. :)


1 comment:

: s h e "2 d" n a: : said...

Yantiiii....all of sudden windu cikgu nizayatii...