Sunday, June 19, 2011

Travel Review : Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang


as stated before, i was away from the office for 3 days *lompat*lompat*! Selasa pagi tu saya kena menyampaikan ceramah di Glory Beach Resort, Port Dickson. Lepas habis ceramah, bergegas balik ke Putrajaya untuk ambil beg dan terus menuju ke Bukit Tinggi. Rancangan asal nak ke sana guna kereta opis tapi last minit tukar bawak kereta sendiri memandangkan barang nak dibawak agak banyak. Biasa lah. saya kan tak reti packing sikit2. :P. Kursus pada kali ini termasuk dalam pelan latihan. Alhamdulillah terpilih. 

ok. destinasi kali ini adalah Colmar Tropicale,Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang. Nervous tak ingat bila fikir nak naik ke Bukit Tinggi. Saya kan pemabuk tegar. Itu juga alasan membawa kenderaan sendiri. Alhamdulillah, masa naik ok cuma masa balik tu agak mabuk sikit. Cepat2 nyanyi kuat2 dalam kereta sensorang untuk distract diri dari mabuk tengok jalan bersimpang siur itu. Sampai lebih kurang selepas 1 jam 20 minit perjalan dari Putrajaya, saya terus check in dan register dengan pihak Urus Setia. Selepas sesi borak-borak (menggantikan sesi taklimat skema) kami dibenarkan berehat di bilik masing-masing. Saya tak rehat pun. Tukar baju dan plan dengan Ezira nak jenjalan posing2. Tak dan nak charge bateri, kami layan mana yang sempat je. 

Kawasan Colmar Tropicale ini merupakan sebuah kawasan ala-ala perkampungan comel yang diadaptasi rekaan dan binaan nya dari sebuah tempat bernama Colmar di negara Perancis. Cuacanya nyaman. Tidak sejuk pada waktu tengah hari dan petang tapi cukup nyaman untuk berehat. Sunyi dari kesibukan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tapi sangat tidak sihat untuk saya duduk lama2. Sebab saya perlukan peluh dan air sejuk. Haha. Area nya tidak sebesar mana, habis pusing dalam setengah jam sahaja. Tapi ada few gardens yang tidak sempat saya jenguk iaitu Rabbit Farm dan Japanese Garden. Petang hari ke-2 itu hujan lebat selepas kelas memaksa kami lepak dalam bilik je. Takpelah. Next time maybe?

Jom tengok hasil petikan kamera saya untuk tatapan korang semua.

nyaman kan?

mommy hot beraksi. :)


aksi konon2 sejuk. propa saja LOL

si hitam

si hitam dan pasangannya, Blackie

si putih

oh. gorgeous. sangat bersih!


hampir kena patuk. 





dari menara tinjau. tingkat 5

Itu sahaja yang sempat diambil. Jadual kursus yang agak tight dan kemalasan mengusung kamera gabak ke hulu hilir menyebabkan gambar2 berkualiti rendah menggunakan telefon lebih banyak. 

Saya sangat rekemen tempat ini untuk sesiapa yang memang nak berehat. Pasangan yang nak honeymoon atau babymoon juga di galakkan ke sini. Cuma bagi yang mabuk macam saya, tahankan aje lah dalam perjalanan. Atau kepada pasangan bakal pengantin yang mencari2 tempat nak buat pre-wedding photoshoot pun boleh ke sini juga. Memang lain dari yang lain. Tak berapa berpeluh kalau amik gambar kat sini,. :D

Ok, till next review. Daaaa.




p/s : saya tengah counter stat dah melebihi 88,888. Ada sesiapa yang berjaya capture screen masa 88,888 tu? kalau ada, sila emailkan pada saya k.

4 comments:

Melissa said...

Cantiknya ! Can't wait to go there this weekend. :)

Mursapap said...

Mcm mana Ezi ada kat situ? Hahaha..

swit@kon said...

Melissa,

have fun during your babymoon. be safe. :)

swit@kon said...

Mursapap,

kami pi kursus sesama. attend roadmap