Showing posts with label pagi show. Show all posts
Showing posts with label pagi show. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Gangnam (Super Kampung) Style


since nak raya haritu asyik dengar pasal gangnam.
sampaikan katy perry pun tweet.
memula macam leks la.
pastu balik melaka haritu, try la search kat youtube.
jumpa ok! siap isyraf boleh menyanyi lagu tu.
oh. tak terkejut. mamat tu penggila korea. umur 8 tahun!
and to date, the hits for the video is 62 million (and counting!)

so, bila dah jumpa video original dari PSY, tau lah bahawa lagu ni dah jadi viral sampai US.
banyak sungguh parody.
lagu ni mengisahkan wanita-wanita dan perempuan-perempuan di sebuah tempat bernama gangnam.
wanita-wanita atau perempuan-perempuan ini pada siang hari adalah lemah lembut dan sopan.
tapi bila menjelang malam, mereka bertukar jadi seksi.
ianya popular sebab cara tarian seolah2 sedang menunggang kuda.
best ok. cuba try!
hahaha.
itu la sedikit sebanyak.
so ada satu video parody tu, tukar nama tempat plak. hong-dae style.

lawak dan ohsem.
masa raya pun ramai sanak saudara yang dah buat video gangnam style raya.
sila search.
kat sini saya share kan video psy ok!




and the best of the best, my favourite dj(s) from flyfm also have their own version.
gangnam (super kampung) style. clap clap for flyfm dj(s). i love you all lah!!!! 
hunny madu rawks!! ahaks.






Friday, July 1, 2011

Julai

salam kawan-kawan ku.
*tarik napas*
alhamdulillah. saya masih sihat.
walaupun berlari2 ke sana sini, tapi masih berdiri teguh.
last weekend saya bz bercinta dengan family dan menyebabkan blog ini terbiar.
isnin hingga rabu saya berada di KK atas urusan kerja.
bukan takde wifi atau internet connection, tapi letih dan takde mood nak update.
semalam masuk office dan tersangat lah bz.

hari ni dah masuk bulan Julai.
bermakna kita dan tinggalkan separuh tahun untuk tahun 2011.
apa pencapaian sedia ada saya? erm. banyak perubahan.
hari ini lebih baik dari semalam dan insyaAllah esok lebih baik dari hari ini.
ups and downs in life itu perkara biasa.
kalau tiada, agak pelik lah.
apatah lagi terhadap manusia beremosi seperti saya. hehe.
Julai di pejabat menyaksikan beberapa nama keluar dari sini dan bertebaran di muka bumi Allah di merata2 jabatan dan kementerian. Sedih. tapi itu kan life cycle. rezeki masing-masing, Allah dah tetapkan.
sedih yang teramat, tapi saya happy dan bangga. boss naik pangkat, nana tonnet dapat kerja baru di bank.
siapa tak happy?

rejab hampir habis dan syaaban dan makin hampir, makanya Ramadhan pun dah nak menjenguk kita sekali lagi. hmmm. syahdu dah ni.

jom lah. breakfast dulu. sambil muhasabah diri.

;)

Tuesday, January 25, 2011

kahwin. perlu jemput ex(s) atau tak?


situasi : 

si bakal isteri (A) telah berkawan dengan si bakal suami (B) selama 7 tahun. mereka bakal berkahwin bulan November ini. Si A menyatakan bahawa dia mahu menjemput bekas teman lelakinya (C) ke majlis perkahwinan mereka. A dan C telah break off lebih kurang 10 tahun yang lalu dan hanya berhubung melalui facebook sahaja. Si B menyatakan sekiranya A nak juga jemput C datang ke majlis itu, B tak jadi kahwin dengan A. 


soalan : 

1. wajarkah tindakan B?
2. adakah keperluan untuk menjemput ex(s) ke wedding?
3. korang ada pengalaman? sila kongsi.


p/s : ini bukan situasi pemilik blog. ini masalah pendengar di radio. tajuk utama yang dibincangkan di Fly.fm pagi tadi. memandangkan saya pun belum kahwin, nak jugak tau. hik hik. :). thanks in advance. 











Wednesday, August 4, 2010

ultimate breakfast you desire

hey peeps. morning!
it's a wet morning eh? sejuk kan? malas betul nak bangun dan datang kerja. LOL!
driving to work this morning and listening to my favourite radio station Fly.fm.
Pagi Show [Phat Fabes, Nadia and Ben] are discussing about the ultimate breakfast that you desire.

i suddenly remembered the nasi lemak stall(s) in Sri Gombak (where i lived for a long time before moving out to Putrajaya). There were not one, not two but so many nasi lemak stalls just along Jalan Permai (SG-ians tau la ni), near to my house. Masa belum boleh drive, saya hanya jalan kaki je nak beli nasi lemak. Bila dah ada lesen, kekadang naik kereta kekadang naik motor. But most of the time hanya jalan kaki sahaja.

Ooooh. Nasi lemak stall makcik sebelah Kedai India (kedai yang jual newspaper dan jajan, kami panggil kedai india. hahaha) memang marveles. Selalunya saya akan beli nasi lemak dan dua ketul kuih. Satu kuih manis dan satu kuih pedas. Kadang2 kalau ada sambal ayam pun layan jugak. Sambal kerang dengan telur mata yang kuningnya tak berapa nak masak. aduh.....salivating hanya mengingatinya!

So, my ultimate breakfast adalah Nasi Lemak + Sambal Paru/Paru Goreng + Ikan Bilis Goreng Garing, 1 kuih pedas, 1 kuih manis. Dok bersila depan tv, makan nasi lemak panas. Heaven! Kat putrajaya ni takde stall. Rindu makanan stall! huhu. Yang ada cuma food court dan kedai mamak. Uhhh tapi hujan2 ni dapat roti telur bawang, nescafe C pasti layan! hahahaha.

So, what's your ultimate breakfast desire people???