Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Happy 84th Birthday!


driving ke office pagi ni, Hot.fm sedang meraikan hari lahir Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh) yang ke-84.

dah dua minggu saya melayan cerita p.ramlee. sampai encik suami kata 'saya nak downloadkan banyak-banyak pastu masuk dalam hard disk'. sebab dia tanak saya kacau masa dia (atau orang lain) tengok tv. muahahahaha.

oh, tetiba kat ofis ni berkumandang lagu Saat Yang Bahagia. sweet!

favourite adalah siri Bujang Lapuk
Bujang Lapuk - Seniman Bujang Lapuk - Pendekar Bujang Lapuk - Ali Baba Bujang Lapuk
saya letak kat sini, first movie Bujang Lapuk.
Selain daripada tu, yang best, Nujum Pak Belalang, Ahmad Albab, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi, Do Re Mi, Anak Bapak, Anakku Sazaki, Ibu Mertuaku.
Oh semuanya. Classic!


 
 
 


 oklah, nak sambung layan Seniman Bujang Lapuk.
Al-Fatihah  

Monday, August 27, 2012

Gangnam (Super Kampung) Style


since nak raya haritu asyik dengar pasal gangnam.
sampaikan katy perry pun tweet.
memula macam leks la.
pastu balik melaka haritu, try la search kat youtube.
jumpa ok! siap isyraf boleh menyanyi lagu tu.
oh. tak terkejut. mamat tu penggila korea. umur 8 tahun!
and to date, the hits for the video is 62 million (and counting!)

so, bila dah jumpa video original dari PSY, tau lah bahawa lagu ni dah jadi viral sampai US.
banyak sungguh parody.
lagu ni mengisahkan wanita-wanita dan perempuan-perempuan di sebuah tempat bernama gangnam.
wanita-wanita atau perempuan-perempuan ini pada siang hari adalah lemah lembut dan sopan.
tapi bila menjelang malam, mereka bertukar jadi seksi.
ianya popular sebab cara tarian seolah2 sedang menunggang kuda.
best ok. cuba try!
hahaha.
itu la sedikit sebanyak.
so ada satu video parody tu, tukar nama tempat plak. hong-dae style.

lawak dan ohsem.
masa raya pun ramai sanak saudara yang dah buat video gangnam style raya.
sila search.
kat sini saya share kan video psy ok!




and the best of the best, my favourite dj(s) from flyfm also have their own version.
gangnam (super kampung) style. clap clap for flyfm dj(s). i love you all lah!!!! 
hunny madu rawks!! ahaks.






Wednesday, August 15, 2012

viral video raya : senandung hari raya untukmu


pecah perut.
sila check out FB Hot fm.
Other version by Fara Fauzana, Faizal & AG.

\





Pecah perut!

Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

working from home

while watching Oscar / Academy Award live telecast.
in my dream! hahaha.

life are nowadays so hectic.  a lot of organisation opt for work from home.
saya kenal sorang kawan saya nama dia Aida. company dia ada offer this type of work.
so boleh settle kerja through email, ym, skype. best kan?

anyway, while browsing Neatorama this morning, i found this:



but the last picture adalah betul. saya prefer buat kerja camtu. bila dah letih, baru letak atas meja.
haha

ok lah. happy working peeps!
oscar can wait. tengok re-run je nanti.

:)

Friday, November 4, 2011

mmm yeah

kalau orang datang kat korang and tanya "kau tau tak lagu yang ada mm yeah....mm yeah?" dengan clue lagu dance, apa korang akan jawab?

itu lah yang jadi kat aku bila kawan baik ku sorang ni kata lagu ni dok main dalam kepala dia. puas aku google. selepas hampir setengah jam, baru lah discover lagu ni. macam2 keyword try kot. haha. memang lawak.
nak tau lagu apa?

Alexander Stan - Mr. Saxobeat! tak penah dengar? Meh dengar thru video bawah ni. :D
Erk. Video disabled.
Tengok kat kat sini k. (link)

best buat ringtone!
oh yeah.. mmm yeah... mmm yeah.
hahaha

Wednesday, May 25, 2011

random birthday

hari ni birthday kucing ni.
nama dia Maru.
dia lahir 24 May 2007.
ye, birthday yang ke 4 tahun.
oh. chumelnya.
favourite part ialah pada minit ke 2:18 dan minit ke 2:25.
lawak. hilang stress petang2 cenggini.
enjoy!
Happy Birthday Maru!!


Miaooo


Friday, February 11, 2011

(hantu) kak limah balik rumah

i actually watched the movie kat cinema ok! selepas beberapa tahun tak layan movie camni. unbelievable.
tapi memang puas hati. dan saya suka Mamat Khalid. baru perasan yang saya tengok movie cerita Mamat Khalid je kot. Man Laksa, Zombie Kampung Pisang. Estet je terlepas.
dah skang layan hari2. astro first la katakan. NOT!
dan scene ni terbaek.
menjadi kenangan indah Che Nin dan Husin. LOL.
lagu first yang dinyanyikan kalau gi karaoke,
bergelak2 dengan DK, Tippen dan Qilah kalau diskas pasal part 'memanchooooooorrrrr',
tak sabar tunggu versi sambungan.
Reena - agak2 bila keluar eh? takde pape citer ke?


fyi, salah seorang pemain gitar adalah Reena's bf :)
(babe, i promote bf you :D)





Wednesday, December 22, 2010

sarapan pagi

kepada seseorang yang memberikan link video ini, terima kasih. anda telah menyebabkan setiap kali saya mendengar lagu ini, saya terbayangkan video klip di bawah. nice one.

tapi tak bleh tahan. sangat lawak!


to DK, anda akan dibayangi wajah model lelaki ini setiap kali mendengar Just The Way You Are. 

LOL



Thursday, November 4, 2010

LOL

Saw this video while browsing x17online.com.
ABC latest promo video for American Music Awards. Chomel gila.
Katy Perry or Ke$ha?
I'll go for Bieber!!!!so as the bikers!!
LOL




bieber fever ya'll

<3

p/s: still waiting for Katy Perry's wedding photos! ;)

Wednesday, October 20, 2010

mahal

(di hadapan McDonalds, ada jualan dan promosi barang-barang kecantikan mostly untuk kecantikan wajah)

aku : miss, berapa harga sekotak mask ni?


miss : if you buy a box of 10 pcs, the price is RM49.90. but if you buy two boxes the price is RM39.90 for the second box..


aku : (tak pernah beli mask sekotak dan rasa mahal) huyooo, kenapa mahal sangat? mask saja harga RM49.90 ke? organic product ke?


miss :  ya la. mesti mahal. made in taiwan and ini mask ada masuk tv punya. ada iklan. itu sebab mahal. 

aku dan qilah pandang each other dan gelak sepanjang2 kami turun escalator menuju ke parking. barang kat Malaysia mahal sebab dia masuk iklan kat tv ke???? ;)
aku gelak sebab tanya bahan apa yang dua guna sampai harga camtu. bukan ada brand pun. sekali dia jawab keluar iklan plak dah. hiks.

nota kaki : sebenarnya kalau kira-kira balik, tak la mahal pun mask tu. if bahagi sepuluh, baru harganya sekeping RM4.90. bila jual banyak tu rasa mahal. ahahaha

Wednesday, August 11, 2010

Bangkok Trip Review : Day 1


(disclaimer : entry ini banyak gambar. sekadar berkongsi. if tak suka, boleh heret cursor ke belah kanan atas dan klik pada tanda 'X' ok?. oh, ini adalah entry aktiviti yang agak basi. dah 2 minggu berlalu.)


Bangkok Trip. 28 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010

Sawadeeee kaaaaa. Kita mulakan dengan hari pertama. Insya Allah kalau tiada halangan, entry ini akan bersambung dengan 4 entry yang lain. sebab 5 hari kan.

marilah bercerita. trip ini adalah trip 3 orang member opis yang dengan hati yang berat meninggalkan seorang rakan di opis untuk meneruskan cecita berkhidmat untuk negara. tiada plan khusus oleh kami. cuma Saya ni memang dah berkurun berangan nak ke Bangkok. melihatkan kegilaan ku dengan baju2 di blogshop yang banyak itu (ye, mereka amik stok dari BKK dan jual dengan harga yang sangat JAUH beza dari asal), saya kuatkan hati untuk pegi. plan asal nak join Didi dan hubbynya, Syazwan ke Pattaya kemudian ke Bangkok. Akan tetapi demi memastikan projek-projek privacy mereka tidak tercalar dengan penyebokkan saya, saya berjaya memujuk DK dan TM untuk join my Bangkok trip. plan asal 3 hari jadi 5 hari. hamik kau!

So, on Wednesday (July 28th) kami pun bergerak ke LCCT di hantar oleh jejaka handsome Encik Hafeez kawan DK (tak lama lagi jadik kawan aku gak tu. lalalala) *ehem*. Sampai di LCCT, terus ke kaunter untuk drop baggage (yes, AA dah ada drop baggage counter for early check-in via web). Sangat la senang. Terus saja lepas tu melangkah ke McD untuk breakfast. Kemudian Didi sampai (dia punya flight lewat sejam dari kami) dan kul 10 pagi kami terus masuk ke departure hall. Kapal terbang gerak memang tepat jam 10.40 pagi. Bacaan doa diketuai oleh DK.

  
at LCCT 

Kami tak makan apa2 dalam flight (sebab dah kenyang dan sexcited nak sampai BKK). terbongkang tido sampai lah plane dah nak mendarat di Suvarnabhumi. Airport baru (selain daripada airport lama di Thailand iaitu Don Muang) ini dari luar memang la super cantik. Lebih meletup kot dari KLIA. tapi bila masuk dalam, biasa saja. Kedai pun so-so je. nak cerita sikit sebab naik AA, korang kenalah turun tangga dan perlu dapatkan bus untuk ke bangunan terminal. (saya masih tak dapat sebab kenapa passenger AA kena naik bas, nanti tanya orang MOT lah) Kena lah lalu imigresen Thai. aduh mak. ini paling lotih. lama sungguh kami berdiri. Kaunter yang dibuka adalah dalam sepuluh, tapi kami tunggu dalam 30 minit jugaklah. oh, masa turun dari flight TM jumpa dengan orang kampung. mai dari BM (read : Bukit Mertajam, Penang) ke Bangkok untuk kursus. dia punyalah ingat kami student dan tak sangka kami jalan2 bertiga sahaja.

  
sebelum tido, mari baca buku travel itu dan posing.

  
anak sapa tah. yang penting dia cam orang tua walaupun dia masih baby (wt..)
Thai Airways plane at Suvarnabhumi International Airport

  
wheeeeeeee. arrived!

  

Lepas dari pemeriksaan Imigresen, terus ke booth yang jual prepaid card. Dengan bayaran 99 Baht, korang akan dapat satu prepaid kad dengan nilai dalamnya lebih kurang 100 Baht kot. eh yeke? tak ingat. tapi lebih kurang RM10 la. Memula nak opt for Blackberry Prepaid yang harganya 700 Baht. Tapi memikirkan RM70 tu boleh beli banyak baju, abaikan saja. Lagipun Celcom dan janji2 palsunya kata nak open roaming tu tinggal janji je la.

  
benda penting nih!

Kami terus turun ke aras bawah untuk dapatkan taxi. Kalau amik taxi yang attached dengan airport ada sedikit surcaj yang dikenakan iaitu 50 Baht. Terus je naik teksi dan tunjuk alamat MyHotel bahasa Thai pada pakcik driver. Dalam cab, kami call insan tersayang untuk update mereka berkenaan dengan kami telah selamat mendarat di Bangkok. Sangat jem ye. saya ingatkan Jakarta je yang dipenuhi macet sana-sini tapi rupanya di Bangkok pun sama. huhu. lama betul nak sampai ke hotel. dan lagi best apabila hotel kami betul2 di antara soi (lorong) di shopping area iaitu Pratunam. :P

 



Sampai di hotel, checked-in. Isi la details yang perlu. Angkat bag dan masuk bilik. Kami hanya sempat letak bag. Layan mamat-tokang-angkat-bag Si Sikelet (nama dia lupa. apa eh nam bf u tu Dal??) membuat promosi agensi kawan dia. Dalam 10 minit je kot terus turun dan amik tuk tuk complimentary untuk ke destinasi shopping pertama iaitu Platinum Mall.

    
(left) isi borang dan bayar. (right) our room. click for larger image

stock makanan kami untuk 5 hari. 
maggi 9 bungkus, roti 2 buku, tuna, peanut butter, serunding

  
jom shopping. naik tuk tuk free dulu

Kerana terlalu asik dengan barang-barang dalam Platinum Mall, hanya sekeping gambar sahaja yang sempat diambil semasa DK dan TM membeli cardigan pertama mereka. Puas turun naik dalam Platinum Mall, kami bermula dengan sungguh berhati-hati dalam membeli belah. maklumlah. baru sampai. lebihkurang jam 8 baru kitorang habis membeli. itu pun tak habis satu Platinum Mall ye. banyak lagi kedai yang belum dijenguk. hahahaha. masing-masing dah keletihan dan sakit kaki. Kami decide untuk urut kaki dulu.

  
Jalan kaki ke Platinum Mall

satu barang dua kaler punya budak. :P

if korang ke Bangkok dan mahu stay di area ini (Pratunam), mesti pergi ke tempat urut namanya Sakura Massage. Memang berbaloi2. Kami ulang datang lagi sekali ok. hari pertama itu hanya picit kaki dan buat manicure saja. ye la. baru ukur satu shopping complex kan? masa kami melayan sabai (massage in Thai), penuh dengan gelak ketawa. sebab memang payah nak converse ngan diorang ni. macam cakap ngan budak baru belajar. kata orang, macam ayam dengan itik. sorang berkokok, sorang lagi dok menguek. yes, no. where from? muslim. soft. walk walk. dan banyak lagi. dalam pada tak paham tu, kami pun tanya lah muslim food, where? ada sorang tukang urut tu (kira dia paling terror aa english) jawab Nana, Sukhumvit. kami pun cam ala2 angguk je la kan. tapi bila balik hotel, receptionist yang ala2 tak berapa nak pandai cakap orang putih tu pun kata Nana jugak. Nana pun Nana lah. pas mandi kami amik cab dan mintak hantar ke Nana. rupanya tempat tu memang tempat pak Arab. semua kedai kat situ memang makanan Arab. ada seafood, tapi harganya mahal. kalau kat rumah takpe ada duit lebih. so we opted for lebanese food. Masa order bukan main beriya. Sorang satu kau. aku memang nak makan nasik. so order yellow rice with chicken. DK order fish n chip. TM order spaghetti. sekali datang, macam rupa nak makan 8 orang. portion yang sangat besar! makan jugak la pelan2. duk negara orang. kelaparan kan. habiskan je la. tak fikir apa dah.

lepas makan kami sempat singgah drug store untuk membeli dadah mineral water. TM dan DK sempat memborong selipar jepun untuk dipakai di Dreamworld keesokkan harinya. Malam tu kami dapat tahan teksi yang ada cap "English Speaking Driver". Sepanjang perjalanan kami diiringi gelak ketawa yang melampau lagi. Kali ni bukan sebab tak paham tapi kelakar. Namanya Uncle Daeng. sesiapa yang ke Bangkok kalau jumpa dia, sila sampaikan salam kami k. Antara conversation yang masih bermain di fikiran ini adalah:

"hello darling. where you're from" - soalan wajib semua driver taxi bila kami masuk dalam cab
"oh darliiiing, you think i'm young? no darliiiing, i'm 60ish (x ingat)" - kami tanya umur dia. ingatkan 50s
"geddemit" - jam sikit rasanya dekat area Siam Paragon tu
"your god is crying darliiiiing" - masa tu hujan
"why you don;t bring you boys darliiiiing. you leave him at home. you're gonna be cold tonight" - tetiba dia jadi gatal apabila hujan.

mengantukk pun tak jadi bila layan Uncle Daeng. Sampai di hotel, masing2 dah tak larat. terus ketidoran kerana esoknya nak kena bangun awal. so sambung later k? stay tune.



Tuesday, January 19, 2010

Movie Review : All About Steve


oh yes. another movie by Sandra Bullock.

 
this time around her character is a lot smarter, quirky and hilarious.
she is crossword constructor (encyclopedia bergerak you all).

Bradley Cooper (awww, he is hot hot hot) was a cameraman for NNC Network and his parent set him for a blind date with Sandra Bullock.

cerita dia simple je. berkisar tentang itu saja. yang Sandra Bullock (Mary Horowitz) gilakan Bradley Cooper (Steven-with-V) dan buat satu crossword khas tajuk "All About Steve" selepas diorang berjumpa. haha. saiko! dan dia carik mamat tu sampai ke tempat2 mamat tu buat berita terkini. saiko kali dua. kenapa mamat tu lari? tengok sendiri lah. hahaha. ok, ok. saya cerita. mamat tu takut dengan dia sebab dia ni encyclopedia bergerak. terlalu banyak info dalam kepala dia dah dia banyak sangat cakap.

kelakar la. walaupun ceritanya biasa saja.
tapi tengok lah. Sandra Bullock takkan mengecewakan. :D

ok have fun. opss lupa. saya bagi 3 bintang!