Saturday, October 2, 2010

dapur berasap

al-kisahnya.

entry bulan lepas ada bitau saya dah ada mainan baru di dapur kan?
ala kalau tak ingat g baca kat sini. berkenaan dengan oven baru hasil redeem points credit card.

dah akhirnya, pagi ini jam 730 pagi, oven itu telah digunakan secara officialnya.
benda first yang saya buat adalah....


alhamdulillah. dua bekas penuh dapat. tak sampai 50 pcs rasanya.
resepi nanti saya upload ok!
nak mandi ni. nak ke open house di Bukit Beruntung!
later.


x0x0

Friday, October 1, 2010

Breast Cancer Awareness Month

it's October!
and it is the Breast Cancer Awareness Month!

last year i participated the pink race, Walk for Pink Campaign hosted by Estee Lauder.
kenapakah tahun ini tiada eh? I wonder...Adakah kerana Annizam dan Dihar dah ke Jepun. Hehehe.

On the race day itself, we were mesmerized with pink all over the place. from the pink t-shirt to the face paint, paper bags, flower etc. And last year KL Tower served their Corporate Social Responsibility (CSR) by lighting up the boring kelabu asap tower with pink lights and pink lasers all along in the month of October.
Pffftttt. i hate the fact that i lost all my picture during the race because of the hard disk problem. :(.

Below are the picture during last year's race courtesy of Tenee and Dihar. It was tagged in my FB Account. T__T. Cerita Walk For Pink 2009, klik sini.




During the race, i met few breast cancer survivors. Sangat tabah. Ada yang dah tiada breast. Ada yang menyedari semasa cancer itu berada di tahap yang tidak bahaya dan macam2 lagi. Ada banyak aktiviti ok. Sadly they discontinue the event this year (agaknyelah. kalau sesapa tahu event ni ada tahun ni let me know k!).

Anyways, here some of breast cancer infos and also self examination steps for all of you out there. Not only for the ladies, but also for the men ok. (link 1), (link 2), (link 3), (link 4), (link 5). Google it for more.

Let's celebrate October, the Breast Cancer Awareness Month.
Tingkatkan pengetahuan anda tentang kanser. Early detection mampu merubah banyak perkara.

:)

Theater Review - Tun Mahathir Musical





It has been a while since i went to a musical. The last time i watched a musical (in Malaysia) was Cuci The Musical Part I (AC Mizal, pardon me. Dato' AC Mizal was one of the cast members) in Oktober 2009. The review is here. And this year, my first musical was in Bangkok during our BKK Trip, Siam Niramit back in July 2010. Oh, itu belum buat review. Haha. Ampun!

I was so excited to see this musical not just because i am a theater freak but the fact that Tun M is my idol. Being the Y-Generation, we were brought up in Mahathir's era. So, need i say more? Dan pengalaman melepak di Alor Star pada hari Ahad dan Isnin lepas, mendalami sejarah tempat lahirnya mantan perdana menteri kita yang ke-4 ini menyebabkan saya rasa berkobar2. dan lebih best apabila banyak tempat2 yang saya singgah di Alor Setar semuanya merupakan tempat-tempat bersejarah dalam teater Tun M Muzikal ini. Antaranya Sultan Abdul Hamid College, Pekan Rabu, rumah kelahirannya di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai dan banyak lagi. Istimewanya Alor Star! 

Ok, back to the musical. Right after purchasing my tickets, i got lotsa feedbacks regarding the production. Rata-rata menyatakan ketakbestan teater ini. Termasuklah the closest family members of Tun's. Tapi demi Tun Mahathir dan kegemilangan seni teater tanah air, cewaaaaah. Saya gagahkan jua. :) 

From my points of view. Ni yang saya dapat perhatikan. Please, kalau korang tak suka nak baca, atau tanak tahu ke dan sebagainya, sila klik tanda 'x' di atas sebelah kanan monitor tuan2 dan puan2 ok. And this is a personal opinion. Pandangan peribadi saya tidak membawa maksud apa2. Sekadar memberi sedikit pandangan. Tak suka, tak perlu baca ;)


  • penceritaan tidak berapa kuat. from one scene to another nampak pelik sedikit.
  • pemilihan pelakon adalah baik. paling suka Esma Daniel sebagai Tun era politik. Dia boleh bawa watak tersebut yang memang sebijik. Gaya cakap, body language. Cuma bezanya, rambut dia tebal dan super black. Zizan ok, Erra portraying the first lady (Tun Dr. Siti Hasmah) dengan begitu lemah gemalai. Watak biasa. Adik Shafieq pun ok. (sebenarnya dapat tengok dia kejap je pun. Masuk dah lambat)
  • lagu2 yang digarapkan, ada yang baik dan ada yang tak payah pun.
  • sound system tak syiok la. kenapa eh? mungkin kerana record earlier and artis miming je kot. 
  • ada few slides (slide ke?) atau paparan di skrin tak sesuai dengan penceritaan. kata buat cerita pasal Tun M, tapi background macam tak cukup bajet. huhu
  • rehat 15 minit dirasakan terlalu panjang. sebab ini merupakan teater biography, orang letih sikit tunggu. kalau cerita lawak tu lain. ada turun naik yang buat orang excited nak tunggu part ke-2 selepas intermission. maybe production team ada alasan kuat untuk rehat 15 minit ni. bagi pelakon2 rehat kot.
  • props yang digunakan biasa sahaja. takde yang gila2 sehingga menyebabkan ternganga tengok. 
itu je la kot. saya takdelah nak komen banyak2. sebab saya suka teater. regardless tajuk dan jenis teater yang dipentaskan. memang sangat suka teater. dan kerana saya sangat suka teater, saya rasa ramai lagi orang malaysia patut layan teater. jangan layan yang fofular sahaja. saya puas hati dengan Tun Mahathir Musical. Mungkin banyak lagi boleh diperbaiki pada masa akan datang. Sangat banyak. Pada saya produksi sebegini kalau keluar duit lebih sikit pun orang bayar. Sebab tokoh negara kita kan? Bukan calang2 orang. tak rugi bayar lebih dan duduk di stalls. tapi masih tak berapa nak suka duduk kat tempat saya beli tiket itu. sebab pakcik depan saya tinggi. dan setiap kali saya ke kiri, kepala dia g kiri. saya toleh kanan, dia pun toleh sama. haih! pening!

saya taknak cerita intipatinya. Kalau nak tahu, sila beli tiket ok!
Oh, btw, teater ini dipanjangkan pementasannya sehingga 9 Oktober 2010. Sepatutnya hingga 3 Oktober 2010 sahaja. Sebab tu tak tentu arah saya beli. Rupanya diextendkan. So, sesiapa yang masih belum menonton teater muzikal Tun Mahathir, bolehlah beli tiket di lokasi berikut:

(i) Istana Budaya. Walk in sahaja. Official website for Istana Budaya click here.
(ii) secara online di Ticket2u.biz.


Have fun at the musical. Sila repot balik kalau sesiapa yang dah tengok tu ok.

xoxo