Wednesday, October 7, 2009

bz sangat

what a weekend!!!
sorry peeps. i was so bz and i left my portable harddisk at Namie's since Saturday. ampun dipinta. saya telah menghadiri sesi interview Pembantu*Am*Pejabat selama dua hari so memang tak sempat nak update blog. adik plak bawak laptop ke SA.

ok. jom cerita pasal weekend saya k!

1. Jumaat

tengah hari , perempuan2 Geng! (Min, Didi dan saya) ke rumah P11 untuk lepak dan makan Domino's. sangat best dan kitorang duk bincang pasal perpindahan Cik Didi dan Cik Min. Malam itu selepas Maghrib kami beramai2 ke P14 untuk mengemas dan mencuci rumah. sesi mencuci itu menjadi super mudah kerana adanya mesin sembur air yang dipinjamkan dari Azni kawan Min. so lebih kurang jam 11 malam kami balik ke rumah masing-masing dengan super letih!



wajah2 gigih pengemas dan pencuci rumah ;)


2. Sabtu

pagi itu, janji dengan Namie jam 10 dah ada kat rumah dia. tapi memang la semalam itu sudah penat, kami (saya dan mak) bertolak ke Sri Gombak jam 11 lebih. sampai dah kul 1230 tengah ada bacaan doa selamat. i was the unofficial photographer of the day. mengambil gambar2 Cik Namie dengan Abang Baru dan suasana Open House itu lah. overall ok! masa nak transfer gambar lah saya nyer hard disk tinggal. tak perasan plak tu. mengong!






selepas bersalin kulit (dari baju glamer raya ke pink attire) jam 330 saya bertolak ke Menara Kuala Lumpur. saya ada bitau kan yang saya join event Walk For Pink - Breast Cancer Awareness Month anjuran Estee Lauder? dengar orang semua cakap jalan sana sini jammed menyebabkan saya mencari alternatif. dan berjaya okeh! saya guna DUKE untuk sampai ke Menara KL dalam masa tak sampai 20 minit. park kereta kat parking lot cikai tepi Menara KL (rate RM 5.00). dah la tepi bukit. kalaula kereta melorot sure tak perasan. bayar je mahal :P. ambil pulak shuttle bus ke atas. dan masa saya sampai tu, takde orang lagi. tanya kat registration counter, boleh amik t-shirt jam 5.00 petang. so lepak2 dan amik2 gambar.


i met 2 breast cancer survivor. borak la. cerita itu ini. jam 5 saya pun terus ke booth untuk redeem t-shirt. mula2 cuak la jugak sebab pegi sorang2. tapi lepas tu saya jumpa bukan sorang atau dua tapi 5 orang member2. termasuk la batchmate, bekas officemate dan ramai lagi. dan tidak ketinggalan, saya jumpa Kak Zue. tapi serius malu nak tego!!!! sorry babe! huhu




overall i enjoy the walk VERY MUCH tau. dan persembahan lampu Menara KL tu super kewl lah! me likey. and untuk makluman korang semua, Menara KL akan diterangi dengan cahaya ataupun lampu pink sepanjang bulan Oktober bagi menunjukkan sokongan terhadap Breast Cancer Awareness Campaign. bravo!!!! mintak2 tahun depan acara ni jadi acara kebangsaan. best taw!

balik dari Menara KL saya telah dibuli oleh seorang budak jahat untuk ke Open House dengan memakai pakaian yang penuh dengan peluh dan bau yang sungguh jarum. ergh! benci. akibatnya dia perlu jadi driver untuk bawa kami ke KLIA early morning the next day. padan muka! :P

3. Ahad

seawal jam 5 dah terjaga. ye lah. member baikku Mama Lin aka Diva Dramatik akan bertolak ke Scotland via London untuk mengikut suaminya bekerja selama satu tahun. oh! sedih hati ni. nak cerita benda2 keji ngan sapa lagi kan. Lin sorang je yang layan dangdut sederas aku. Lin sorang je layan Inul dan lain2 artis yang sewaktu denganya. hoho. so jam 6.30 kami terus gerak ke KLIA. first time jumpa Encik Kamal (hubby Lin) yang dua bulan dah ke Scotland, serius makin kurus. ni yang buat aku nak g obersea ni. supaya jadi kurus. hahahaha.





Mya (budak kecik, anak Mama Lin) mula merengek manja. tak suka semua orang. nak ngan Mamanye je. Um datang dengan Mila dan Didi. dalam keadaan yang horror. tidak sihat. semuanya gara2 Didi kejut dia dengan gaya rambut singa. hahaha. tapi paling aku respek ngan Mila lah. serius ko calon SUAMI MITHALI ok!

kami layan borak, ambik gambar, dan mengacau si Mya. kul 845 pagi, Lin terus masuk. Oh, aku tak nangis k. kenapa eh? sebab aku tau yang aku still boleh contact dia kot. or aku nak g sana? jeng jeng jeng. doa je lah ada rezeki. aku nak g London ngan awak eh! :P

balik dari KLIA, aku, Min dan Encik Said g layan breakfast kat Foodcourt P8. Serius layan nasik lemak situ oke! terjumpa dengan Najeeb yang baru balik dari Istanbul dan sangat chubby! :D berserta Encik Afnan yang machos. hehehehe

so lepas breakfast kami proceed ke rumah memasing dan bermulalah hari aku yang sibuk. Mula dengan my beloved Acik Sohor and family (Cik Limah, Abang Ol and Abang Amir), diikuti oleh Mr Shazz yang kunun2 nak buat suprise kat aku tapi tak jadi, seterusnya Auntie Yam and Uncle Din dan last skali Busu Maman dan family. tapi aku tak staylama masa Busu datang.

Kak Maya invited me to her birthday dinner kat Madam Kwan's, KLCC and right after dinner we went to Luna Bar. it was my first time there and i had my fun. serius tempat tu sangat best untuk lepak dan chill. gila2 nyer best. cantik tapi penat nak naik sampai tingkat 34. yes! Luna Bar is located at the top of Pan Global building. kami lepak kat paling atas, paling hujung. at 12 am on the dot, we celebrated Maya's birthday and lepak lagi sampai kul 2. akibat berembun malam/pagi itu, aku kena selsema paling teruk dan sepanjang malam Selasa aku tido (dari kul 730 hingga 730 the next morning!)



ok. itu cerita hujung minggu lepas. yang sangat pack, sangat best dan sangat berekperience! :P

semalam aku gerak g SG amik harddisk kat umah Namie.
itu je lah.

bye.
xoxo


No comments: