Sunday, September 5, 2010

demam nak sambut raya


hi korang!
just got back from Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Plan ngan Didi nak ke sana esok pagi dicepatkan ke malam/tengah malam ini untuk cari tudung dan beberapa benda. 

Jalan TAR, the busiest area in Kuala Lumpur during the whole Ramadhan and near to Hari Raya will be the peak of the business there. Kemeriahannya lain macam betul. Kalau bertahun-tahun yang lalu (masa zaman study) pernah jugak ikut Pak Teh yang sememangnya gemar shopping persiapan raya di sana. Mana taknya. Kat Jalan TAR korang boleh jumpa everything. Dari baju melayu, baju kurung, songkok, kasut, tudung, butang baju melayu, kerongsang, rantai, dodol, satar, serunding, alas meja, bunga, macam-macam lah. Dari barangan bayi berusia sebulan hinggalah barangan tok nenek yang dah lanjut usia. Semua pun ada!

Kali ini adalah kali ke-2 untuk tahun ni saya ke Jalan TAR. Semangat kan? Dua2 kali teman orang. First time dan second time berbeza. First time pegi, barang masih murah. Harga boleh mintak tawar. Cuaca baik. Saya ke sana malam sebelum merdeka. Tak ramai sangat masa tu. 

Tadi pegi temankan Didi yang nak mencari tudung. Saya pun amik kesempatan nak beli benda2 yang sama lah. Tudung, kerongsang. Etc. Barang kaum hawa la. :) Tapi tadi, masuk gerai yang ke ntah nombor berapa ntah tetiba hujan renyai. Memang saya respect habis la warga KL (dan warga2 Malaysia yang lain juga) yang sangat berhujan semata2 nak membeli belah untuk persiapan hari raya!!! 

Dari pengamatan saya lah, memang ramai yang hadir ke Jalan TAR. Sama ada nak cuci mata sahaja. Atau memang nak membeli. Ada yang penuh kedua belah tangan. Dengan carpet nya, bunga lagi, langsir dan lain2. Ada pulak yang sibuk mencuba songkok, sampin dan capal utk dipakai dipagi raya agaknya. Seronok ok! Tengok orang2 yang bersemangat nak beraya. Hihi. Kita ni bukan tak semangat, tapi semua dah habis selesai. Settlekan awal2 lagi. Tapi memang bila ke Jalan TAR ni semangat nak raya tu meluap2. 

Cuma dalam pada seronok melihat dan bershopping, rasa sedih juga bila tengok bayi-bayi kecil yang dalam stroller, yang didukung (sambil tutup kepala guna napkin sebab hujan) dan sebagainya. Kesian mereka. Jam dah melangkaui pukul 12 tengah malam, tapi mereka berada di celah2 ratusan manusia di Jalan TAR. Dah lah kesesakan manusia, bila ditolak stroller itu, lagi lah jadi jammed. Hihi. Dan bayi dalam stroller tentu tak selesa. Saya dan Didi geleng kepala saja apabila mereka guna stroller untuk tolak kita...hahaha takpelah kan. Depa pun nak raya.

Harga kalau tak pandai tawar memang rugi. Tadi saya menawar hanya untuk kurangkan RM5 sahaja. Budak jual jeans itu sampai minta nombor handphone sebab nak bagi diskaun lagi RM5. Saya bagitahu dia "saya dah kawin takkan awak nak no handphone saya?". Terus dia simpan handphone dalam poket dan ambil duit RM60 sahaja dengan diskaun sebanyak RM5. Hahaha selamba kan? Terima kasih bertalu2 saya ucapkan dan terus kami beredar cepat2 takut dia berubah fikiran. Hahaha. Itu je lah kot cerita malam/pagi ni. Seronok sangat! Tambahan pulak hari ni (Sabtu) dapat buat 3 jenis biskut. Puas hati. Esok (Ahad) mahu buat lagi 2 (satu tambahan, satu resepi baru). Alhamdulillah. 

Dan sampai ke penghujung. Penghujung Ramadhan dan penghujung entry ini. Sedih rasanya nak meninggalkan bulan Islam kesukaan saya ini. Ramadhan membuatkan saya tenang. Alhamdulillah, saya gembira menjalankan ibadah sepanjang bulan ini. Semoga Kau mempertemukan aku dengan Ramadhan sekali lagi Ya Allah. Amiin..

Ok, kalau sesiapa yang belum shopping raya, sila lah ke Jalan TAR. Lagi lewat, lagi murah. Malam raya memang dia jual harga paling murah punya. So, orang KL ke, orang Selangor ke, orang Penang ke, Kelantan ke, marilah beramai2 ke Jalan TAR. Meriah uolss.

ok dah. bye!




2 comments:

suhana azlin said...

wah! sgt kagum dgn org yg pegi shopping kt jln tar nih....

memerlukan kudrat fizikal dan mental yg hebat...

swit@kon said...

suhana azlin,

sila pergi sebab kat aberdeen takde...:)