Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)


lamanya tak buat review makan-makan.

kali ni nak buat review pasal Restoran Tapak Sulaiman.

Nama lain restoran ni adalah restoran bunian. kenapa? bukan sebab yang mistik tapi lebih kepada sebab kedudukannya yang agak tersorok daripada dunia luar.
Lokasi restoran adalah di Kampung Limau Manis yang letaknya di antara Putrajaya dan Kajang.
Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah, saya sertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188.

kami pergi last two weeks. mula-mula plan 10 orang. tapi last2 pegi 7 orang je. and kena booked before pergi. kalau lewat memang takkan dapat seat. nombor untuk dihubungi adalah 0173812246.

kalau merujuk kepada blog puan bos saya, menu setiap hari berbeza. kami pergi haritu hari isnin, menu adalah masak lemak ketam, ayam goreng, ikan goreng kicap.

warung bunian, pilihan JJCM. before & after view



makan kat sini memang best. area kampung. sambil ditemani bunyi-bunyi angsa, ayam dan banyak bunyi lain.
overal verdict? 5 star!
aduhai. ni dah terliur teringat ketam lemak tu.
haih.
qilah, kita kena pegi lagi sekali ni. haha.
 

selamat mencuba!

Wednesday, August 29, 2012

Makan Review : Churros Royale



semalam keluar mencari piala untuk event. lunch di rathaa banana leaf house, puchong. memang terbaek ayam 65 itu! terliur :P.

lepas lunch nak jalan ke kereta, ternampak ada kedai baru. Churros Royale namanya. mestilah jual churro kan? what is churro?

"A churro, sometimes referred to as a Spanish doughnut, is a fried-dough pastry—predominantly choux—based snack. Churros are popular in Spain, France, the Philippines, Portugal, Latin America (including Spanish-speaking Caribbean islands) and theUnited States. There are two types of churros in Spain, one which is thin (and sometimes knotted) and the other which is long and thick (porra). They are both normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate or café con leche." ~ Wikipedia

 its a cafe style shop. korang boleh nampak cara diorang sediakan churros. kaedah goreng selepas dikeluarkan dari acuan (yang macam sterring kapal haha).






so, apa yang dibeli? churros biasa with chocolate dipping. ada banyak jenis yang lain boleh di try. semalam macam nak yang ada filling vanila. tapi sebab full dengan nasi daun pisang tu, takleh masuk lah.

taste wise saya puas hati. cuma penggunaan minyak tu. even dia hanya guna sedikit tapi bila part keringkan minyak before serve tu mungkin tak dibuat betul2. macam banyak je minyak lebih2 melekat kat paperbag. i was told outlet yang dekat puchong tu adalah outlet ke-2 tapi berfungsi sebagai HQ. satu lagi outlet Churros Royale ada di Tropicana City Mall. For more info regarding Churros Royale, korang boleh tengok official website and facebook page diorang.

Overall rating? saya bagi 3.5 out of 5 stars. But saya akan pergi lagi untuk rasa yang ada filling plak. Atau pilih dipping lain.



  • No. 28-G, Dataran Puteri 3, Jalan Puteri 1/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
  • Lot LG-19 Tropicana City Mall



Wednesday, August 1, 2012

mengidam :p





gambar : ehsan wikipedia :)

buah tanjung!!
tiap kali Ramadhan, mesti mengidam benda ni.
bulan lain takde pun teringin nak makan.
ia adalah sejenis kuih dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
saya suka! tahan lama. boleh simpang dalam fridge.
makan sikit2.
so, baru je call Mek Maria, mintak dia carikkan.
nanti boleh gi amik. mintak2 ada! yeay!!
hujung minggu lepas, puas dah carik kat Pasar Ramadhan Taman Melawati.
sanggup redah jem tu.
tapi tak jumpa. yang banyak hanyalah akok dan lompat tikam je.

huhu. mahu....