Showing posts with label projek biskut. Show all posts
Showing posts with label projek biskut. Show all posts

Monday, August 22, 2011

baking with swit@kon : biskut raya


salam semua. hari ni kita cerita pasal biskut raya eh? haha. hari ni hari ke-22 kita berpuasa, so tambah tolak dalam 8 hari lagi kita akan berhari raya. so persiapan? hah cemana? dah siap baju? dah siap kuih? dah siap langsir? bunga api dah beli? pelita dah pasang?

citer hari ni baking with swit@kon. tapi citer biasa2. tanpa resepi.

so bab biskut raya, saya dan wanita mengandung, Didi telah plan sedari awal projek biskut kami. sebab tahun ni kami kekurangan geng baking untuk projek ni. Lin hanya sampai ke tanah air semalam. so plan yang simple2 la kali ni. dari awal lagi before puasa, kami dah buat plan berapa banyak biskut nak buat, resepi mana nak guna, berapa kampit tepung, gula, susu dan lain-lain yang nak dibeli.

hasilnya? sehingga hari ini, total biskut raya yang dah terhasil ada 4 jenis. Kami buat biskut kampung je. Hahaha. Antara biskut yang telah terhasil adalah:

1. Biskut Mazola
2. Biskut Makmur
3. Biskut Chocolate Chip
4. Biskut Oat

tiada sesi photography special untuk biskut. sebab lepas siap memang flat habis. hahaha. 
so, gambar dari BB will do ok? :D

Ada dua lagi baki biskut yang masih belum start lagi. Biskut yang bakal dibuat adalah samperit dan biskut lemon. dah semangat nak raya ni. tambah semangat bila bestie saya dah selamat kembali ke tanah air bersama Mya da Diva. Eiiii best.

Sementara tu, jom tambah mood dengan dengar lagu raya favourite saya kat bawah ni!



favourite part : "kepada kekasihku yang baik budi, bimbingan dan panduan selalu diberi. kalau ku salah silap kau maafkan, mudah-mudahan kita berkekalan.".

tiap2 tahun nyanyi part sama. tunggu masa je ni nak tukar ke line sebelumnya plak. upgrade la kan. hahaha

ok. hingga biskut yang seterusnya......

p/s : cc, nak rasa beskot sedap u k!


Monday, September 6, 2010

kemeriahan dalam kesyukuran


salam semua. 
morning.
pagi ni perjalanan ke pejabat adalah ala2 tagline kosmetik cover girl iaitu "easy, breezy".
kenderaan makin kurang, maka dengan senang hati memandu tanpa pemandu-pemandu yang menakutkan dengan berkurangnya risiko di jalan raya. 

weekend punya cerita adalah seronok. di samping dapur kami (Didi dan saya, dapur rumah didi sebenarnya :P) ditutup secara rasminya semalam, weekend lepas sempat menghabiskan 4 jenis biskut sebagai tambahan dan penyeri sambutan hari raya nanti. antaranya ialah sarang semut, mama carries (tambahan), biskut kelapa dan chocolate chip (juga tambahan). semalam pula berbuka di rumah atuk di selayang, saya sempat buat pudding roti - dibantu oleh Didi. 

deretan biskut2 pada hari Sabtu yang lalu

my bread pudding yang rangup dan gooey. yummeh!

tinggal lagi beberapa hari nak masuk 1 Syawal. Maka beraya lah kita. Oh, percaya atau tidak, saya masih tidak ada satu pun benda yang dibeli untuk menyambut raya. Be it kasut, baju, kerongsang, jeans dan beberapa benda wajib yang dibeli saban tahun kalau nak beraya. Mood itu takde. Yang ada pun cuma baju yang diambil dari tailor (yang sebenarnya lebih kepada baju kerja) dan sehelai tudung yang dibeli ketika ke Jalan TAR bersama Didi sabtu malam yang lalu. Selain daripada itu, saya hanya buat tukaran wang untuk sedekah sebagai duit hari raya, baju untuk ayah, purse untuk abah. Nak bagi adik dan mak later! 

Kenapa tah. Tahun ni rasa bersalah nak berbelanja untuk diri sendiri. Mungkinkah kerana birthday saya jatuh pada hari raya sama. Dan semangat nak berbelanja untuk diri sendiri kerana birthday lebih kuat?? Erm...Dan hati ni makin hari makin sayu mengenangkan dah dekat raya. Maknanya puasa, Ramadhan dah semakin meninggalkan kita.

Oh. Nak bayar fitrah! Tahun ni tanak buat kerja gila bayar malam raya lagi....Nanti orang kat masjid tu ingat saya orang Indonesia lagi. Hahahaha.

Ok. Sambung later!!

xoxo






Monday, August 16, 2010

dah balik dah


salam.
hey peeps.
whaddup? ok ke? camne puasa korang?
weekend pun ok? relaks sikit kan..
me, had a loooong weekend.
ni baru balik dari mamak kembar, jumpa Yanty, hubby and lil' Haffiy.
cerita ni later!

started of on Friday nite. Our (Didi n I) Biskut Raya Projek kick-off last Friday with the first recipe choosen by me, Mama Carries. it is the first time for both of us. dua-dua pun tak pernah buat biskut ni. hahaha. we started a bit late due to Geng! berbuka session at Murni SS2 was dragged until 11pm. with a box of dutch lady coffee, i managed to stay awake until sahur. the last batch of our Mama Carries were in the oven at 4 fricking a.m. :P


Oh, sambil buat biskut, sempat lagi bake Oreo Cheesecake untuk bekalan Didi bawa buka puasa the next day. Power kan? Hahaha. Memandangkan ini kali pertama buat Mama Carries and i make up my own recipe from 3 different recipes. hahaha. seperti perbincangan dengan Lin, resepi paling banyak bahan tu yang menghasilkan biskut/outcome yang paling sedap. And turns out the cookies were great! cuma terdapat beberapa pertanyaan. Kalau korang pernah buat biskut Mama Carries, sila kongsi kan pendapat k! Selalunya biskut ni toppingnya warna putih (putih telur) tapi kami punya jadi garing dan bertukar ke warna coklat. Boleh bantu camne nak maintain warna putih and at the same time biskut kami masak dan garing. TQ in advance! Oh lupa, Eny was there witnessing our biskut raya projek, tapi dia mengantuk on the way. :)


After subuh, kami bantai tido. Kul 10 pagi saya terjaga hasil email yang masuk dari seberang dan Min call ajak g beli barang. Didi sambung sampai kul berapa tak sure. Tapi memang weng! Balik dari beli barang, saya sambung tido dan bangun kul 3 lebih. Terus mandi2 dan start buat donut. Yep. First attempt. Niat di hati nak buat donut yang cucuk kat lidi (munchkins donuts) tapi jadi pemalas dan guna penerap scone dan penutup botol mineral. Berbuka di rumah Min. Thanks Min for the daging masak kicap!!! Melepak sambil tengok Min dan Um buat cupcake. Balik dah kul 10 lebih terus tertido. Akibat keletihan, saya hanya terjaga jam 6.24 pagi. Tak sempat sahur. Mak ingat saya tido rumah Min so dia tak kejut! huhuhu.

Hari ni, hari relaks. tak sahur so sakit kepala. Dah plan nak buat bergedil dan bread pudding with custard sauce tapi Mak tak bagi. Dia kata lauk dah banyak sangat. So, sambung baring di bilik la. hahaha



Da ngantuk ni. Oklah. 
later k. take care everyone. Esok Monday blues. :(

nite2


Tuesday, April 6, 2010

baking with swit@kon : Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons


dan Famous Chocolate Chip Cookie yang tidak jadi!

this happened last Friday. i was supposed to go to TM Cyberjaya with Kicap after lunch, tapi dia cancel last minit sebab dia nak tukar Broadband Package kami di TM Point di Shah Alam sahaja. so, i made an authorization letter, and now our Broadband changed from 1Mbps to 4Mbps with the new super cool Streamyx Unipack!

so, i went home and quickly put on my virtual apron (kerana takde apron pun sebenarnya, comot2 lap pakai kain lap je :p) and gather all the ingredients needed to make a recipe by Joy the Baker - Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons. (recipe link)


it's started off by toasting a tray of coconuts. i separate 4 eggs white and start whipping with a pinch of salt. 

 


sugar was added in three parts. 

when the egg white's is fluffy (try to turn it upside down, wait whether it'll drop or not on the top of your head!) throw the brown-ish coconut and scoop it onto the baking parchment. 

 



baked for approximately 20 minutes (depends on your oven's ability). melt your cooking chocolate (double-boiler) and dip you macarons to the melting chocolate. 


refrigerate to get a very nice, shiny chocolate coated macarons. store in tight containers. 



right after the Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons, i was full with adrenaline rush. hahaha. tetiba rasa semangat nak buat Chocolate Chips Cookie. 

apa lagi, semua utensils yang digunakan untuk buat macarons dah siap basuh, mulalah saya buat second projek. resepi adalah dari hasil muat turun ebook yang menjadi kegilaan terkini. sebab cookie ni tak jadi, saya tak buh resepi k. 



tengok macam sedap kan?
tahu tak apa yang membuatkan benda ni tak jadi? huhu. dalam resepi tulis guna FLOUR. tapi all purpose flour saya telah habis. saya gunalah TEPUNG GANDUM!!!!!!!!! lembik semacam je jadinya.end up biskut jadi cekodok. huhu.

mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

ok. sila cuba resepi di atas. macarons itu ramai yang suka!

p/s : Lin - ada resepi choc chip cookie? T___T


Wednesday, September 9, 2009

Projek Biskut Satu


pagi ini sedikit letih. semalam mengerjakan Projek Biskut Satu untuk Tahun 2009. InsyaAllah kalau larat adalah Projek Biskut Dua, Tiga dan seterusnya. hehehe. first time buat biskut dengan menggunakan kaedah penerapan (betul kah?) guna acuan berbentuk bunga. nak bentuk lain takde la pulak. dan beberapa orang menjadi mangsa keadaan untuk mencari bahan-bahan yang kini menjadi bahan kawalan. antaranya kehabisan gula aising di Alamanda, ketiadaan minyak Mazola di Carrefour dan sebagainya. but afterall, i managed to complete the whole thing by 1020pm last nite!

dengan bantuan emak op kos. saya sukat, uli, terap dan bakar. mak tolong gunting kertas minyak (yang dibeli oleh ayah god knows kat mana ceruk ntah, hehehe) dan susun biskut ke dalam botol. agak seronok la. memula tu rasa cam tak jadi je. kunun2 buat bentuk bulat (kaedah gentel) dengan sedikit picitan di bahagian tengah untuk hiasan kacang, last2 buat bentuk bunga terus (kaedah terapan). senang! tapi melecet jugak tangan ini. hehehe. alhamdulillah dengan adunan hampir sekilo kacang, hampir sekila tepung, gula, minyak mazola dan lain2 dan dengan berbekalkan oven Butterfly otai mak noriah, kami dapat buat 4 botol sederhana besar biskut Mazola untuk sambutan raya nanti. 4 je pun. berangan nak sedekah kat semua orang. hahahaha. so, itu saja accomplishment untuk malam semalam. next projek (InsyaAllah) Projek Biskut Dua - Cornflakes Madu & Bijan & Almond. hahahahaha


(pictures of ingredients : credits to Google Image)

ha..tu gambar hasil biskut semalam tau korang. nak rasa?? meh datang umah ahkon raya nanti ek! ok lah. itu je buat masa ni. i am so mengantok n yet so many things to be done. adios amigos.

oh chup2. hari ni kan tarikh yang tantek sangat tu kan????? 090909. nasib baik saya lahir 11 September. kalau hari ni? dah cuti celebrate. walau bagaimanapun, seorang yang dekat di hati ini menyambut hari kelahiran hari ni tau. Encik Hafeez Basri aka apitonkus!!!! Happy Birthday Dear!!!! semalam dah wish kan, so ari ni i nyanyi je la kat u. later i kol and sing for you k.

ok.
TTFN, err taktau? tata for now la!!! :P

xoxo