Showing posts with label donuts. Show all posts
Showing posts with label donuts. Show all posts

Monday, January 24, 2011

makanan dan kegilaan



ye, ye.
paham.
saya bosan juga dengan blog ni.
asik-asik wordless wednesday jek.
hahaha.semalam dah panjang lebar tulih entry baru. isi kandungan tidak akan direveal sebelum dipublish. haha
tapi gambar plak malas nak edit. so update sikit arini.

pasal tajuk kat atas.
standard aa. rakyat malaysia (ke saya je?atau seluruh dunia?) memang ada trend. tak kisah bab makan, pakaian mahupun budaya. hari ni kita cerita pasal makanan.

1. Cupcake
kalau dulu, semua orang gila cupcakes. yep. kek cawan yang chomel saiznya. lebih chomel bila macam2 bentuk dan corak topping. semua pun pakat nak jual cupcake. ada juga cerita-cerita yang saya dengar, cupcake je chomel tapi rasa? masya Allah. kek cawan babu naik motor harga 30 sen lagi sedap. dan saya juga suka buat cupcake. tapi tu lapanbelas tahun lepas la kot. hahaha takde lah. cupcake is so 2008 skang. ;)

my very first cupcake ;)

the second edition :D

latest! death by oreo cupcake
*oppsie. entry pasal ni tak buat lagi :P*

2. Donut
pastu kita ada kegilaan donut. masa awal2 J.Co Donut bukak dulu. saya antara yang menggila beratur dan sanggup drive dari Putrajaya ke Pavilion untuk beli dan makan donut. Lepas J.Co, ada Big Apple. Kemudian ada Krispy Kreme. Wah. Sugar high!!!! :)

gila kan? [circa June 2008]


3. Macaron
this is last year's craze, kot. hah. betullah. entry Februari 2010 ini membuktikannya. hahaha. saya cuba buat macaron. tapi sampai hari ni masih gagal untuk came out with a perfect macaron. sebabnya? takde 'feet' yang baik dan nampak seperti feet! geram ok. maybe salah saya, guna pewarna yang water-based. entah bile nak sambung balik projek macaron pun saya tatau. T___T. oh, sehingga hari ni, banyak sungguh kedai2 dan cafe2 yang dah jual macaron. korang takyah g Paris (Laduree) untuk dapatkan dah. Kat Whisk Cafe, Empire Subang ada, kat Tea For Two, kat Harrods KLCC. dan yang bestnya, benda ni cinonet. Harga? Mahal. Only for the sweettooth people. :)


ini pun kegilaan tahun 2010. saya tak termasuk. sebab baru nak order, dah tutup jualannya. nak buat sendiri macam malas. kenapa saya tak suka? sebab dia chocolate. saya kurang suka chocolate punya makanan. saya suka chocolate pure. eh, apakah ayat ni. berpusing2. hahaha. saya suka coklat je! :P

5. RVC (red velvet cake)
saya baru belajar depa dok bagi short name for red velvet cake as RVC. wakakaka. sebab ahkak dah buat kek ni awal tahun lepas. sekali tu je la buat. pastu tak buat2. sebab rumit sikit. walaupun kek ni adalah kegemaran mak dan budak tu. sebab depa dok kata, dalam banyak2 kek yang i buat, RVC paling sedap. Niat di hati nak try yang versi ini, tapi masih belum ada masa. hahaha. tengah nak settlekan blueberry cheese tart dulu. :)

rupa ku agak huduh, rasa ku terbaeeeek!

6. tutti frutti
aha! this is in 2011 hot list. walaupun ia tidak boleh dibuat secara homemade, tapi tetap meletup dan terbaekk!! ye, saya telah jatuh chenta sama frozen yogurt. sebenarnya fro-yo ni dah lama. cuma tak glamer. masa zaman MakNoriah (makcik merangkap penjaga saya dari umur sehari hingga 11 tahun) duk kat JPS Ampang lagi dah ada. Zaman2 Ampang Point itu hanyalah sebuah shopping mall yang hidup segan mati tak mahu. Dah ada fro-yo dijual di situ. Pilih buah yang kita nak untuk campur dalam fro-yo tu dan voila. memang sedap!!! 

dan terima kasih kepada Naza Group yang memulakan kembali kegilaan terhadap fro-yo ni dengan membuka Tutti Frutti. dah kata tahun 2011 kan? fro-yo bukan lagi berharga RM 4/mangkuk tapi RM5.30/100 gram ye. :) tapi makanan ni super sihat. walaupun agak pricey, takleh makan hari2 tapi memang menyihatkan. (link info kesihatan fro-yo). yang paling best TF dah bukak kat Seri Bangi (kawasan kedai baru - dekat ngan umah mak ko Lin!bleh bawak Mya makan TF nanti. yeay) 



ini gambar semalam. masa memakan TF di Seri Bangi.
baru bukak on the 22nd Januari. dengar kata kepunyaan artis. :)
*tetibe rasa nak keluar modal bukak TF di Alamanda, tapi ada orang nak beli kah? hehe*


hah. ok. dah.
kegilaan ini maybe saya je kot.
korang tak. 
tapi yang masih menjadi pujaan hati masih kopi. 
terutama setabak. cuma geng minum kopi udah tiada. 
sebab geng minum kopi dah pregnant. [congrats Didi my loff]. tapi sebulan sekali masih on kan?
kalau tak, kita g makan TF ok????

oh, tetiba tekak ini rasa nak makan mihun sup Uniten. dan lapar..
waa lapar. lapar. lapar. 
hahaha

ok korang. 
ni dulu lah eh.
later i hapdet lagi.
muahs!!




Monday, August 16, 2010

dah balik dah


salam.
hey peeps.
whaddup? ok ke? camne puasa korang?
weekend pun ok? relaks sikit kan..
me, had a loooong weekend.
ni baru balik dari mamak kembar, jumpa Yanty, hubby and lil' Haffiy.
cerita ni later!

started of on Friday nite. Our (Didi n I) Biskut Raya Projek kick-off last Friday with the first recipe choosen by me, Mama Carries. it is the first time for both of us. dua-dua pun tak pernah buat biskut ni. hahaha. we started a bit late due to Geng! berbuka session at Murni SS2 was dragged until 11pm. with a box of dutch lady coffee, i managed to stay awake until sahur. the last batch of our Mama Carries were in the oven at 4 fricking a.m. :P


Oh, sambil buat biskut, sempat lagi bake Oreo Cheesecake untuk bekalan Didi bawa buka puasa the next day. Power kan? Hahaha. Memandangkan ini kali pertama buat Mama Carries and i make up my own recipe from 3 different recipes. hahaha. seperti perbincangan dengan Lin, resepi paling banyak bahan tu yang menghasilkan biskut/outcome yang paling sedap. And turns out the cookies were great! cuma terdapat beberapa pertanyaan. Kalau korang pernah buat biskut Mama Carries, sila kongsi kan pendapat k! Selalunya biskut ni toppingnya warna putih (putih telur) tapi kami punya jadi garing dan bertukar ke warna coklat. Boleh bantu camne nak maintain warna putih and at the same time biskut kami masak dan garing. TQ in advance! Oh lupa, Eny was there witnessing our biskut raya projek, tapi dia mengantuk on the way. :)


After subuh, kami bantai tido. Kul 10 pagi saya terjaga hasil email yang masuk dari seberang dan Min call ajak g beli barang. Didi sambung sampai kul berapa tak sure. Tapi memang weng! Balik dari beli barang, saya sambung tido dan bangun kul 3 lebih. Terus mandi2 dan start buat donut. Yep. First attempt. Niat di hati nak buat donut yang cucuk kat lidi (munchkins donuts) tapi jadi pemalas dan guna penerap scone dan penutup botol mineral. Berbuka di rumah Min. Thanks Min for the daging masak kicap!!! Melepak sambil tengok Min dan Um buat cupcake. Balik dah kul 10 lebih terus tertido. Akibat keletihan, saya hanya terjaga jam 6.24 pagi. Tak sempat sahur. Mak ingat saya tido rumah Min so dia tak kejut! huhuhu.

Hari ni, hari relaks. tak sahur so sakit kepala. Dah plan nak buat bergedil dan bread pudding with custard sauce tapi Mak tak bagi. Dia kata lauk dah banyak sangat. So, sambung baring di bilik la. hahaha



Da ngantuk ni. Oklah. 
later k. take care everyone. Esok Monday blues. :(

nite2


Monday, March 23, 2009

a weekend of BOREDOM and STARDOM?

.
yeah. i was laying low last weekend. why? cause everybody were not around. Min balik kampung, Um bz, Didi confirm balik Shah Alam. huhu
.
first and foremost, i am so sorry to Lin for not attending Mya's akikah. sorry babe, last minit mak aku cancel, dia kata seremban jauh sangat.
.
so i ended up snuggle up in bed from morning to noon to evening of saturday. muka pun jadi mandom dan lesu kerana tidak dapat matahari. huhu
.
Ahad pagi, mak kejut awal2 lagi for breakfast and aroun 10 am we were already reach Pusat Kraf Malaysia at Jalan Conlay. Kraftangan Malaysia are having Hari Kraf Kebangsaan starting March 19th to March 30th. Jom g ramai2!!!!!! (more info click here : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)

.
.
we went straight to the Batek area. Sangat cantik, sangat best. dari yang biasa hinggalah yang luar biasa corak2 yang ada. Songket pun ada. nak yang RM200, RM800, RM1500 dan yang paling mahal sempat tanya dan pegang semalam RM3800.
.

.
I realized that not only they sell all those crafts but there are also demonsrations. of wood craft, handcraft, batek, silver, glass etc.
.
.
memandangkan saya ni baru jugak balik dari merayap2 ke sekitar asean (bandung and singapore trip), saya merasa bangga kerana kita tak perlu carik barang2 yang bagus dan baik di luar negara, tapi semuanya ada di Malaysia. its true, Malaysia Truly Asia. tak perlu cari jauh, di Melaka ada ukiran tepak sireh pewter yang sangat cantik, di Langkawi ada perusahaan kristal, di Perak ada perusahaan ukiran getah yang halus buatannya. itu tak termasuk hasil2 seperti rotan, buluh, mutiara dan sebagainya. i am so proud okeh!
.

demo - organic dye for batek
.
demo - polishing your silver goods
.

demo - how to make ur own parang
.
demo - abang Glass bersama Igloo ajaib
.
so pada korang yang tak berkesempatan lagi untuk pergi, jangan risau. still ada masa. sampai 30 Mac ni. so, pergilah berkunjung ke Pusat Kraf Jalan Conlay untuk mendapat lebih banyak info. bukan setakat untuk membeli je tau!
.
ahad petang pulak, sementara menunggu Mak Ngah ku yang tidak jadi datang, saya layan lagi SATC atas katil. dalam kul 6 lebih, bosan sangat dah, saya ajak mak g Alamanda. tak beli apa pun. jalan2. haus dan teringin nak makan d(o)nuts, ajak la mak ke Big Apple. tengah nak bayar, dengar budak2 cashier tu bising2. rupanya adik Dafi tu datang nak beli donut. kenal tak dafi? ala yang anak Menteri KBS tu, penah masuk AF5 kot kalau tak silap and skang ni lebat dengan iklan. hihihi. chomel budaknyer. serious! macam nak picit2 muka dia sebab cute gila. hahaha.
.
so balik rumah malam tu, layan dvd jap and trus tertido. pagi ni ngadap balik kerja2 ni. huhu. sadisnya hidup. kah kah kah.
.
so, how was ur weekend? feel free to share with me.
.
love,
.
.