Monday, September 6, 2010

kemeriahan dalam kesyukuran


salam semua. 
morning.
pagi ni perjalanan ke pejabat adalah ala2 tagline kosmetik cover girl iaitu "easy, breezy".
kenderaan makin kurang, maka dengan senang hati memandu tanpa pemandu-pemandu yang menakutkan dengan berkurangnya risiko di jalan raya. 

weekend punya cerita adalah seronok. di samping dapur kami (Didi dan saya, dapur rumah didi sebenarnya :P) ditutup secara rasminya semalam, weekend lepas sempat menghabiskan 4 jenis biskut sebagai tambahan dan penyeri sambutan hari raya nanti. antaranya ialah sarang semut, mama carries (tambahan), biskut kelapa dan chocolate chip (juga tambahan). semalam pula berbuka di rumah atuk di selayang, saya sempat buat pudding roti - dibantu oleh Didi. 

deretan biskut2 pada hari Sabtu yang lalu

my bread pudding yang rangup dan gooey. yummeh!

tinggal lagi beberapa hari nak masuk 1 Syawal. Maka beraya lah kita. Oh, percaya atau tidak, saya masih tidak ada satu pun benda yang dibeli untuk menyambut raya. Be it kasut, baju, kerongsang, jeans dan beberapa benda wajib yang dibeli saban tahun kalau nak beraya. Mood itu takde. Yang ada pun cuma baju yang diambil dari tailor (yang sebenarnya lebih kepada baju kerja) dan sehelai tudung yang dibeli ketika ke Jalan TAR bersama Didi sabtu malam yang lalu. Selain daripada itu, saya hanya buat tukaran wang untuk sedekah sebagai duit hari raya, baju untuk ayah, purse untuk abah. Nak bagi adik dan mak later! 

Kenapa tah. Tahun ni rasa bersalah nak berbelanja untuk diri sendiri. Mungkinkah kerana birthday saya jatuh pada hari raya sama. Dan semangat nak berbelanja untuk diri sendiri kerana birthday lebih kuat?? Erm...Dan hati ni makin hari makin sayu mengenangkan dah dekat raya. Maknanya puasa, Ramadhan dah semakin meninggalkan kita.

Oh. Nak bayar fitrah! Tahun ni tanak buat kerja gila bayar malam raya lagi....Nanti orang kat masjid tu ingat saya orang Indonesia lagi. Hahahaha.

Ok. Sambung later!!

xoxo






4 comments:

Schalfyzcha said...

Yantie, waktu paling afdhal bayar zakat fitrah ialah sebelum solat sunat eidulfitri lagi tau.. lagi lambat dari malam raya :p. huhu. tp ekceli i pun nak bayar awal sebab takut tak sempat.. :p

swit@kon said...

Schalfyzcha,

tau. tapi sebab bayar kat kampung pastu nama berbunyi seperti nama orang seberang, pakcik amil tu ingat saya orang sana. hahahahaha. nak bayar cepat2 takut TErlupa.

zahack said...

ahahaha, giler shomel dicop indon? sungguh tak patut amil zakat tu~

swit@kon said...

zahack,

abam, mana taknya. datang masjid pakai seluar jeans. comot momot. bitau nama penuh. terus pandang serong. ingat kok dari sebereng... takpe aa tak kecil hati pun. hahaha