Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri 1433H



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Saya ada je. Malas nak update blog.
Selepas hampir dua minggu beraya ngan suami, semalam suami balik.
Haha. Mulalah carik pasal kan? Sebab dah lama sangat ada, bila dia nak balik rasa tak best.
So amacam raya korang?
Saya beraya di Penang. Best!
Nanti update gambar banyak2.
Apa yang tak best? Sangkut dalam jammed Penang - Melaka.
bertolak kul 4.30 petang dari Penang. Sampai Melaka kul 1.30 pagi.
dan yang paling tah apa2. masa tu raya ke-4!!!
:(

oklah.
update later.
nak kemas meja office yang berhabuk ni.
aaachoooooo.

Tuesday, September 13, 2011

Open House Ke Satu

first open house (kalau boleh dipanggil open house lah) adalah yang dianjurkan oleh Puan Suhana Azlin. Pertama-tamanya saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput saya dan kengkawan lain walaupun setahun sekali anda kembali ke Malaysia.

Menu pada hari itu adalah Nasi Daging bersama lauk ayam masak merah dan dalca, Cheesecake dan Lasagna sebagai dessert. hahaha.

Memandangkan saya adalah berpuasa masa tu, memang blasah bersungguh apa yang tuan rumah hidangkan. sedap sangat2.

jom layan gambar yang di kirimkan oleh didi melalui FB.


oh. nasi sedap!

half of us. tuan rumah tukang amik gambar :D

birthday girl bawa (kap)kek sendiri

two birthday gals with pelakon tambahan, Mya

 
different angle pulak

the (kap)kek from Taste, Bangi
(not so tasty)

the happy girl with lotsa raya packets!!


kami pulang dengan perut yang kenyang dan happy. hahaha.
geng, another round at my house before Lin fly back to Aberdeen k?!

Monday, September 5, 2011

Syawal 1432H


Salam Lebaran, Minal Aidil Wal Faizin.

apa khabar kawan-kawan saya?
hehehe. dah lama tak update, jadi tepu.
how's your raya?
i'm sure meriah kan?
erm..
saya takde mood nak story lagi ni..
esok2 ke k?
saya tinggalkan entry ini dengan gambar candid bersama team training selepas sesi bergambar official seksyen di bulan ramadhan sebelum hari raya yang lalu.

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir dan Batin ;)



p/s : congrats to my dearest blogger/twitter friends, CC dan Reena yang telah selamat bertunang pada hari Sabtu yang lepas. happy!



Thursday, November 18, 2010

korban



selamat hari raya aidiladha korang.
apakah pergorbanan yang korang buat tahun ni?

tahun ni sayu je dengar takbir. pertama sebab kehilangan arwah Bapak (atuk) yang tersayang sebulan yang lalu. ke-2, mengenangkan perjuangan umat Islam di Mekah untuk menunaikan haji sambil berfikir 'adakah kesempatan untukku ke sana, menerima panggilan haji...' dan ke-3, tidak bercuti memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu dan jumaat lepas (yang sepatutnya saya berada di Jakarta) saya dah cuti. 

cerita pasal pengorbanan ini, ada pelbagai bentuk pengorbanan yang kita semua buat. sama ada iainya untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, negara ataupun agama. sengaja atau tidak, ia masih dikira sebagai pengorbanan.

untuk Aidiladha kali ini, saya tidak sempat membuat sebarang korban lembu atau kambing. Insya Allah, kalau diberikan kesempatan dan umur yang panjang, saya niat untuk buat tahun hadapan. ;)

aktiviti raya haji tahun ni?

selasa petang (6.30 ptg) kami bertolak ke Melaka dan hanya sampai jam 9.00 malam. jem ok! sebab kereta rosak. bukan sebab apa2 pun! haih. dan semalam jam 8.30 malam, saya dah berada di Putrajaya semula. hari ni kerja!!! lalalalalala. masuk lewat sebab diarrhea. aduh mak. sakit satu badan. akibat breakfast, lunch dan dinner adalah ketupat, rendang, kuah kacang. tapi takpe. sebab sedap!!! tahan sikit la berkejaran ke toilet tu. ;p

skang ni perut sakit agak mild. dan saya lapar. walaupun lapar, tapi takut nak makan ;(

oklah. tu je. bye

Saturday, September 18, 2010

percutian yang hampir berakhir


Hai korang, 

Tengah bz eh? Ye la. Ni kan minggu ke-2 bulan Syawal. Mesti ramai yang tengah siap2 nak menanti kehadiran tetamu untuk beraya ke rumah. Tak pun, korang yang tengah melaram untuk g open house atau beraya biasa. Tapi ada jugak member2 yang masih lagi beraya kat kampung. Itu sure menggunakan sehabis baik cuti yang diambil macam orang ni. Saya masih belum g ke mana2 lagi untuk beraya. Plan nak ke Sri Gombak untuk ke rumah my bestie. Tapi plan itu harus dipostpone kerana Pak Usu and Melaka Clan nak datang rumah. Oh bestnya! Leh jenjalan. ;). Jemputan ke rumah terbuka dah ada dua. Satu gabungan makan2 dan birthday princess little diva Mya oleh Lin. Yang ni kena minta maaf secara terbuka kerana memang tak dan nak sampai. Lin, aku sampai kul 11 malam aritu..Ampun sangat2.... Jemputan yang ke-2 malam ahad ni. Rumah wajib untuk pergi setiap kali raya. Rumah Auntie Yam and Uncle Din. Maybe kurang meriah sikit sebab Kak Maya dah pindah ke JB kan. Kalau tak, Fateeha ada, mesti best!

Paling berat adalah memikirkan yang Isnin kerja. Selasa dah ada Jamuan Raya Jabatan. Saya? Kena jadi emcee. Rehearsal adalah hari Isnin tengah hari. Esok pagi Said dah ajak diskas teks. Waaaaaaa. Habis sudah cuti panjangku ini. Bila lagi eh nak cuti? Baki masih banyak...Trip ke Jakarta masih belum habis plan. Tapi itu tak perlu cuti. Pegi time weekend. Maybe ada satu lagi trip dalam negeri hujung tahun? Itu trip wajib. Tapi kena tengok schedule semua jugak kan?

Semalam saya bercuti, tapi dengan adanya teknologi di tangan iaitu BeriHitam, saya dapat berita gembira! Kalau sebelum raya tempoh hari saya dapat berita yang saya dah lulus peeteekay, semalam pulak dapat berita separa gembira (separa sebab belum dapat black and white, once dah confirm saya bitau lain) berkenaan dengan kerja jugak. Alhamdulillah. Terus buat sujud syukur. Betul kata ex-boss saya. Allah tu Maha Mengetahui. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah! 

What happened this past few days?

1. Driving ke Bagan Serai, Perak seorang diri kerana sorang bailed out last minit dan seorang itu tanak teman saya. Waaaaa. Menghadiri Majlis Perkahwinan anak buah di tempat kerja saya. Kemudian saya terus shoot ke Penang. Dah alang2 45minit je dari Taiping. ;). Dapat makan nasik kandar! yeay!!!!!


2. Addicted to iPad's Pottery Game. Managed to sell few pottery. Gila babs vangga dan sungguh addicted!!! Tetiba rasa mahu beli iPad. :P  

image from Google Image

3. Lepak di Starbucks Coffee sambil menikmati udara laut yang sungguh nyaman. Tried their latest drink, Creme Brulee based. I opted for their Creme Brulee Frapp. Oh, so nice. Mahu beli satu lagi hari ini!!! Woot!


4. Menikmati sunset terindah on the way balik ke KL. Subhanallah! Sungguh cantik!!!


5. Dinner at Bubba Gump, The Curve. Had Cajun Shrimp for starter and ....Of Course We Have Scampi for main course. 

6. Received my oven 2 minutes ago!!! It was FOC.  Couriered by a Nationwide Express people. I redeemed it from Maybank Treats points. Yeay,dah boleh baking dengan bersungguh. 


Oklah. Bonda dah bising di dapur itu. Got to go!
See you guys later. Ye, saya tahu saya ada banyak perkara yang saya tak update lagi ni. Trip Bangkok pun tak habis lagi. Anyways, selamat beraya dan menjamu selera. :)





Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri




Salam semua. 

Apa khabar? Hehe. Tuan tanah dah pulang dari kampung. Walaupun lappie dibawa bersama ke Melaka, tapi mood nak buka dan hapdet adalah tiada. Lebih seronok menghabiskan masa dengan cousins, saudara-mara dan yang sewaktu dengannya. Raya this year adalah bersederhana. Kemeriahan tetap ada dalam masa yang sama. 

Kebetulan Aidilfitri tahun ini jatuh sehari sebelum hari lahir saya yang ke-27. Mak tua dah nyah! Adalah lebih happy kerana disambut oleh semua. Sebak dan terharu juga kaedahnya bila mengenangkan umur dah banyak tapi still happy sangat2 kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya. 

Update yang lebih panjang akan dibuat later. Ye la tu. Pemalas lipas gayanya. Tak tahu la bile  akan update. Saya masih lagi bercuti sehingga Isnin hadapan. Mahu settlekan badan yang tengah nak adjust bulan tak puasa. Perut masih meragam dengan pelbagai makanan yang masuk. Hehe. Esok akan bertolak ke Bagan Serai untuk menghadiri majlis perkahwinan staff ku di office. Dan insyaAllah akan terus ke utara selepas itu. Will update more later k.

Salam Aidilfitri 1431H dari Switakon Sanctuary. Maaf Zahir Batin sekiranya ada penulisan2 entry di sini mengguriskan hati dan perasaan mana-mana pihak. Kepada yang masih bercuti, have fun k! Safe journey. Kita jumpa lagi nanti!!!

XoXo.



Tuesday, September 7, 2010

alhamdulillah...syukur


alhamdulillah...syukur atas limpah kurniaNya. 
setelah menunggu berbulan2. akhirnya.

berkat Ramadhan al-Mubarak ini, berkat penghujung Ramadhan, doa Mak, doa semua orang yang sayangkan saya. Alhamdulillah. Terima Kasih. Saya hampir menitiskan airmata tadi di saat email masuk ke dalam telefon ku. 

Kerana apa nak menangis? Masakan tidak! Satu, hampir saban hari saya log in ke dalam website untuk menyemak keputusan. Semua rakan2 ku telah pun lulus. Yang kandas adalah saya dan seorang ahli Geng! lagi iaitu Cheche Apat. Kami ambil semula pada bulan Mac yang lepas. Tunggu punya tunggu, result tak keluar2. Result bagi kengkawan pertama kali ambil macam Encik Said dah appear last month. Tapi kami punya takde. Ada masalah teknikal. Percayalah jika saya bitau korang, memang hari-hari saya refresh website JayPeeYea PeeTeeKay itu. dan setiap kali log in pun masih sama status nya. 

Akhirnya, petang tadi, sewaktu kami tengah ada brainstorming pasal inovasi. Email masuk dan voila! Tertera di situ email memaklumkan terdapat kesilapan teknikal terhadap website dan keputusan saya adalah LULUS.

Puas hati. Bersyukur. At least sebelum menyambut hari raya ni adalah sedikit bingkisan manis untuk saya. Bahagia rasanya. Terubat hati ni sedikit. Ye la, asik kena usik dengan semua orang, sampai bila nak beraya ngan mak bapak je. Tak terasa ke nak beraya ngan yang tercinta atau keluarga baru...Itu pun rezeki. Nanti2 la kot. Belum nak ada peluang. :)

Anyways, office semakin sunyi hari ni. Kebanyakannya ofismate ku bercuti esok. Bila dihitung2 adalah dalam 4,5 orang je yang tinggal. Takpelah. Next week saya pulak seminggu tiada di pejabat. Ada roadtrip lagi. InsyaAllah semuanya baik. Blog ini jika ada kesempatan akan diupdate. Saya akan pastikan ianya berupdate. Jika tidak pun, akan ada auto-publish entry menyusul. 

Buat rakan2 (yang dah lama kenal, yang baru kenal, di dunia nyata, di dunia maya) dan umat Islam di seluruh dunia (ada ke???) yang mengenali diri ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya. Seronok itu biarlah berpada2. Jangan lupa tunaikan kewajipan sambil kita berhari raya. Fitrah saya dah bayar semalam di Alamanda. Alhamdulillah..Semoga Aidilfitri kali ini yang saya akan InsyaAllah sambut bersekali dengan hari lahir yang ke-27 akan membawa seribu satu makna dalam kehidupan ini. Me loves you awak!


Alhamdulillah...


kepada kekasihku, yang baik budi....

" .. Bimbingan dan panduan selalu diberi, kalau kusalah silap kau maafkan, Mudah-mudahan kita akan berkekalan ~ Aidilfitri, Sanisah Huri (circa 1970s) "


Selamat bercuti kepada yang dah bercuti
Selamat pulang ke kampung..
Drive carefully..

*p/s : lagu favourite saya semasa hari raya! hiks



Monday, September 6, 2010

kemeriahan dalam kesyukuran


salam semua. 
morning.
pagi ni perjalanan ke pejabat adalah ala2 tagline kosmetik cover girl iaitu "easy, breezy".
kenderaan makin kurang, maka dengan senang hati memandu tanpa pemandu-pemandu yang menakutkan dengan berkurangnya risiko di jalan raya. 

weekend punya cerita adalah seronok. di samping dapur kami (Didi dan saya, dapur rumah didi sebenarnya :P) ditutup secara rasminya semalam, weekend lepas sempat menghabiskan 4 jenis biskut sebagai tambahan dan penyeri sambutan hari raya nanti. antaranya ialah sarang semut, mama carries (tambahan), biskut kelapa dan chocolate chip (juga tambahan). semalam pula berbuka di rumah atuk di selayang, saya sempat buat pudding roti - dibantu oleh Didi. 

deretan biskut2 pada hari Sabtu yang lalu

my bread pudding yang rangup dan gooey. yummeh!

tinggal lagi beberapa hari nak masuk 1 Syawal. Maka beraya lah kita. Oh, percaya atau tidak, saya masih tidak ada satu pun benda yang dibeli untuk menyambut raya. Be it kasut, baju, kerongsang, jeans dan beberapa benda wajib yang dibeli saban tahun kalau nak beraya. Mood itu takde. Yang ada pun cuma baju yang diambil dari tailor (yang sebenarnya lebih kepada baju kerja) dan sehelai tudung yang dibeli ketika ke Jalan TAR bersama Didi sabtu malam yang lalu. Selain daripada itu, saya hanya buat tukaran wang untuk sedekah sebagai duit hari raya, baju untuk ayah, purse untuk abah. Nak bagi adik dan mak later! 

Kenapa tah. Tahun ni rasa bersalah nak berbelanja untuk diri sendiri. Mungkinkah kerana birthday saya jatuh pada hari raya sama. Dan semangat nak berbelanja untuk diri sendiri kerana birthday lebih kuat?? Erm...Dan hati ni makin hari makin sayu mengenangkan dah dekat raya. Maknanya puasa, Ramadhan dah semakin meninggalkan kita.

Oh. Nak bayar fitrah! Tahun ni tanak buat kerja gila bayar malam raya lagi....Nanti orang kat masjid tu ingat saya orang Indonesia lagi. Hahahaha.

Ok. Sambung later!!

xoxo






Monday, September 28, 2009

aidilfitri di Putrajaya, Selangor dan KL, hasil shooting


Rabu, 4 Syawal 1430H
Rumah Mak Ngah yang chantek!
Bukit Beruntung, Selangor

makngah-mak-me-kak long-akeem akak ipin

moh tangguk ikan!

one happy boy!

********************************************************
Rabu, 4 Syawal 1430H
Rumah Namie
Taman Seri Gombak, Selangor

cerita hari raya

********************************************************
Ahad, 8 Syawal 1430H
Rumah Saya
Putrajaya

raha, si chanteq

eimran, budak boolat

cara ciyom adik eimran

raya, raha, eimran ;)

********************************************************
Ahad, 8 Syawal 1430H
Auntie Yam and Uncle Din Super Kewl Palace
Ampang, Selangor

always lovely and friendly, Miss Fateeha

she loves photography and i was looking way down ;p


enjoy the pictures people!!!
xoxo

raya dengan gambar

omg! i am so tired. pepagi masuk office hari ni. dah banyak benda. esok ada meeting pagi petang. slide baru je settle untuk meeting petang. paginyer meeting, isu2 banyak. tak call sana sini lagi. nak carik Singing Minister, Singing HOD lagi. ergh.... pepagi tadi dah termuntah akibat tak makan nasik dan telan kopi je sepanjang hari. mengong! ergh. petang ni nak berbuka dengan Maggi Goreng Ayam + Cili Kicap. saya masih belum bermood nak cerita raya. erm.. macam takde cerita je. kita tengok gambar je la eh.

gambar2 kat bawah ni adalah gambar Raya Pertama (1 Syawal 1430H). yang lain nanti lah. btw. i love the environment rumah Bapak. sangat kampung dan sangat best. saya nak carik suami yang mesti ada kampung! wajib. hehehe







ok tu je dulu.
saya nak nap jap. 2 minit.
gila keji masuk kerja lepas cuti panjang!
lotih.


Saturday, September 26, 2009

lazy bum

hello people.
how was your raya? mine was so and so.
been in Putrajaya since Wednesday dan masih bercuti.
tapi saya sangat malas untuk update.
sempat untuk bloghop saja.
later lah k. sowey.
i malas update blog, malas reply sms, malas pegang phone pun. semua salah dia tu!!
*sigh* later korang!!
miss ya loads.

more to come. please wait (;

take care.
xoxo

Friday, September 18, 2009

Raya?


hai korang. seperti yang dijangkakan. hari ni memang tak banyak kereta di jalan raya, tak ramai orang di office dan juga suasana di office sangat la slow. hehehe. so amik peluang untuk update blog!

malam tadi ahkon buat biskut Cornflakes Madu dan kemas beg sikit2. Baju yang dijangkakan siap semalam, dah pun siap. tapi hasilnya mendukacitakan. saya memang cerewet gila bab benda2 yang dipakai neh. haih. ok. tinggal lagi beberapa hari nak ke 1 Syawal 1430H, jom kita semak checklist preparation raya before ahkon balik ke Melaka malam ni. jom!

  • kuih raya : done! (nak buat satu lagi, nantilah)
  • kemas beg : nope - nak buat lunch hour ni
  • tukaran wang untuk sedekah : done! with Upin Ipin's Envelopes
  • baju raya : done! (dengan result kecewa) dan kena hantar pressing by today!
  • rantai meletup : done! mak dah present semalam
  • earrings : done!
  • cincin F21 : nope - takde stock kat F21 Queensbay
  • kasut raya : nope - try to find a pair masa kat Melaka nanti
  • tudung : done!
  • langsir : nope and done! - kat hall dah tukar, kat bilik belum di iron. later lah.
  • cadar : quilt cover done! fitted sheet nope.
  • servis kereta : nope. will go back to Melaka by dad's car.
  • kad raya : done! sending out 5 pieces sahaja this year!
  • hair : done! cut it two weeks ago. need to shampoo and blow today!
  • facial : done! two weeks ago. will put on mask today or tomorrow
  • manicure, pedicure : plan to have it done during lunch but tak settle bag lagi. tapi macam tak jadi sebab nanti balik melaka nak masak semua. rugi je!
  • kamera : done! sukanya!!!!! tahun ni nak amik banyak2 gambar!!!
apa lagi eh? dah la tu kot. sikit je my prep. mak yang banyaknya pun. so maybe this is the last entry for today and i think malam ni nak put up a sticky entry untuk raya!


picture captured by yours truly. location : office.

with that, i end my entry dengan ucapan dan ingatan tulus ikhlas dari Yantie Zulkifli aka Ahkon aka Switakon. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyinggah di blog ini. Drive carefully. makan berpada2 jangan sampai naik darah tinggi. i'll see you guys very soon. later!!!!

xoxo



Thursday, September 17, 2009

batasku asaku


hello korang. mesti semua orang pun dah tak online kan! kat opis ni. baru ari khamis. dah senyap sunyi. esok lagi la. seksyen aku, aku sorang je. yang lain semua dah cuti. tapi kan. raya tahun ni saya happy lah. sebab saya ada awak. hahahaha taktau la. rasa nak raya tu memang la tak berapa nak ada. tapi memang rasa best. sempat buat kuih raya, belikan mak langsir dan banyak lagi lah. tapi baju raya saya yang kaler oren tu tak siap lagi lah!!!! mintak2 hari ni dah settle. oh. tengok tak tajuk tu. best tak? tu one of the song dalam album baru Dato' Siti Nurhaliza. tell you what! i am in love with all songs in Tahajjud Cinta - the latest album from her! (sebenarnya memang haku minat tapi segan nak mengaku)

album baru je beli. masih panas! and did i mentioned earlier that i love each and every song in the album. be it Asma Ul-Husna, Selawat Nabi, Pintu Rindu dan banyak lagi! and one that i love most is Batasku Asaku. the lirik. omg. saya bagi lagu ni kat awak. cuba baca dan hayati lirik lagu tu.

Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh pada-Nya


best tak? erm. sedih sebenarnya. lagu ni adalah OST untuk cerita Perempuan Berkalung Sorban. Sinetron Indonesia. erm. lagu ni menusuk ke dalam hati saya. tambah2 part 'senada iman kusimpan derita, kuatkan hati bersimpuh pada-Nya'.

anyways. pada kengkawan yang masih ada di KL or yang belum balik ke kampung atau tak balik kampung, saya akan online dengan semangatnya esok. saya ke Melaka esok malam selepas berbuka. so akan ada lagi final entry persiapan sebelum raya akan dipublishkan esok. pada yang masih online, stay tune. hehehehe

kepada yang dah nak pulang beraya dan minggu depan baru boleh online ke ape, saya di sini nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata, tertaip benda2 yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan terkasar bahasa dan sebagainya. Saya mohon ampun dan maaf, lahir dan batin. Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H. Semoga korang semua bergembira bersama yang tersayang!!! we'll keep in touch ya. thanks for membaca blog ini. cewah!

Selamat Hari Raya.............

xoxo
ahkon