Thursday, September 9, 2010

satu hari sebelum hari raya

As usual, ritual kami ialah balik ke Melaka sehari awal sebelum hari raya (jika keadaan semua mengizinkan, cuti etc). Dan tahun ni, sama juga. Saya ambil cuti hari ini dan kami sekeluarga telah selamat sampai di Melaka jam 11 malam tadi. Selepas sahur, beras mula dimasukkan ke dalam daun kelapa yang telah siap dianyam. Dan tepat jam 830 tadi, kayu api yang dihidupkan oleh saya, ye saya. Selamat dah seperiuk ketupat. Lebih kurang 120 biji ketupat keseluruhannya.

Skang tengah tunggu ketupat, sambil tengok kayu yang dimamah oleh api yg kuat. Dan terus termenyanyi ' api dah menjadi bara, bara menjadi debu.' Hahaha. Lagu sapa tah. Tak ingat. 90's band kalau tak silap.

Mak Noriah tengah tumis rendang daging. Mak pulak tengah sediakan bahan untuk kuah kacang. Saya baring kejap, sebab terasa bahang api tu. Hehehe. Ini adalah percubaan pertama mengupdate blog guna BB. Malas nak on lappie. Later lah.

Oh, mak noriah dah panggil. Kena tambah kayu la tu. Kepada yang ada diofis, have fun working. Takde orang kan? Kepada yang baru nak bertolak, berhati2 di jalan raya. Kepada yang sedang memasak, chaiyok! Jangan buka puasa dah!

Ok korang. Be safe ya! Take care. Xoxo!!

No comments: