Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri




Salam semua. 

Apa khabar? Hehe. Tuan tanah dah pulang dari kampung. Walaupun lappie dibawa bersama ke Melaka, tapi mood nak buka dan hapdet adalah tiada. Lebih seronok menghabiskan masa dengan cousins, saudara-mara dan yang sewaktu dengannya. Raya this year adalah bersederhana. Kemeriahan tetap ada dalam masa yang sama. 

Kebetulan Aidilfitri tahun ini jatuh sehari sebelum hari lahir saya yang ke-27. Mak tua dah nyah! Adalah lebih happy kerana disambut oleh semua. Sebak dan terharu juga kaedahnya bila mengenangkan umur dah banyak tapi still happy sangat2 kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya. 

Update yang lebih panjang akan dibuat later. Ye la tu. Pemalas lipas gayanya. Tak tahu la bile  akan update. Saya masih lagi bercuti sehingga Isnin hadapan. Mahu settlekan badan yang tengah nak adjust bulan tak puasa. Perut masih meragam dengan pelbagai makanan yang masuk. Hehe. Esok akan bertolak ke Bagan Serai untuk menghadiri majlis perkahwinan staff ku di office. Dan insyaAllah akan terus ke utara selepas itu. Will update more later k.

Salam Aidilfitri 1431H dari Switakon Sanctuary. Maaf Zahir Batin sekiranya ada penulisan2 entry di sini mengguriskan hati dan perasaan mana-mana pihak. Kepada yang masih bercuti, have fun k! Safe journey. Kita jumpa lagi nanti!!!

XoXo.



1 comment:

my-name-is-dk said...

i suka baju u...mcm peacock :)