Tuesday, September 7, 2010

alhamdulillah...syukur


alhamdulillah...syukur atas limpah kurniaNya. 
setelah menunggu berbulan2. akhirnya.

berkat Ramadhan al-Mubarak ini, berkat penghujung Ramadhan, doa Mak, doa semua orang yang sayangkan saya. Alhamdulillah. Terima Kasih. Saya hampir menitiskan airmata tadi di saat email masuk ke dalam telefon ku. 

Kerana apa nak menangis? Masakan tidak! Satu, hampir saban hari saya log in ke dalam website untuk menyemak keputusan. Semua rakan2 ku telah pun lulus. Yang kandas adalah saya dan seorang ahli Geng! lagi iaitu Cheche Apat. Kami ambil semula pada bulan Mac yang lepas. Tunggu punya tunggu, result tak keluar2. Result bagi kengkawan pertama kali ambil macam Encik Said dah appear last month. Tapi kami punya takde. Ada masalah teknikal. Percayalah jika saya bitau korang, memang hari-hari saya refresh website JayPeeYea PeeTeeKay itu. dan setiap kali log in pun masih sama status nya. 

Akhirnya, petang tadi, sewaktu kami tengah ada brainstorming pasal inovasi. Email masuk dan voila! Tertera di situ email memaklumkan terdapat kesilapan teknikal terhadap website dan keputusan saya adalah LULUS.

Puas hati. Bersyukur. At least sebelum menyambut hari raya ni adalah sedikit bingkisan manis untuk saya. Bahagia rasanya. Terubat hati ni sedikit. Ye la, asik kena usik dengan semua orang, sampai bila nak beraya ngan mak bapak je. Tak terasa ke nak beraya ngan yang tercinta atau keluarga baru...Itu pun rezeki. Nanti2 la kot. Belum nak ada peluang. :)

Anyways, office semakin sunyi hari ni. Kebanyakannya ofismate ku bercuti esok. Bila dihitung2 adalah dalam 4,5 orang je yang tinggal. Takpelah. Next week saya pulak seminggu tiada di pejabat. Ada roadtrip lagi. InsyaAllah semuanya baik. Blog ini jika ada kesempatan akan diupdate. Saya akan pastikan ianya berupdate. Jika tidak pun, akan ada auto-publish entry menyusul. 

Buat rakan2 (yang dah lama kenal, yang baru kenal, di dunia nyata, di dunia maya) dan umat Islam di seluruh dunia (ada ke???) yang mengenali diri ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya. Seronok itu biarlah berpada2. Jangan lupa tunaikan kewajipan sambil kita berhari raya. Fitrah saya dah bayar semalam di Alamanda. Alhamdulillah..Semoga Aidilfitri kali ini yang saya akan InsyaAllah sambut bersekali dengan hari lahir yang ke-27 akan membawa seribu satu makna dalam kehidupan ini. Me loves you awak!


Alhamdulillah...


5 comments:

Melissa said...

CONGRATS kak !!
Selamat Hari Raya juga. Maaf Zahir Batin.
And Happy Birthday in advance ! ;)

thesweetlittlecat said...

beb congrats!!!
finally.. alhamdulillah.. Ur raya lebih bermakna lah... ada hikmah di sebalik mslh teknikal tu, nak bg suprise raya!

kau bila cuti??? i cuti next week.. tomorrow i still work work eventou takde keje sgt! hehehe

swit@kon said...

Melissa,

thanks dear! selamat hari raya aidilfitri juga untuk u and hubby. maaf zahir batin! tahun ni raya mana? gombak ke Johor? ;)

thanks for the birthday wishes!

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

kan? sengsara aku akhirnya tamat! alhamdulillah. suprise di kala nak raya dan berkat ramadhan!

aku kerja lagi hari ni. esok dah di melaka. tak sabau dah ni!!! :D

zahack said...

tahniah dan selamat hari jadi in advance!

selamat hari raya, maaf zahir dan batin!