Monday, January 24, 2011

makanan dan kegilaan



ye, ye.
paham.
saya bosan juga dengan blog ni.
asik-asik wordless wednesday jek.
hahaha.semalam dah panjang lebar tulih entry baru. isi kandungan tidak akan direveal sebelum dipublish. haha
tapi gambar plak malas nak edit. so update sikit arini.

pasal tajuk kat atas.
standard aa. rakyat malaysia (ke saya je?atau seluruh dunia?) memang ada trend. tak kisah bab makan, pakaian mahupun budaya. hari ni kita cerita pasal makanan.

1. Cupcake
kalau dulu, semua orang gila cupcakes. yep. kek cawan yang chomel saiznya. lebih chomel bila macam2 bentuk dan corak topping. semua pun pakat nak jual cupcake. ada juga cerita-cerita yang saya dengar, cupcake je chomel tapi rasa? masya Allah. kek cawan babu naik motor harga 30 sen lagi sedap. dan saya juga suka buat cupcake. tapi tu lapanbelas tahun lepas la kot. hahaha takde lah. cupcake is so 2008 skang. ;)

my very first cupcake ;)

the second edition :D

latest! death by oreo cupcake
*oppsie. entry pasal ni tak buat lagi :P*

2. Donut
pastu kita ada kegilaan donut. masa awal2 J.Co Donut bukak dulu. saya antara yang menggila beratur dan sanggup drive dari Putrajaya ke Pavilion untuk beli dan makan donut. Lepas J.Co, ada Big Apple. Kemudian ada Krispy Kreme. Wah. Sugar high!!!! :)

gila kan? [circa June 2008]


3. Macaron
this is last year's craze, kot. hah. betullah. entry Februari 2010 ini membuktikannya. hahaha. saya cuba buat macaron. tapi sampai hari ni masih gagal untuk came out with a perfect macaron. sebabnya? takde 'feet' yang baik dan nampak seperti feet! geram ok. maybe salah saya, guna pewarna yang water-based. entah bile nak sambung balik projek macaron pun saya tatau. T___T. oh, sehingga hari ni, banyak sungguh kedai2 dan cafe2 yang dah jual macaron. korang takyah g Paris (Laduree) untuk dapatkan dah. Kat Whisk Cafe, Empire Subang ada, kat Tea For Two, kat Harrods KLCC. dan yang bestnya, benda ni cinonet. Harga? Mahal. Only for the sweettooth people. :)


ini pun kegilaan tahun 2010. saya tak termasuk. sebab baru nak order, dah tutup jualannya. nak buat sendiri macam malas. kenapa saya tak suka? sebab dia chocolate. saya kurang suka chocolate punya makanan. saya suka chocolate pure. eh, apakah ayat ni. berpusing2. hahaha. saya suka coklat je! :P

5. RVC (red velvet cake)
saya baru belajar depa dok bagi short name for red velvet cake as RVC. wakakaka. sebab ahkak dah buat kek ni awal tahun lepas. sekali tu je la buat. pastu tak buat2. sebab rumit sikit. walaupun kek ni adalah kegemaran mak dan budak tu. sebab depa dok kata, dalam banyak2 kek yang i buat, RVC paling sedap. Niat di hati nak try yang versi ini, tapi masih belum ada masa. hahaha. tengah nak settlekan blueberry cheese tart dulu. :)

rupa ku agak huduh, rasa ku terbaeeeek!

6. tutti frutti
aha! this is in 2011 hot list. walaupun ia tidak boleh dibuat secara homemade, tapi tetap meletup dan terbaekk!! ye, saya telah jatuh chenta sama frozen yogurt. sebenarnya fro-yo ni dah lama. cuma tak glamer. masa zaman MakNoriah (makcik merangkap penjaga saya dari umur sehari hingga 11 tahun) duk kat JPS Ampang lagi dah ada. Zaman2 Ampang Point itu hanyalah sebuah shopping mall yang hidup segan mati tak mahu. Dah ada fro-yo dijual di situ. Pilih buah yang kita nak untuk campur dalam fro-yo tu dan voila. memang sedap!!! 

dan terima kasih kepada Naza Group yang memulakan kembali kegilaan terhadap fro-yo ni dengan membuka Tutti Frutti. dah kata tahun 2011 kan? fro-yo bukan lagi berharga RM 4/mangkuk tapi RM5.30/100 gram ye. :) tapi makanan ni super sihat. walaupun agak pricey, takleh makan hari2 tapi memang menyihatkan. (link info kesihatan fro-yo). yang paling best TF dah bukak kat Seri Bangi (kawasan kedai baru - dekat ngan umah mak ko Lin!bleh bawak Mya makan TF nanti. yeay) 



ini gambar semalam. masa memakan TF di Seri Bangi.
baru bukak on the 22nd Januari. dengar kata kepunyaan artis. :)
*tetibe rasa nak keluar modal bukak TF di Alamanda, tapi ada orang nak beli kah? hehe*


hah. ok. dah.
kegilaan ini maybe saya je kot.
korang tak. 
tapi yang masih menjadi pujaan hati masih kopi. 
terutama setabak. cuma geng minum kopi udah tiada. 
sebab geng minum kopi dah pregnant. [congrats Didi my loff]. tapi sebulan sekali masih on kan?
kalau tak, kita g makan TF ok????

oh, tetiba tekak ini rasa nak makan mihun sup Uniten. dan lapar..
waa lapar. lapar. lapar. 
hahaha

ok korang. 
ni dulu lah eh.
later i hapdet lagi.
muahs!!




7 comments:

reena said...

comel gila your macarons. haha.

eh, i pun ada berangan nak bukak TF kat Alamanda. jom join venture? tp mana nak carik modal? haha.

thesweetlittlecat said...

semua di atas I suke! hehehehe.. oh macarons, suke Whisk punye! :)

TF, esok kita berjumpa di IOI! :)

suhana azlin said...

tau xpe, buhsan aku asyik2 wordless asyik2 wordless..haha =P

my prediction, x lama lagi cake pops kut yg akan femes kt msia, cuma skang belum ramai org yg pandai buat lagi..tu yg kegilaan belum bermula sangat hehe..

swit@kon said...

reena,

wah. really?
itu tak jadi tu. kalau jadi?
hahahaha. kalau jadi, i bagi u sket. :P pwomise

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

ye, aku tau kau suka my fellow sweet-toother. hahaha. Whisk punya agak manes la babe. rasa gula. huhuhu. btw, TF? esok? we'll see how. g Bangi je la. dekat. hehe

swit@kon said...

suhana azlin,

aku nak buat pop cakes. tapi sayang nak hancurkan kek. hahaha. btw, nak carik celup2 pop cake tu susah aa. try jugak kat cold storage, non ada choc yang colorful tu. :(

kau checkkan leh? kalau murah bleh import. hahaha

suhana azlin said...

celup2 pop cake? yg lidi cam lollipop tu ke or benda yg nk gamkan cake? apa nama dia nnt aku try carik...

hehe..aku pun berangan je la nk buat pop cake tp cm leceh jer..kang last2 buat mainan mya je tickle2 kek hancur hehe...