Friday, November 13, 2009

tick tock tick tock


erm. bila takde keje dan blog orang lain tak hapdet, aku layan blog sendiri baca entry-entry yang lama. ye la. kekadang kita menulis ni melambangkan emosi dan situasi semasa kan. so tengok2 balik cam emosi aku ok kebelakangan ni. cuma maybe 'masa itu' sahaja yang tetiba angin kus kus datang. hahaha. and sebenarnya entry ataupun blog ni bukanlah mencerminkan siap penulisnya. hanya sebahagian mungkin. ada yang berani menulis setulus hati dan ada yang masih menjaga hati orang lain dan ada yang menipu pun. portraying a lifestyle yang super kewl, super best. tapi takpe. as far as i am concern, aku happy baca blog orang lain tanpa mengambilkira faktor2 tersebut. kata pun blog orang tu kan. suka hati dia la. hehehe.

skang  ni dah nak masuk pertengahan November. sekejap je. pejam celik dah tahun 2010. achievement tahun 2009 belum sempat review lagi. sibuk dengan kerja. dulu masa belajar sibuk sangat nak kerja. bosan kena study. skang dah kerja, terlalu involve dengan kerja pun tak bagus jugak. achievement dari segi career aku makin ok. hiccups here and there tu biasa lah. nama pun kerja. duduk kat tempat yang involve manusia pulak tu kan. i am proud of myself regarding how i handle the work thing hingga hari  ni. mungkin adalah satu dua hari yang memang aku lunyai (kena marah, marah orang, kerja macam haram) tapi overall ok. networking aku makin baik (alhamdulillah) dan aku harap takde yang nak buat musuh ngan aku. sebabnya? sebab aku buat kerja. kalau peraturan kata tak boleh, tak boleh lah. tak payah ko nak try bagi boleh dengan cara yang salah pulak tu. tapi masih terlalu banyak aku kena belajar dan upgrade. kata nak jadi orang yang flying colours. i will work my ass off untuk achieve gol aku! go yantie! *semangat dah datang tetiba. hahaha*

part lifestyle pulak. aku maybe berjaya mengurangkan keborosan yang dah bertakhta di hati dari dulu lagi. dari zaman mula pegang duit. pembelian benda2 secara membabi buta dah tak lagi aku buat. contohnya pegi je kedai kasut (Vincci, Aldo etc) ada je berkenan terus amik, bayar. skang tidak lagi. hehehe. pembelian besar aku buat tahun ni masa ke Bandung dan Singapore je. itu saja. kat Bandung beli baju yang super banyak dan masih belum sempat pakai pun semuanya dan kat Singapore beli kasut yang dah pun lunyai. cuma aku masih belum boleh stop membeli di blogshop. tapi itu pun dalam dua bulan sekali atau mengikut hati yang terpaut dan duit yang ada dalam akaun. haha. karaoke still pegi cuma tak deras macam dulu. dulu tiap2 minggu wajib. skang ni dah tak lah. bab makan takleh control lagi. makan nak sedap je hari2 cuma tak diikutkan napsu napsi tu. ari ni nak nandos, esok nak sushi, lusa nak kotiau kat Kelab Tasik. tekak aku ni mengalahkan wanita pregnant. ari2 aku teringin. oh! aku baru teringat. aku dapat beli benda yang dari tahun 2003 aku nak beli. iaitu baby baru ku. my D5000. hek. gila ar.

relationship? aha! yang ni masih di tahap comel lagi. takde progress yang mendadak walaupun keliling aku semua dah ke tahap berpunya dan dipunyai. diulang sekali lagi, masih di tahap comel ye. hahaha. but i am happy this way (dalam hati : happy la sangat :P). ada pros and cons. itu standard hidup seorang yang bernama manusia la. ada yang score tinggi bab relationship tapi hampeh bab lain. harapan aku masih ada. belum la sampai ke tahap putus harapan. hehe. tak mau cerita. let it go with the flow. yang penting aku adalah manusia yang penuh kasih sayang. hahaha.

pepagi dah membebel. apa reason aku? sebab aku terbaca email orang yang ntahlah. pada aku, dalam dunia ni R.E.S.P.E.C.T paling penting. if kau tak hormat orang sampai bila pun orang kata kau. takpelah. suka hati kau. aku tau mulut aku ni bising tapi aku takkan kacau hidup orang selagi orang tak kacau hidup aku. aku sayang family aku, kawan-kawan aku. tak suka aku punya kelaseran ke ape, pedulik ape aku! hahaha.

oklah. aku ni sakit perut. adakah itu satu reason untuk membebel? hahaha. ok ok. stop dah ni. terima kasih kerana baca. hahaha. babai.

xoxo


No comments: