Showing posts with label tv series. Show all posts
Showing posts with label tv series. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

DeJavu di Kinabalu



Siapa tengok? Angkat tangan!! Ahaks.
Susah la saya nak gila cerita drama Melayu kat tivi. 
Last sekali yang ala2 layan Tentang Dhia. Before tu yang citer Saleha tu pun layan sikit2. 
Tapi yang ni layan sangat la plak. senyum2 la plak tengok citer tu.
Sejak first day tayang. Saya suka! Ok. Jom baca fakta. Haha.
  • tersuka kembali dengan Aqasha. sebenarnya suka sejak dia belakang Oh Haram dulu. Memang sweet je kot. rambut itu seksi! haha
  • tiz zaqyah? suka suara dia. serak, tebal, sengau skit. motif? entah. hahaha
  • in love with Kundasang dan Gunung Kinabalu. a must go for me and Mr. Hubby. dah lama teringin. 
  • lagu tema : butterfly. lama dah kot. tapi bila dengar balik cam layan
  • cinematography : cantik dan awesome. i super like!
ok lah. 
sebab saya dah suka citer ni, seharian dok layan lagu lama aqasha. hahaha
kenapa dia tak nyanyi dah skang eh? rugi la. suara dia sedap!
saya tinggalkan korang dengan lagu aqasha ni eh? ada dua.

satu : obsesiku


dua : cahaya hati : suka!!!




Tuesday, December 21, 2010

DDD




bukan saiz bra yang triple D ye kawan-kawan. ;p
DDD stands for Drop Dead Diva.

Oh my my. Lepas marathon Leverage selama 2 minggu, kini saya beralih pula kepada Drop Dead Diva.
Masa sesi lepak dengan Min dan Didi, rasa tercabar bila diorang borak pasal tv series ni tapi saya taktau apa2. Hahaha. So, tanpa menyahut cabaran sesiapa, terus saja saya layan. dan hari ini. secara officialnya. saya telah menamatkan Season 1 - Drop Dead Diva.oh super nice. nak sambung Season 2 pula. dan untuk Y.E.H. nak borong dvd ni jugak!!

kisahnya pasal apa?

Debb & Jane

pasal seorang model, Debb dan seorang peguam, Jane. Debb mati accident. Dia takde buat kebaikan atau kejahatan masa hidup. So, zero. Tak dapat nak tentukan dia masuk syurga atau neraka. Semasa guardian angel, Fred nak tentukan tu, Debb tekan butang yang menyebabkan dia balik semula ke dunia.

Dalam masa yang sama, Jane seorang peguam yang bijak di suatu firma. Hari yang sama tu, ada seorang suami datang mengamuk di office sebab bos Jane tidur dengan wife dia. Nak tembak bos Jane, tapi tertembak Jane. So masa Jane kat hospital, roh Debb masuk dalam badan Jane. so bermula kisah-kisah lucu dan chomel. Bayangkan model bersaiz 2 yang agak lurus (read : bimbo) masuk dalam badan peguam bijak yang bersaiz 14.

best gila! so, apa lagi. sila layan. :)

Drop Dead Diva Wiki Page is here.

*pictures credit to google image*

Wednesday, May 12, 2010

yeah i'm gonna give you (highway to) hell(o)!!!!

thanks to the technology.
credits to YouTube

highway to hell

gives you hell

hello


enjoy korang. i know i do.
tak sabar!!! sesiapa dah ada, sila lah pass around.
pretty please....

Wednesday, May 5, 2010

Grey's Anatomy Season VI

saya baru habis layan sampai cd 3 - separuh.
kepada yang tak mahu tahu, sila klik butang x di sebelah kanan atas ye. :D
(all pictures are courtesy of Google Image)

  


  1. O Malley (George) died. yes he's dead, people. Love the funeral scene when izzie had on a very nice head scarf. All of them were laughing together because the women that George saved (by jumping out in front of the bus-and die) cry so bad - mengatasi kawan-kawan dia. 
  2. Stevens (Izzie) is recovered (not cured) from cancer. She's married to Karev (Alex) and lived together in Derek's trailer. Sebab? sila rujuk fakta no.3.
  3. Shepherd (Derek) & Grey (Meredith) married on a post-it sticker. They use sex as therapy for the lost of George sehinggakan mereka menghalau housemates, si Izzie dan Alex.
  4. Yang (Christina) & Hunt (Owen) is working things out between them. Gi jumpa kaunselor - sebab mereka belum 'tidur' bersama kerana paranoia Hunt tak sudah2 lagi. asik nak cekik Yang.
  5. Torres (Callie) & Robbins (Arizona) is heating things up. At first Callie moved to another hospital because she had a fight with the Chief but returned back to Seattle Grace (selepas 2 episod kot).
  6. Seattle Grace merged with Mercy West - kerana masalah economy dunia dan terpaksa membuang half pekerja-pekerja hospital. 
  7. Mercy West is full with hot attendings. Contohnya - Dr. Harper Avery (remember him in Rihanna's music video, Russian Roulette?)
  8. Izzie lari dari Karev.
  9. Meredith kena operate dan mendermakan sebahagian daripada livernya.
  10. i cried last nite (like a baby, demmit) while watching Episode 8 - Invest In Love. Yes. Cried over the death of Wallace, a boy who's suffering some kind of a bowel disease. :P 
  11. ingat tak Kim Raver - ala yang berlakon sebagai Nico Reilly. the one with the toy boy? hahaha. she is the newly cardio god on this season of Grey's Anatomy. wuhuuuuuuuuu.
  12. Mark Sloan - ada anak umur 18 tahun. woot woot. he moved in with Little Grey (Lexie). Lexie ok je. makin chomel.
      


ok dah. saya tak mahu torture orang-orang lain. 
banyak sangat spoiler. 
sangat hot kan? itu baru facts je. hahaha. sila layan korang. best!
sementara tunggu Glee Season II ni, layan Grey's dulu k. 
ok. tu je. bye. *hiks*

:D


Tuesday, April 13, 2010

potato couch or couch potato?

ke nak buh couch tomato?
kerana tomato lebih mudah lembik dan squashy.

:p

saya sedang menggilakan dvd.
kadangkala saya merasakan dvd tu peneman dan pengubat kebosanan.
tambah pulak tiada orang2 tersayang selain family di rumah.
elakkan dari keluar shopping, g makan2 (benda2 expensive), membazir duit ke mana2 lah pun.
ada ketikanya dvd tu macam escapism tau.
dari segala benda.
cuma bila di rumah hanya ada sebuah sahaja pemain dvd iaitu di ruang tamu, yang mana menjadi tempat ayah lepak, itu merupakan bahan nak kena marah la.
ye la kan. Pakcik tu nak layan bola la, badminton la. segala2 yang ada kat sports channel.
yang kita dok sibuk ngan dvd. mana tak kena marah.
tapi takpe. dah biasa. buat keras je.
so. skang ni tengah melayan apa? jom tengok! (semua adalah hasil merembat semasa ke Penang tempoh hari)

sudah selesai

1. Chuck Season II dan Season III (Part I)

  


- masih dalam mode cinta Chuck dan Sarah.
- Chuck masih seperti saya melainkan dia lelaki seorang lelaki emo. Emosi nya menyebabkan banyak benda tak jadi dan jadi lain, tapi mesti menjadi.
- love the part Ellie and Awesome kawin
- bapak Chuck ada dalam Season II
- Chuck dapat erase intersect dalam kepala tapi upload yang lebih power
- Chuck makin hensem! suka rambut pendek masa Season III

ok. tu je. lain, korang tengok sendiri.

2. Dollhouse Season II



- terminat sejak Season I
- suka dengan Eliza Dushku
- untuk season baru, super in love dengan Paul Ballard
- (spoiler alert!!!) sedih sebab Paul mati
- banyak mati
- agak merepek ada ketikanya kerana terlalu banyak elemen sains dan teknologi yang melampau
- Echo rawk!!!!

boleh la. kalau korang pernah layan Season I, memang boleh tengok. tapi yang tak suka Sci-Fi atau dari awal tak suka, jangan tengok. contoh cam adik saya, Si Kicap. dia memang tak paham

3. Leverage Season II



- minat sebab Um dan Min kata best
- dan saya penah buat entry pasal Leverage ni dulu. tak ingat kat mana. dah ingat nanti i buh link
- untuk season ni, Sophie takde. dua episode je rasanya. dia merajuk ngan Nate and dia putus cinta.
- bila Sophie blah, ganti ngan seorang awek professional grifter/con Kara.
- Nate yang berhenti minum, minum balik
- ending dia aku benci. huhu ada ke Season 3 agak2?

sedang tengok

1. It's Complicated


- baru start tengok malam tadi. tak habis sebab makan ubat. weng dan terus tido
- sambung sikit pagi tadi
- suka sebab Meryl Streep
- tak berapa enjoy sebab percintaan orang tua
- ayat paling best setakat ini 'let's grow old together' 'we are growing old together, but apart from each other'
- akan sambung lagi petang ni

bakal tengok

1. Private Practice Season III



- tengok sebab best
- banyak conflict
- Dr. Addison makin hot

2. Grey's Anatomy Season VI





- sangat setia. dulu, kini dan sampai la siri ni stop
- tak sabar dah nak sambung
- nak tau apa citer Meredith dan Derek
- ini adalah kisah air mata saya. huhu.
- boleh emo seminggu kay, macam masa tengok Season III dulu :P
- eh, tak sabar dah ni!
- nak carik OST plak. mesti syiok. OST dia tak pernah menghampakan


ok. dah.
ngantok. lupa plak kena makan ubat.
lunch takde. aish!!!
ok bye. later

Thursday, January 21, 2010

GLEE

sape tengok GLEE malam tadi? lepas American Idol?
wahhhhhhhhhh super best kan???
sapa kate GLEE adalah rancangan yang awesome angkat tangan!!!!!
(Mama Lin - sila layan ini juga ye -selain KIWTK!)



oh, sangat craving untuk membeli dvd GLEE tetiba.
awak, belikan dulu bleh??? *wink, wink*
saya chenta sama lagu2 diorang. huhu superb! Mercedes Jones and Kurt Hummel adalah best!! fashionista!
ok lah. nak g carik mp3 plak.

bye
xoxo

Sunday, November 15, 2009

pencuri

korang suka Italian Job? cerita pencuri kelas atasan yang mencuri benda2 hebat sahaja. kumpulan pencuri yang sememangnya hebat dan ada kepakaran masing2. last 2 weeks aku pinjam cd tv series dengan Um. tajuk dia Leverage.



dia ada lima orang pencuri yang diketuai oleh Nate - bekas penyiasat anti-fraud syarikat insurans, Sophie - pelakon yang ala2 hebat, Hardison - computer geek yang super terror, Eliot - kaki pukul dan pembenci pistol and Parker - pencinta duit yang hebat dalam masuk keluar tempat yang kecik. serius best cerita ni. lawak pun ye. sesapa yang nak jadi pencuri suka tv series yang mencabar memang patut tengok citer ni. go buy a copy of this series for yourself.

and i love parker. cantik dan gila. hahaha.

p/s : aku tak review tau. malas. hehehe. semoga dia sambung sampai 4-5 season!

thanks Um.

* kerja banyak ni. malas. camno?*