Wednesday, September 16, 2009

critical thinking


hey all. assalamualaikum w.b.t.
hari ini saya ada perhimpunan bulanan dan sejurus selepas perhimpunan kami ada sesi ceramah berkenaan dengan Critical Thinking. erm nak kongsi tak kat sini? nak ke? hehehe.

oklah. sebenarnya critical thinking ini bukan melibatkan orang2 tertentu sahaja. tetapi semua orang perlu ada skill ataupun kemahiran ini. sebabnya. dalam menghadapi kehidupan seharian, kita tend to laksanakan segala benda secara rutin. rutin tak bermakna tidak baik. rutin yang baik adalah solat, puasa dan segala yang tertakluk kepada suruhan-Nya. dalam cubaan menghadapi kehidupan yang serba mencabar pada masa sekarang, kita perlu berfikir luar dari lingkungan yang sepatutnya. contohnya. rather than hari2 mintak isteri masak dan makan di rumah, kita cuba untuk makan di luar dan sebagainya. selain daripada itu, dalam melaksanakan tanggungjawab di office, tidak semestinya kita berpegang kepada amalan biasa yang dibuat dalam organisasi tersebut. kiranya kita perlu memberi idea dan penambahbaikan, kita seharusnya melaksanakan dan melontarkan pandangan tersebut. tak salah. kalau diterima, ia memberi kepuasan pada diri kita tanpa perlu meminta sebarang balasan. jika tak, kita boleh try propose the next time.

critical thinking ni ada banyak cabangnya. walau bagaimana hebat pun perkara ini, berbalik semula kepada attitude. manusia ni pelbagai ragam dan manusia susah menerima idea2 baru sebenarnya. dan ia mungkin menyukarkan kita dalam usaha mengubah mind-set masyarakat terhadap sesuatu.

saya pernah terjumpa seorang pesara kerajaan yang merupakan one of the top gun in the service. ketika itu tahun 2005 rasanya. dia sedang mengisi masa lapangnya dengan melukis di Kelab Tasik Putrajaya. kami yang muda2 (kununnya la :P) mendekati beliau dan berborak. dalam berborak itu dia mengingatkan kami berkenaan dengan keperluan kita untuk melatih otak kita berfikir sesuatu yang luar daripada konteks pemikiran seharian. maknanya benda2 berat la. ekonomi, keselamatan, isu dunia dan sebagainya. bukan benda2 ringan macam gossip artis malaysia, indonesia, apa nak makan malam nanti, siapa juara AF dan lain2. bukan tak boleh fikir. semua orang dibekalkan dengan benda yang sama iaitu OTAK. cuma penggunaan mungkin berbeza antara satu dengan yang lain.

wah! tetiba ahkon bercerita benda serius kan. hihi. menarik sebenarnya. saya boleh diskus berjam2 berkenaan dengan benda ni. itu belum masuk tajuk keajaiban otak manusia. hihi. takpelah. memandangkan semua blog pun cerita lagi dua, tiga hari nak raya la, kuih raya la, langsir dan lain2 dan jugak ada yang dah balik kampung. nanti lah kita sambung cerita pasal otak ni eh! hihi.

saya pulak. semalam baru je terima sekeping kad ucapan raya yang ada budak kecik 2 orang chumel itu! siap dengan sampul duit tau!!!! Terima Kasih Zarin. saya nak bitau Zarin dan Afiq, saya kirimkan kad selepas raya tau. hahahaha. tak sempat la (padahal post office bawah ni je). ok. tu je buat hari ni. saya masih tidak selesa bekerja sebab belum mintak maaf dengan bos pasal peristiwa semalam tu. huhu. saya tinggalkan korang dengan gambar Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim anjuran Kelab kami di opis ni!


oklah tu je. saya nak layan tido tengah hari jap.
:)

xoxo


1 comment:

AFIQ zainal said...

to yanti ahkon : sori kad sy tak sampai2 lagi..lepas raya gak la ek...