Tuesday, September 1, 2009

sailing away

fuhhhhhh....foooooooohhhh......aaaaa chhhhooooooooom

woohoooooooooooooooooooooooo

gila lama blog ini ditinggal oleh ahkon. dah 2 inci ketebalan habuknya.
alkisahnya aku telah berkampung dari khamis malam jumaat di Kuala Lumpur.
without laptop sendiri, aku hanya berkesempatan untuk baca blog korang dari laptop epal si Salman je. huhu. nak update macam tak dan pulok.

kenapa berkampung kat KL? erm biasalah. hujung Ogos. kena bertugas untuk sambutan Merdeka. tahun ni aku tak sebizi last year. kalau tahun lepas kena jaga tokoh, tahun ni aku jadi Urus Setia bendera jek. oh, bercakap berkenaan tokoh Merdeka last year, kenangan berulang kembali kepada Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh yang kembali ke rahmatullah pada Khamis lepas. terkejut dan tergamam sekejap mengenangkan beliau seorang yang sangat saya adore. Tuhan lebih sayangkan beliau. apapun, takziah untuk Datin dan keluarga. Al-Fatihah.

kenangan last year - Tokoh Merdeka 2008

seperti yang korang semua dah tau, sambutan tahun ni dikurangkan kepada portion yang lebih kecil. walaupun kecil, impak yang lebih penting. macam semalam. semua orang mengeluh kerana usai 40 minit majlis berlangsung, tamatlah sambutan kemerdekaan ke-52. oklahkan, lebih jimat ape! dan dalam menjimatkan apa2 yang perlu, minyak hari ni dah naik.

sambutan tahun ni dalam bulan Ramadhan. ada perkara yang dikesalkan ialah kumpulan yang digelar 'pelapis pemimpin negara' yang segak berpakaian sedondon tetapi selepas event mengogop air dengan rakusnya. huhu yang ni memang sedih lah. kalau ye pun tanak puasa, jangan la memalukan diri sendiri dan nama organisasi yang dibawa tu. tunggulah sampai kat rumah ke, nak melantak nasi beriani pun kami tak kisah. apa yang penting? ia memalukan sungguh! dan satu lagi perkara yang terjadi adalah insiden meng'insult' oleh mereka2 yang bergelar orang2 di kompeni2 ni. hina sangatlah jadi warga gomen ni sampai mereka sanggup mencaci dan menghina hanya kerana perangai mereka sendiri yang out of control. berebut2 macam apa. sampai luka lah tangan ni. huhu. lebih senang menjaga dan mengawal budak2 sekolah dari orang dewasa yang perangai macam budak2! eeiiii double keji! tapi takpe lah. kita ni bertugas. demi negara. kata lah nak kata apa pun. dah la bulan puasa. :e aku tak katakan semua pun teruk, tapi percayalah, siapa pun kita ni, kat mana pun kita berada, budi bahasa kena jaga ye. takkan itu pun nak ajar. haih.... takpelah. dalam meniti perjalanan hidup ni. aku belajar. dan insyaAllah aku masih nak involve lagi dalam sambutan kemerdekaan selagi mampu. ini tahun ke-2 dan siapa tahu mungkin aku akan berpeluang lead jawatankuasa sambutan satu hari nanti. hehehehe.

itulah beberapa cerita manis dan kelat2 sikit untuk sambutan tahun ni. nanti lah aku post gambar. lepas amaik dari si manis photographer kami nanti. so, i'm officially back!!!

:D




2 comments:

Lady said...

mak aiii~ tak de pulak polis yang tangkap orang2 tak puasa ni? hohoho.. takut aku apa laa agaknya zaman anak2 kita nanti kan..
beb, aku doakan ko la pulak yang lead untuk sambutan tahun depan. kasi meriah sket! hehehe

swit@kon said...

Lady,

kitorang hamik gambor. biarkan. next year kita basuh cecukup. weh bie. lambat lagi aaa aku leh lead. sekadar empat-puloh-satu nak lead mende :D