Thursday, April 8, 2010

morning fun facts


  1. Melbourne, USA - like duh? ini untuk korang2 yang menonton ABPBH tempoh hari lah. serius aku tutup muka dengan bantal lepas dengar minah tu jerit dengan penuh konfiden!
  2. rumah arwah Din Beramboi kena masuk pencuri. - matilah kau. kat akhirat nanti jawab lah!
  3. hormat orang kalau nak dihormati! - enuff said. jangan sesuka hati buat kerja, petik nama orang dan dengan super confidentnya menyalahkan orang yang kerjanya betul.
  4. menjawab panggilan telefon tetapi memasang lagu sekuat-kuat hati adalah super menghina. kalau tak nak bercakap sekali pun, tak perlu pasang lagu dan membuat humming 'la la la'. hanya perlu cakap baik-baik saja. umur pun bukan budak lagi. 
  5. buat Cik Dalila - kenapakah Arsenal kalah 4-1. u tak bangun buat pom pom malam semalam tadi? hahahaha :P. dan kepada peminat Man U, walaupun menang. tapi kesian, tak qualified. sorry Kiera!
  6. menconteng lif di kawasan perumahan yang disediakan oleh kerajaan dengan bayaran yang minima adalah super stupid. apatah lagi menconteng satu ayat, diikuti dengan ayat berikutnya yang merupakan sambungan ayat pertama tadi.
  7. sekiranya bosan dengan taklimat, ceramah atau apa sahaja majlis ilmu, sila kan duduk selesa, tutup mata dan diam. jangan menguap macam lembu menguak kerana ada orang lain yang masih nak dengar!
  8. masuk rumah orang jangan perangai lebih buruk dari tuan rumah. kalau baca surat khabar, sila kemaskan. takde maid yang nak bantu. dan umur bukan budak2 pun. 
  9. nama pun artis. gaya, bahasa semua orang tengok. tak perlu jadi artis barat k. 
  10. bila tak sihat, sila kuatkan hati untuk sms bos dan bitau tak sihat. jangan tunjuk terror dengan datang office dan menyesal bila bos tak bagi rehat. 

oklah. entry ini tiada kena mengena dengan sesapa. jangan kata saya tak warning korang. saya tengah menelan bola golf yang super besar kat dalam tekak ni (tonsil bengkak) dan kepala ini berat, batu juga ada. 

peace out. later!


5 comments:

thesweetlittlecat said...

beb, aku tak sedey sgt sebab kalah bermaruah! hehehe
beb actually there is a place named melbourne in Florida, USA.. u better check k.. :)

thefrogprincess said...

huuu~ kechewa tau arsenal kalah. sungguh la sedih. tapi barca mmg kuat gila la. lg main d nou camp. hmm mmg sia2 la. bout man utd going out of the race. i expected it too. tapi malas la nk ckp kn. nnt ada org hangin plak. memandangkan sy tk d kutuk masa arsenal kalah sy pn tanak la mencari pasal. hahah :)

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

memang ada nama tempat tu. tapi si budak umi tu kan belajar kat Australia. hehehehe

swit@kon said...

thefrogprincess,

hahaha. saya tak paham bola. :P

didi said...

"hormat orang kalau nak dihormati! - enuff said."

ermmm, walaupun aku selamba, aku still hormat kan?

kan?