Friday, April 2, 2010

Restaurant Review : The Garden Seafood (Tanjung Malim)

hal ini berlaku Ahad yang lalu.
plan tidur di rumah MakNgah di Bukit Beruntung di extend untuk malam ke-2.
the next day (Sunday) kami lunch di Tanjung Malim. Di Restoran The Garden Seafood.
dengar macam jauh kan? dari Bukit Beruntung hanya 20 minit saja. ;)
dua kereta gerak dari BB. saya naik Range Rover, mak naik Estima. baby ijau tinggal kat BB. otw semua terbongkang tido. letih tak habis lagi. sebab letih tu la kamera pun tinggal kat umah. hahahaha. gambar adalah hasil snap2 dari N77 (yang dah uzur!).


sampai je perut memang sudah menyanyi-nyanyi. menggelupur masuk dalam kedai (cuaca super hot!) dan terus order. restoran ini sangat simple, old school look.cozy giler!



apa yang diorder? Daging Rusa Black Pepper, Oyster Omelette, Tauhu Kicap, Butter Prawn, Kepah Black Pepper, Ikan Stim Pedas, Bendi Masak Belacan dan ada dua lagi yang saya dah lupa lah.
Air pulak - Longan. dia tak guna ais ketul tapi ice blended. superbly nice!!!! gila terliur ;P



memang lah ramai orang yang datang kat kedai ni. harga memang berpatutan. kami sembilan orang jumlah keseluruhan adalah RM 250-ish.


memang recommended. nasib baik jauh. kalau tak, saya bawak ayah n adik sekali datang sini.
kalau korang nak try, ni alamatnya:

7-8, Jalan Wangsa Utama,
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim, Perak.

balik tu kami singgah beli pau Yik Mun. seronoknya! ok la. tu je.
bye! :D

(review di blog lain, klik sini dan sini)

** Al-Fatihah untuk Arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri aka Din Beramboi yang meninggal akibat denggi berdarah.(link)

No comments: