Sunday, July 11, 2010

chillax


my wish is granted!
lepak di hujung minggu adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sebenarnya.
even apabila banyak sangat rehat pun tidak lah berapa bagus.
and now, saya dah rasa sakit kepala. sama ada terlebih rehat, terlebih tido atau sebab meredah panas ke Floria tadi.

how i spend my weekend? it started with Friday evening. One of my staff, Abang Mohsin jemput untuk birthday his daughter. yang ke satu tahun. super kiut ok. me, datang dengan tidak berhadiah (hulur sahaja di akhir rancangan) adalah super puas hati kerana dapat makan dengan banyaknya. hahaha. tidak lah begitu banyak tapi pelbagai. first sekali pinggan berisi laksa, kemudiannya nasi impit dan kuah kacang, tambah plak kuih seri muka dan karipap. penuh perut balik tu. makan ubat selsema dan tido. jam 2.30 pagi saya bangun. tidak, bukan untuk tengok bola ke apa, tapi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakan yang baik. niat untuk makan rosti malam itu berkubur apabila sampai sahaja di Hartamas Square, uncle rosti dah kemas gerai. oh tapi saya tetap makan. makan pasta. namanya pelik sungguh, tak dapat nak sebut. kuah putih. memanglah menggemokkan. kul 3 pagi ok! lebih kurang jam 4 balik dan terus sambung tido.

pagi Sabtu, Mak request untuk mintak hantarkan dia ke Kelana Jaya. nak ikut Uncle ke Penang. Cuti sekejap katanya. so selepas pulang dari menghantar Mak, saya sempat ke Empire Shopping Gallery di Subang Jaya. Tidaklah begitu gah tempatnya. biasa saja. kedai masih banyak belum buka. anyways, dapatlah saya try makanan di kafe yang agak hangat dibincangkan dalam beberapa blog iaitu Whisk. A small cafe which consists only 10 stools + few tables. Menu pilihan, Hazelnut Latte, Carrot Cake & take away macarons. verdict? ok. i love the place. i never been to any european country but this cafe resembles so much of all the cafes in paris or london. or i dunno. hahahaha.


menghabiskan masa di rumah, saya menonton Remember Me. hasil pinjaman dari Min. cerita? ok. cukup untuk menyedapkan hati yang masih belum puas menonton Robert Pattinson semasa tayang Eclipse tempoh hari. Oh chop, bercakap pasal eclipse, esok pagi saya akan published cerita di Charity Screening Twilight Saga - Eclipse pada 7 Julai yang lalu. balik kepada Remember Me, saya rasa cerita itu ok sahaja. Bukan lah sampai tahap boleh menang Oscar. it is a good story cuma saya dan Min agree yang endingnya terlalu anti-klimaks. tak hapa2, tetiba je mati. tak puas aku nak tengok Rob. hahaha. spoiler di situ!


Malamnya saya merayap ke Downtown BTR. cari apa? cari kasut Croc. dah la susah nak dapat parking, last2 kena jalan kaki dalam 5 minit ok. tak lama pun. sebab panas, dan tiada plan lain untuk membeli belah. sbeab duit kena simpan untuk trip 2 minggu lagi! lepas tu, perut memang lapar. singgah sekali lagi ke Hartamas Square. yeay!!! Rosti ada! kenyang sungguh! malam tido termimpi2 ok. hihihi.


Hari ni? pagi bangun dan terus join Min dan Um untuk Sunday breakfast ritual. kali ni venue bertukar ke Paparich di Equine Park. Aku makan nasik lemak. Lepas breakfast, kami plan nak ke Floria di Presint 2. Panas yang amat. Tahun ni agak suram. Tak berapa nak meriah. Maybe penangan ekonomi yang teruk, duit takde, sponsor kurang. Bunga adalah kurang menarik. Pavilion yang menempatkan Twilight Garden pun kami tak sempat masuk sebab rasanya terlalu ramai orang sehingga dia hadkan bilangan kemasukan pengunjung. Dalam 15 minit je kat sana, kitorang balik. Dan hari ni, aku berjaya mengkhatamkan dua movie yang ditonton secara online iaitu Toy Story 3 dan Karate Kid. Jaden Smith adalah chomel ok!!!



  


ok. tu je. kepala sakit lah. nak mandi.
esok kerja. takpe, sehari je dan pastu terus ke Sandakan untuk dua hari.
Sandakan ada apa eh? bagi cadangan apa yang menarik di sana???


ok bye.



No comments: