Tuesday, July 20, 2010

(i'm) SO HOT



first and foremost. saya mintak maaf kerana sya asik mungkir janji. banyak sangat entry tertunda. entry SG Girls di Apartment, The Curve. Entry baby Wawa. Entry kenduri tunang Um dan Mila. huhuhu. semakin nak bercuti dan 'terbang' ni, kerja mencurah2 bagaikan air hujan. takpelah. maybe if saya sempat saya akan update bebanyak sampai korang muntah k?

Saya baru je balik dari rumah Lin selepas melayan Sushi King bersama Lin, Ika dan Kak Lin. Singgah sekejap di rumah Lin di Bangi untuk tujuan mengambil barang. My goddaughter, si budak kecik Mya itu (anak Lin) ada dengan neneknya. The first time i met her last two weeks (after 1 year she was with her dad and her mom di Aberdeen), she was a bit jet-lagged. Tido siang, berjaga malam. Biasalahkan, orang duk negara omputih. hahaha.

Jumpa tadi plak, keluar dah true colour Mya. Hahaha. Super cute ok. Sama macam maknya. Diva, pandai berlakon, girly, suka benda2 cam mekap, kasut, handbag, perfume. Mana taknya. Masa mengandungkan Mya dulu, Lin memang la tak lekang dengan pergi salon blow rambut, facial dan buat benda2 wanita yang lain. Kenapa? Tengok gambar2 yang saya sempat amik ni.



Untuk makluman, aksi dalam gambar di atas adalah secara sukarela oleh si kecil itu. Tanpa disuruh atau dipaksa, dia terus pakai kasut2 yang Lin keluarkan dari plastik. Ada lima pasang kasut. stiletto dan pumps. pelbagai warna, pelbagai ketinggian. Dia try each one dengan tunjuk dan sebut "Nak!". Sangat comel. Untuk pakai kasut2 itu, dia pegang la sesapa yang ada kat keliling atau kerusi, masukkan kaki dan mulalah jalan. catwalk ye! hah. amik. baru nak masuk dua tahun. hahaha. takpelah Lin. layankan. Acik Atie pun melayan dengan pakai sepasang dua. Bila pakai, Mya akan sebut "Wow!!". Hahaha. Adorable!!!!

Mak dia pulak bawak keluar gown kaler merah polka dot. Saya sarungkan kat badan dia, dia carik kasut. Ye. Pandai. Dia pilih Nine West kaler maroon yang masuk dengan gown dia. Pastu ajak jenjalan. Ada video. Tapi tunggu saya edit dan bagi pada maknya. Maybe Lin yang akan upload nanti. :)

Work It Girl!!!!!
Acik Atie dan Mya berstiletto Nine West Maroon dengan Gown Polka Dot Merahnya yang tak sempat di zip.

See? Hahaha. Memang budak ni bergaya sakan. Rindulah nanti ngan Mya bila dia balik Aberdeen. Lin pun. Ada 2 bulan lagi ni. Takpe. Buka puasa ada lagi, raya kan? Takpe2. Blog Lin kan ada. Bosan2 baca update kat situ je la. Bilalah saya nak ada daughter sendiri yang comel camni??? :P

Oklah. Ngantok dah ni. Sushi yang dimakan telah mula beroperasi dalam perut. Huhu. Esok hingga weekend super bz. Esok kena jadi emcee di suatu majlis rasmi. Khamis nak settlekan kerja2. Jumaat di Kuantan. Sabtu kenduri di rumah atok. Ahad packing time! Uhhhh. 7 hari lagi! Woot!Woot!

Sebelum saya menutup entry ini, terimalah So Hot dari Wonder Girls khas didedikasikan untuk Mya.
Sila membesar dan menjadi wanita hot macam Acik Atie!!!



ok.thx.bye.
xoxo.



2 comments:

Anonymous said...

ko nk terbang ke mana plak nih weh? hehe...
btw, syommeeeeeellllll la si Mya neh!!




~coffeeaddicts~

swit@kon said...

~coffeeaddicts~

aku nak holiday! :D