Saturday, December 18, 2010

empat tahun



yikes. it is fricking four years.
wow. never thought i'll be in the service this long.

tanggal 18 Disember 2006, berbondong la pegawai-pegawai baru melaporkan diri di Kluang, Johor.
berdedai-dedai la mereka dari seluruh pelusuk negara Malaysia dan berkenalan sesama sendiri. Kasut hitam, baju pejabat, kemas dan membawa fail. Kursus yang berlangsung selama dua minggu menyaksikan banjir besar yang melanda Johor dan Melaka pada ketika itu. Usai kursus, kami mendapat posting masing-masing dan berjumpa kembali pada tanggal 22 Julai 2007, tahun berikutnya. selama 4 tahun, portfolio ku berubah sebanyak 2 kali. pertama sekali, aku ditempatkan di bawah unit yang menjaga projek-projek pembangunan. masa itu, perasaan berkhidmat untuk negara memang tebal. sebab sememangnya apa yang aku buat berkaitan dengan rakyat. kembali sahaja dari kursus, aku ditempatkan di bahagian yang tidak kurang hebatnya. satu lagi core business dalam lapan bidang utama perkhidmatanku iaitu sumber manusia. menjaga pegawai-pegawai bermasalah bukanlah satu perkara yang mudah. ia bertambah complicated mengikut kes. walaupun sumbangan ku lebih kepada tenaga kerja atau perkhidmatanku, tapi perasaan nak berkhidmat itu masih tebal. ada la dua tiga kali aku dah plan nak berhenti. hahaha. tapi tak pe. insyaAllah. rezeki ku masih di sini.

bab kerja ada pasang surutnya. sama juga dengan life dengan kawan-kawan. memang betul. awal2 dulu hampir setiap hari melepak. cerita tak pernah habis. masa menginjak dan perubahan berlaku pada sorang demi sorang. melangkah masuk ke dalam suatu lagi kehidupan berumahtangga. bagi Geng! iainya bermula dengan Lin yang sekarang bahagia dengan family sedang CTG di Aberdeen, Yoyol aka Abang Bling, kemudian Didi dan CheChe. Tahun depan, Mila dan Um bakal bersatu dan Max pun dah hampir nak naik pelamin. Semua pun bz. Bukan setakat kerja tapi peribadi. Perjumpaan kami makin berkurang.

But anyways, it is the fricking 4 years. Years filled with laughter and down moments. Weddings, babies and most important...work!!!!!!!!!!!!!

Semoga tahun-tahun yang berlalu menjadi pengajaran, tahun akan datang menjadi suatu pengharapan dan kejayaan. Juga rezeki yang berlipat kali ganda,

Blessed.

p/s : to all my 2/2006 brothers and sisters, hang in there! there is always rainbow after the storm kan? insyaAllah. *hugs*

2 comments:

Mursapap said...

Altho at first i hated the course, later along the way, it was the best thing that ever happened to me sbb bertemu dengan kekasih hati bernama suami..

Ececece

swit@kon said...

Mursapap,

ececece. itu chenta sejati namanya. congrats babe.

*masih mencari dan mencari. :P*