Wednesday, August 18, 2010

perot meletop

salam and morning.
arrgh  pagi ni baru sempat update belog.
semalam pemalas lipas (peej, pinjam ayat kau!) nak update setelah pulang dari berbuka.
ye, berbuka di luar buat pertama kalinya. hiks. saya tak berapa gemar nak berbuka kat luar.
saya suka berbuka di rumah. ada la beberapa sebab. :)

anyways. mari cerita pasal iftar semalam.
kami plan dari last week nak berbuka. DK telah keluar dengan idea nak berbuka kat Chakri Ekspress, Alamanda. dia terus booked dan kami hanya bersedia dengan duit dan perut je.


Gerak ke Alamanda dengan Qilah jam 6.45. Tak ramai orang pun lagi. Sementara menunggu waktu berbuka dan semua orang lain sampai, saya sempat main2 ngan budak chomel dalam gambar kat atas tu. Dia pandai cakap "Apa tu..apa tu" Super chomel. tapi bila orang da start makan, dia jerit minta dukung kat parents dia. huhu itu tak chomel :P. Dalam jam 710, kesemua tujuh orang yang join dah datang. 


Lima minit (dalam 7.20ptg) inilah rupanya meja kami. Makanan diambil berdasarkan lauk2 yang ada. Dan kami ambil nasi seorang satu pinggan. bukan semua pun yang makan nasi.diet. :P. Gambar di bawah menunjukkan pinggan yours truly. hiks. Saya ambil nasi (banyak wooo), dua keping famosa dan somtam! woot! mengenang kembali kenangan di Bangkok. :). Dan uhhhh Tab Tim Krob itu menggiurkan sungguh!!!!! hihi



.

Ini wajah sebelum berbuka bersama Puan Qilah. Haha. Terasa tak berapa nak senonoh. Macam makan berdua dengan lauk yang boleh jemput 15 orang makan. Oh, perlu dimaklumkan. semuanya habis ye. LICIN. kami tak bazirkan sedikit pun. tak baik ye membazir. lebih2 lagi bulan puasa. Anyways, thanks so much untuk semua yang join. TM, DK, Aqilah, Aja, Shah and Hidhir. Lain kali InsyaAllah ada lagi.

kalau berminat, sila ke Chakri Ekspress ok.
RM43/pax. Ada macam2 makanan Malaysia, Thai. Sate, Ikan Bakar, Tom Yam.
Saya paling suka adalah desserts. yums!!!

sorry buat kamu semua terliur. huhu.
dah dah. gi klik butang X tu. :)

p/s: hari ni warehouse metrojaya kat PICC. erm. macam menarik nak pegi tapi takut ramai orang. sure ramai kan. tgklah. jenguk kejap ke masa lunch jap g.

xoxo

2 comments:

thesweetlittlecat said...

1st time g warehouse meterojaya last year kat Stadium Melawati n jupe cik @hkon.. i ended up buying nothing! ni kt putrajaya plak dah, mesti lg ramai org...

p.s. i sedang menjauhkan diri dr sgl warehouse tp ade yg perlu dibeli!!! hehehehe

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

yup. still remember. hehehe. aku beli 3 perfume kot masa tu. pastu pusing2 je la. memang harus pun. kalau pegi nanti beli. bahaya!