Friday, October 23, 2009

asam pedas kaw!


dah lama tak cerita pasal makan. hari ni sebab teringin nak makan asam pedas, jom saya review sikit apa yang best untuk korang try untuk lunch!

Asam Pedas. suka tak?? selain dari darah Hang Tuah (dipendekkan budak Melaka!) dalam diri ni, saya suka asam pedas. dulu saya suka asam pedas yang mak buat saja. yang lain tak sedap. tapi sejak Mama Lin introducekan kedai Asam Pedas di Seksyen 8, Bangi. Lokasinya senang je. cariklah Bangunan PKNS Bangi, opposite jalan di hadapan PKNS, berderet2 kedai. kat situ lah Kedai Asam Pedas.

Menu nya? pastilah lauk2 asam pedas yang terdiri daripada pelbagai jenis. yang paling digemari adalah Asam Pedas Daging Tetel. Selain daripada itu, ada Asam Pedas Keli dan macam2 lah. Lin suka makan lauk Tempoyak Ikan Patin. masa dia mengandung dulu, dengan kuah2 dia hirup. selain daripada lauk asam pedasm banyak lagi lauk2 kampung. ada ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal goreng.

Untuk menu hari ni, saya makan ni :


*asam pedas daging tetel *


*nasi putih & sambal kering kentang + ikan bilis*


*pucuk ubi & jantung pisang*

meletup ok. keadaan kedai yang selesa, makan pedas dan panas. memang menarik . menyesal makan lemak banyak??? ada la sikit. tapi bukan selalu. hahahaha. ok lah untuk yang berminat nak ke Kedai Asam Pedas ni, sila lah tengok menu2 kat bawah ni. harganya berpatutan ye.


 *click for larger view*

alamatnya pulak kat sini :

No 171, Jalan 8/1, 
Sek 8, Bdr Baru Bangi, 
43650 Selangor, Malaysia
Tel: 012-290 2954 


Selamat Mencuba!!!!

Sedap k.

1 comment:

hade said...

ahkon,

asam pedas..my favourite..jom i belanja u..:)