Monday, October 12, 2009

semalam yang hangat

yesterday was hectic!
seriously. at 9.45 i was on my way to Cheche's. Tayar dari rumah dia bergolek tepat jam 10.00 pagi. walau bagaimanapun, cuaca memang manja pagi itu. Aku, min dan mila gerak ke Bandar Sri Putra (betul kot!) tanpa ikot konvoi. haha gila selamba. kitorang sampai awal sepuluh minit. tung tang tung tang, aku dan min dalam bilik dengan faie. Maka selamat la mereka diijabkabulkan. eh tak! ditunangkan. walaupun sang tunang tak dapat bergambar bersama tapi takpelah. later on ada je gambar lain. haha.kami gerak tanpa tunggu makan (catering lewat) dan aku jam 12.45 dah gerak dengan encik chod ke office untuk settlekan skrip kami.

lepas zuhur, kitorang terus gerak ke Shah Alam (SA). Memandangkan kedua2 nya  fail dengan jalan2 di SA, memanglah sesat barat la kitorang. nasib baik la acap kicap dah biasa, so aku tanya dia je camne nak g INTEKMA. nak harapkan peta kat kad kawin didi? tak payah. makin la sesat.

so tolong itu ini, kami start rehearsal dan habiskan dalam kul 5 ++. perut dah lapar. singgah Medan Selera Seksyen 2 (yang paling dekat dan paling senang nak hapal) dan settlekan skrip. balik ke INTEKMA semula, didi sedang mekap dan kitorang amik turn untuk mandi. kul 8 lebih, ready kat dewan and the rest was history. jom tengok gambar layan macam mana sweet wedding semalam! chop! sebelum tu, meh kita baca trivia (facts i love about this wedding). hahahaha

  1. aku suka sebab Didi guna gambar2 yang aku ambik masa nikah dia untuk jadikan slide show sebelum majlis bermula
  2. aku sangat suka dan sangat terharu bila pengantin berarak dengan lagu Aku dan Dirimu. so sweet!
  3. aku suka bila Didi masam sebab Syazwan nak nyanyi lagu untuk dia lepas sesi potong kek.
  4. aku suka my Geng! semua ada (kecuali Mama Lin yang jauh di Aberdeen!)
  5. aku suka wedding? hahaha
walaupun penat. tapi BERBALOI-BALOI. taktau lah. but i do enjoy every part of a wedding ceremony. oh tidak. ada part yang dibenci. bila orang tanya2 'awak bila lagi'. lor. suka hati saya la. bila jodoh saya ada, saya kawin dan mungkin saya tak jemput awak. hahaha boleh? :P ok dah. jom tengok gambar, hasil petikan Mila!


clockwise : table untuk Geng!, the dais, the main table, the goodie bag, close up dais, the cake, the shoe & the hand bouquet, caramel for dessert, the cincin, Mr. & Mrs. Syazwan

ha! itu je lah. yang lain biar pengantin upload lah ye. cuma yang paling best ialah makin bertambah pulak pasangan yang hadir dalam Geng! Ayol datang bertiga (satu dalam perut), Cheche ngan Acik Paie, Mila and Um of course and jeng! jeng! jeng! Max!!!! datang dengan buah hati. hihi tak caya? jom tengok ni. pasangan Geng!


CheChe dan Acik Paie, Laila & Ayol, Um & Mila


Max & Khairun (rasanya betullah kot nama dia)



Single Ladies (Maaf, yang tengah tu bini orang. kiri kanan je masih available. hahaha)

haih. itu aje lah cerita hari ahad. selain dari wedding, nothing. full with wedding stories. once again Selamat Pengantin Baru Didi dan Syazwan. Dids, lepas Syazwan balik Sarawak k!! ready!!!!!!!!!!!!!!!! :)


12 comments:

mila said...

switakon..

um je di hati ku:)
to didi, congrats!!

hade said...

ahkon,

intekma..wa dekat jek ngan tempat gue...nape x bg tau nak dtg..gue sambut besar besaran..he3..

tahniah didi..moga bahagia ke anak cucu..

cheche said...

mila jiwang...

yucccks...hahaha

p/s: aku suka la gambar aku n achikpaie tu..

Lady said...

wah~ meriah betol~ njoy ko eh. bagus bagus..tahniah to all ur gang tu~ aku percaya masa ko akan sampai... tak lama lagi la tuh~

khairabdullah said...

bleh la buat kisah mcm 27 dresses.. semua pengantin yang u attend dulu akan datang ramai2 tribute kat ahkon.

Mursapap said...

Wei, kalo tau u all lapar ard 5pm hari tu leh je gi umah aku yg beropen house on that day.

Anyway, to the people who was seated near the door, we had the best show ever by the kompang group! It was my first time watching kids play not only kompang but danced with the music. Gila kewl!!

If only MrAR and me can hv another wedding where we will do things that we didnt do last time.

Ohwell.

ummphs.. said...

haah
mila jiwang. :P

Schalfyzcha said...

eh, yang jadi pasangan emcee awak tadi tu bukan ehem2 ke?? baju sedondon, sepadan lg.. huhu!~


ps: gurau jer!~ =p

nishashburn said...

huhuhu! jelesnyer tgk sume org kawen2... nk kawen jugak! ahaks!

Tina Banana said...

yantie,

the bride adalah sangat chantekk.. found myself bukak blog u dh 2 kali arini semata-mata nak tgk muka dia.. hahaha.. cantiknyaaaaaaaaaaaa...

my congrats to her!

and babe, u haruslah comel mcm biasa!

:)

didi said...

oh,

ada orang cakap aku chantek kah?

sukannnyyyaaa!!!

haha.bengong tul aku ni :p

swit@kon said...

mila,

ko chumellah! hahaha aku tau um dihati kau!


hade,

tengkiu


cheche,

sekali sekala dia jiwang. biarkan!


Lady,

Amiiiiiiiiiiiiiiiiiin


Khairabdullah,

ayat keji!


Mursapap,

takut tak sempat. plan nak g umah korang jugak. sorry babe!

ummphs,

sila terima. laki kau!


Schalfyzcha,

alamak. saya banyak pasangan emcee. yang mana erk? :D


nishashburn,

kawin la sha. lepas shasha orang plak. hiks.


Tina Banana

OMG. my fren kembang gila u kata dia chantekkkk


didi,

:P ye kau cantik