Thursday, January 28, 2010

Trip Review : Langkawi Island


pada mulanya Cik Ahkon nak buat beberapa part review trip ke Pulau Langkawi ini. akan tetapi memikirkan masa yang agak banyak akan diambil menyebabkan saya ambil keputusan untuk buat satu entry saja. yang pastinya ia akan mengambil banyak ruang di laman ini. untuk trip kali ini saja, lebih 600 keping gambar telah diambil. tidak termasuk gambar2 yang diambil melalui brand new Olympus underwater camera yang dibeli oleh pak ngah di Langkawi. saya telah tidak tidur malam (eceh!) untuk mengedit gambar2 menarik sepanjang trip ini. adalah entry ini untuk menjadi kenangan sekali (mungkin) seumur hidup saya ke Pulau Payar dan untuk berkongsi dengan teman-teman blogger dan pembaca setia Switakon Sanctuary. ahaks!! :P untuk makluman korang trip ini di taja khas oleh Pak Ngah saya. thanks so much! pasni kita g Bangkok, Sabah n London ye. hahahaha.

ok. jom kita start sekarang. membebel kang tak habis. T____T

Jumaat - 22 Januari 2010

kita mulakan pada travelling day. ada pun Mak Ngah and family dah pun berada di Langkawi seawal jam 12 tgh hari. saya tidak dapat terbang lebih awal kerana terikat dengan kerja. pepagi itu saya dah ke Nilai, N9 untuk sesi ceramah. so, saya mak n adik terbang jam 6.05 petang.



kami touched down dalam jam 7 selepas sebungkus kacang masin dan secawan fresh oren habis disebat di Langkawi International Airport. terus saja ke Pekan Kuah. sebelum dinner kami membeli kudapan untuk bekalan hari esoknya di Haji Ismail Group. mata menjadi rambang tengok coklat yang super banyak. eiii best betul. me love chocolates! dah la murah...at last, tokey bayar total (plus minus) RM 200 untuk semua coklat2 itu!







kemudiannya. masa untuk makan! kami makan malam di Restoran Kauboi yes, you read the right word. Kauboi as in Cowboy. letaknya di deretan kedai makanan laut di tepi jalan (opposite Bella Vista Hotel). sangat murah. kami makan banyak sungguh! name it dari oyster ke udang ke ikan ke lala dan sayur fresh. semua nya kurang dari RM150. heaven k! cuba kat KL. dah berapa ratus kena ketuk agaknya. perut penuh, kami gerak balik ke hotel. untuk tiga hari di Langkawi, kami stay di The Lanai Beach Resort Langkawi yang letaknya di pantai Cenang. setibanya di hotel, us the cousins (me, Kicap, Angah dan Girl) terus tukar baju untuk layan night market di sepanjang jalan di Pantai Cenang. tak lama. sebab mengantuk. jam 12 kami dah balik hotel dan tido! tiada apa yang menarik sangat pun sebab Cenang tak macam di Feringghi. Feringghi lebih rawks.



Sabtu - 23 Januari 2010




kami bangun awal pagi itu. jam 8 dah pun gerak ke coffee house untuk breakfast. sebab kena gerak ke jetty di kuah. perjalanan dalam lebih kurang 20 minit. masing2 semua dah sexcited nak ke Pulau Payar. so sampai di jetty, kami ke kaunter untuk dapatkan tag masing2. untuk makluman korang, ada banyak package yang ditawarkan untuk ke Pulau Payar. kami memilih pakej Langkawi Coral. Ia merupakan sebuah deck yang siap tersedia di Pulau Payar yang mana sekiranya kita bayar untuk pakej itu, ia dilengkapi dengan tiket perjalanan pergi-balik ke Pulau Payar dengan menaiki catamaran cruise (fully air conditioned), snorkeling gadgets (goggle, flipper etc), buffet lunch, glass boat dan macam2 lagi. kalau berminat, korang google je. hehehe. oh untuk makluman korang jugak, ada cruise yang bertolak dari Pulau Pinang ke Pulau Payar. Pulau Payar ni adalah pulau yang letaknya di tengah2 antara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. perjalanan dari Langkawi ke Pulau Payar lebih kurang 50 minit.




baru sampai. yeay!

so sampai je kitorang di Pulau Payar, terus la terjun dengan semangatnya. mak dengan drama dalam air. biarkan dia, tapi kami memang seronok. sempat melihat baby shark yang memang jinak. oh lupa bitau. masa trip ni, ada 9 orang melayu sahaja. kami 7 orang dan 2 lagi couple melayu. baru kawin kot. yang lain semuanya tourist. hehehe. bestnya sebab tak segan sangat. :D

perasaan first time snorkeling? Subhanallah. ciptaanNya itu sangat mengagumkan. terpana ok. tengok dasar laut yang super duper dalam, ikan yang beribu-ribu (juta kot) dan karang (coral) yang masya Allah, sangat lah cantik. tak tergambar rasanya kat sini. walaupun ada capture banyak gambar dalam air dengan camera water proof itu tapi mungkin takkan sama dengan lihat guna mata sendiri. nak tau camne rasanya? try la snorkeling. tak kira la di Pulau Payar, Tioman, Kapas atau Perhentian.




lunch time. nom nom (kata ganti nama untuk makan)


Kicap suka makan goggle.


snorkeling sensation

lepas lunch lebih kurang jam 1, kami terus terjun lagi. masa ni ikan2 super banyak. habis kakiku digigit oleh ikan2 chomel tu. masa ni snorkel dah tak pakai flippers. buat sakit kaki je. kami kaki ayam dan masa ni lah aksi terjun menerjun belaku. syiok gila. walaupun matahari memang panas terik, layankan aje. akibatnya saya sakit kepala sampai la sampai di KL. lepas tu sempat naik glass boat. glass boat ni adalah sebuat boat yang ada magnifiying glass di bawah dasar boat tu yang membolehkan kita tengok apa yang ada dalam laut, coral2 ikan dan lain2. masa naik bot ni gua mabuk tahap gaban. dah la dia slow mo. pastu kena tengok bawah plak tu. memang la mendatangkan kemabukan yang melampau tambah plak cuaca yang panas terik.




glass boat tour

lepas je ronda2 dengan glass boat, kami terus bersiap untuk balik. di deck Langkawi Coral ni ada kemudahan changing room dan shower. ada 4 bilik in total. kemudahan tandas pulak ada dalam catamaran cruise tu. kami siap2 cepat sebab takut ramai orang kan. so dah selesa mandi2, kami lepak dalam cruise dan sempat jugak menonton pemakaman Almarhum Sultan Johor *al-fatihah*.

tepat jam 4.30 petang kami dah sampai ke Langkawi semula. dalam perjalanan tu semuanya ternganga tido keletihan. sampai di Jetty. kami terus membeli belah di Kuah. indah sungguh makan Laksa Kedah di gerai paling meletup (opposite Bayview Hotel).

penat, balik hotel lepas maghrib kami ke Restoran Sangkar Ikan di area Penarak. seafood lagik! tapi malam itu lebih best sebab ada soft shell crab. sampai sakit otak makan - kholesterol. :P. perut penuh, nak jalan pun tak larat. tido la. zzzz

Ahad - 24 Januari 2010

pagi itu semua terbongkang. bangun pun dah kul 8 rasanya. cepat2 siap, trus breakfast. sebab flight saya, mak dan Kicap jam 1. kenalah buat rondaan terakhir kami di Langkawi. sambil breakfast, sambil check in flight secara online thru FlyMas.mobi melalui iPhone si Kicap. super easy. lebih senang dari sebut 1,2,3. hehehe sangat tipu. taklah senang gila babs camtu. cuma memang application itu memudahkan semua orang nak check ini awal2.




antara yang berjemur ;P

kami lepak di pantai depan hotel. memang putih bersih pasirnya. best ok. rasa rugi tak sempat lepak2 lama kat depan tu. ramai sungguh foreigner yang sedang berjemur tatkala kami datang. hehe. sempat jugak la kitorang posing2. :D. dah dekat nak balik, kami gerak dari hotel. sempat jugak singgah ke Rojam Industries membeli sebotol dua minyak gamat.

flight delayed sejam dua puluh minit. sebab pilot announced 'due to traffic congestion' plane tak leh nak touched down. huhu. ai mabuk k. sangat mabuk sampai balik tu mintak ayah hantar trus balik rumah (diorang nak lunch).

hah. itu je lah kot. gambar2 lain saya upload di Facebook saja ye. banyak2 kat sini pun penah korang nak tengok sesatu. hehehe. takpe2 gambar2 menarik yang lain saya akan masukkan dalam compilation picturesque Langkawi pulak k!

till then, i (heart) Langkawi, i (heart) Malaysia.
i (heart) you.

xoxo
mwaks!




2 comments:

anisizatyA.J said...

bestnyaaa bestnyaaa. dah lama gila tak pergi langkawi! btw just a random reader. nice post. terasa nak pegi langkawi ah pulak hehe

swit@kon said...

anisizatyA.J,

thanks sebab melawat ye.
g lah. langkawi best k. cuma kalau manusia senang mabuk macam i memang hampeh aa g pulau naik bot. hehe