Sunday, January 17, 2010

semua orang dah tahu ke belum...


yang hari Sabtu adalah No Plastic Bag Day?

yesterday, pengantin sebulan, Zuraida keluar bersama saya. kami keluar untuk membeli bahan2 dan barang2 untuk sambutan baby shower Puan Ina pada 7 Feb nanti. sambil membeli2, kami terjumpa benda ni di sebuah hypermarket.




untuk makluman semua orang, saya tinggal di kawasan wilayah persekutuan. dan mungkin saya tak sempat baca surat khabar. (alasan kan!) huhu. zurai pun. dia yang tinggal di Selangor pun taktau perkara ini. ia bermula Januari 2010. langkah yang baik ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. sangat bagus! saya puji perkara ini. saya sangat gembira ada juga langkah2 sebegini ke arah kehidupan yang lebih hijau (green life). walaupun dapat dilihat lebih ramai yang rela membeli plastik dengan harga RM 0.20 tetapi ia adalah langkah awal membentuk dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. ianya diadakan pada setiap hari Sabtu yang mana terdapat lebih ramai pelanggan membeli belah pada hari tersebut. bukan sahaja dilaksanakan di hypermarket tetapi juga di seluruh kedai2 di Mines (yang besar2 la). mulai hari ini, saya nak keluar dan bawa my grocery bag. tak kesah la apa orang kata! :P

saya sokong usaha ini dan saya harap ianya dapat diperluaskan di seluruh negara. stop using plastic people. name it plastic bags, polystyrene dan lain2. bumi kita semakin tenat. Go Green!

so, apa pendapat korang? leave your opinion k! thanks.

xo - have a nice weekend


3 comments:

thesweetlittlecat said...

i knew when i went to ikea last saturday! pelik gak skali nampak logo terpampang saturday is noplastic day.. :)

nishashburn said...

orang pun baru tau last week... but i have always brought my shopping bag with me when i buy things... tp bila terlupa, saya slalu marah diri sendiri sbb kena pakai plastik... huhu!

nishashburn said...

orang pun baru tau last week... but i have always brought my shopping bag with me when i buy things... tp bila terlupa, saya slalu marah diri sendiri sbb kena pakai plastik... huhu!