Thursday, January 28, 2010

Malaysia Inovatif 2010


semalam tak dapat tengok American Idol & Glee.
serius keciwa k! i tertekan. pagi tadi sempat layan ulangan jam 7 pagi. niat dah nak cuti dah sebab nak tengok Katy Perry!!! huk huk.
saya dan my fellow colleague kena hadir Majlis Pelancaran Malaysia Inovatif 2010 anjuran MOSTI di PICC.
meletuplah event itu. canggih manggih.
dengan kerjasama Universiti Kreatif Lim Kok Wing maka terserlah lah kekreatifan dan keinovasian yang ingin ditonjolkan. yang merasmikan majlis tersebut ialah YAB Perdana Menteri. antara intipati ucapan beliau adalah pengwujudan Pusat Inovasi Negara, penggantian Hari Kualiti (jabatan kerajaan) ke Hari Inovasi, penubuhan pasukan Unit Inovasi dalam jabatan (tanpa penambahan terhadap jawatan sedia ada) dan ada dua tiga benda yang tak berapa nak sempat di capture. saya pasti korang dah baca dalam paper hari ni kan.



balik dari event itu, saya dan Qilah kelaparan. terus je ke mamak kembar. layan maggi 'wax' ayam dengan cili padi dan kicap. air sirap limau. Qilah berjaya untuk tidak meninggalkan seketul pun nasi lemak di atas pinggan tapi maggi 'wax' ayam saya dihabiskan oleh Encik Chod. maggi 'wax' sangat! :P

malam tadi hangin kureng la sikit. sebab mood malas layan melanda. keemoaan yang menjelma entahkan sebab apa malas nak ambil tahu. so saya terus tido aje. lately ni jerawat halus makin naik di atas dahi dan di bawah dagu. tak tahu kenapa. sejak balik facial sebelum new year haritu. tak kurang2. nak kata tak cukup tido, tak. tension pun tak. aiseh. takkan sebab pakai Simple tu?

oklah tu je. papai! :P

1 comment:

princess~syeena said...

Babe,

sorry to say..dulu aku penah pakai simple jugak...and the result adalah jerawat pasir yang sgt byk ok....

terus tak abiskan pencuci muka tu and tukar yang lain...