Monday, November 22, 2010

Bangkok Trip Review : Day 4 & 5


Aha, sampai kita ke penghujung siri Bangkok Trip. Iaitu hari ke 4 dan 5. Hari ke-4 adalah penuh dan hari ke-5 adalah hari untuk balik Malaysia. Saya gabungkan sebab Day 5 sikit je ;). Sebelum kita ke Day 4 dan 5, meh re-cap balik cerita day 3. Day 3 adalah hari kami ke Grand Palace, membeli thai silk dan sedikit pasal Pratunam Market. Dan kata orang, kalau ke Bangkok, tak sah kalau tak ke pasar hujung minggu terbesar di Thailand! So, kami save the best for last. Dan agak menyesal kerana masa ni duit dan hampir kering. :) ok, jom! 

Day 4...


muka fresh dan sexcited nak shopping ;)

kami masuk kot pintu 19

Seawal jam 8-ish pagi kami menahan teksi di hadapan My Hotel. Kali ni kami tak bertiga, tapi berlima. Didi dan Syazwan join untuk hari ke-4. Kami naik satu cab dan suruh pemandu bawa kami ke Chatuchak atau nama Thai nya ialah Jatujak. Kalau korang plan nak ke sini, pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Kalau korang ke Bangkok during weekdays, memang tak dapat nak tolong lah. Dan jangan pergi awal sangat. Macam kitorang, konon2 nak pegi awal sebab nak elak kepanasan dalam tu, so jam 8.45 dah sampai tapi peniaga2 baru nak bukak kedai. kena lah tunggu sikit. 

map kedai-kedai

Kitorang bertiga split dengan husband and wife itu. Nak menyenangkan pembelian. Haha. Tapi minta ampun sangat2. Sebabnya seperti biasa, bila dah sexcited bershopping, tambah pulak cuaca yang panas mencanak-canak kat dalam tu, kamera memang duduk dalam bag sahaja lah jawabnya. 

Tapi kami ada beberapa misi datang ke sini. Saya memenuhi kiriman ayahanda yang nakkan tali pinggang kulit ikan pari (matilah kalau Max baca blog ni). Pusing la satu pasar tu, last2 jumpa jugak. Harga? Berbaloi-baloi. Barang yang sama di Suvarnabhumi berharga MYR 350. Saya beli di Chatuchak? MYR 80 sahaja. ;)

Setelah memusing dua kali di kawasan baju SAHAJA, kami kehausan dan kepanasan. Plan nak carik jus oren terbaik yang diperkatakan dijual di kawasan itu, tapi kami nampak ice cream kelapa dulu dan ice cream itu sangat tempting di kala sedang hazab kepanasan. Apa lagi, terus duduk dan order 3 mangkok. oh, diorang guna tempurung kelapa sebagai mangkok ice cream tu. Ice cream itu merupakan ice cream santan kelapa yang dihidangkan bersama kacang tanah yang ditabur di atas ice cream dan jujur beberapa slice isi kelapa muda. aaaaaaaahhhhh sedap lah! sedang kami nikmati ice cream tu, kelihatan suami isteri, si didi dan syazwan keluar dari tempat jualan. didi dah siap sarung bag kulit baru. ;) terus join sekali makan ice cream walaupun pada mula nya muka kelat2. :)

sungguh refreshing. sila carik bendera cinonet ni kalau korang ke chatuchak! 

pelancong jepon 

sambil makan ternampak ni..
you are not crazy, you can read. :)

usai makan ice cream, kami sambung lagi shopping. satu yang tak bestnya di Chatuchak ini adalah kerana mereka (penjual) agak sombong dalam proses nak menawar harga ni. ye lah, tempat establish. pelancong orang putih ramai datang, duit diorang berkali ganda. kita setakat mahal sikit takde lah mampu sangat kan. kat sini saya sempat beli bikini, baju Kicap, banana hammocks, souvenir, sepasang thai silk (kualiti tak berapa elok), anting-anting dan rantai. dah pegang Chanel 2.55 Medium Classic Flap (tak ori tapi serupa ori) kaler merah, tapi minah tu takde stok kat kedai kaler hitam. Last2 tak jadi. Dan seperti biasa, saya gigit jari sampai hari ni!!!!

waktu matahari mencanak atas kepala baru terperasan, perut dan menyanyi2. dan seperti dalam kitab Bangkok yang dibuat oleh saya tu kata, kalau nak carik makanan halal di Chatuchak tak susah. Carik je kedai Pak Saman. Key point untuk jumpa kedai ni senang. Carik Menara Jam (Clock Tower) kalau dari arah kanan (refer map di atas), kedai Pak Saman adalah di sebelah kanan Menara Jam. Kalau korang dari area kiri (map) kedai Pak Saman adalah di kiri Menara Jam. Nak mencari kedai ni pun agak payah untuk kitorang. Punyalah rajin tanya minah yang jual air oren tu 'muslim food.eat. where?'. dia jawab apa? 'no, no'. hahahaha pening! nasib baik jumpa. kalau tak meroyan kelaparan tengah panas tu. 


tom yam dan air teh adalah terbaekk!!!
sluurrrpppp. oh, rasa cam nak g bangkok skang gak!

lepas makan, kami buat tawaf wida' dan kemudian say bye bye to Didi dan Syazwan. sebabnya? dah ada plan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Siam Niramit. so,balik hotel, beli tiket dan tunggu sampai petang. Tido dulu dan kemas bag hasil belian di Chatuchak.

us in front of Siam Niramit
see the plastic bags? we did another round of shopping at Pratunam. haha

Kul 5 kami naik cab untuk ke Siam Niramit. Oh masa ni agak horror. Cab driver tak pandai cakap omputih, tapi memang power jalan short cut. Siam Niramit yang letaknya tak jauh pun dari Pratunam jadi jauh sebab jam. Penat woo dalam kereta. Kami sampai di sana lebih kurang nak senja dah. Terus ke kaunter tiket untuk g amik original tiket. Oh, lupa btau..harga tiket nak menonton Journey to The Enchanted Kingdom of Siam adalah 1500 Baht atau bersamaan dengan MYR 150. Mahal? Cuba pergi dan layan dulu. Berbaloi bayar harga MYR 150. Show bermula jam 8.00 malam. Sementara menunggu waktu show, kami jalan2 di area Siam Niramit itu sendiri. 


Kat kawasan lapang tu, ada gajah (yang hidup, besar dan berbau masham), pelakon/penari2 teater itu dan juga kawasan ala-ala Taman Mini Malaysia untuk korang buat lawatan. Akak-akak berkemban semua you. Hehe. Sebenarnya ia merupakan tempat di mana, budaya masyarakat tempatan di pamerkan. Dibahagikan ikut tribe. Kami sempat amik gambar dengan makcik penyimpul bulu ulat sutera je. Ada jugak makanan2 tradisi yang diberi percuma untuk rasa. Tapi sebab was-was, semua tak makan. pastu menyesal!! haha



Just a few minutes before the show started, penari2 buat persembahan kat kawasan lapang. Siap ada lawan2 pedang gitu. Sebelum masuk, mereka akan kumpulkan segala mak nenek kamera, video cam korang. Dalam tu memang takleh guna langsung. Termasuk la handphone. nanti balik amik semula.

show ni terbahagi kepada 3 produksi utama. first sekali adalah berkenaan asal usul negara Siam. dari dulu sampai sekarang. masa ni ada few scenes yang betul2 dekat di hati kita. scene yang melibatkan penduduk di sebelah selatan Thai. yang ada banyak unsur2 melayu.

kedua pulak adalah perjalanan ke dunia melampaui imaginasi. iaitu syurga, neraka dan perantara syurga dan neraka (kot) iaitu Himapan Forest. yang ni banyak pari2, setan dan macam2 lah.

dan ketiga adalah cerita berkenaan dengan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Thai. contoh nya lay krathong.

Show bermula tepat pada masa yang dijanjikan. Jangan risau, ada subtitle kalau korang tak paham. Sehingga hari ni, rasa kagum terhadap produksi ini masih belum pudar. Memang superb dan bertaraf antarabangsa. Tak boleh nak cerita, sila tonton sendiri kalau ada rezeki ke sana. Rasanya penggiat dan pejuang teater/drama muzikal/orang Istana Budaya perlu buat lawatan. Takyah g hollywood, tu advance sangat. Tengok negara jiran sudah. Dengan gajah, air sungai. Fuh! Hebat! Kalau tak caya g carik video kat youtube. Saya jumpa satu. Klik link ni (link). Dan lagu tema Siam Niramit dinyanyikan sampai balik Malaysia. Hahaha. Na na na na...Siam Niramit! :)

Balik malam tu dah kepenatan kami dozed off awal.

Day 5...

Memandangkan hari ke-5 kami di sana, kami dah memang takde plan apa2 melainkan perabih sisa2 baht yang ada dan kemas beg untuk balik ke Malaysia. Hati masing2 dah rindu rumah. Dah tak lalu nak melayan breakfast. Tapi masih gigih ok. Pepagi tu kami shoot ke Pratunam Market untuk tengok-tengok. Ye la sangat. Kalau dalam tangan ada 500 baht pun memang menggila belinya. Hasil pagi tu dapat la menambah koleksi t-shirt sehelai dua untuk dibawa balik sebagai buah tangan.

Jam 9.10 kami dah sampai di Suvarnabhumi. Masa ni memang dah meronta2 nak balik KL. Perasaan bersyukur duduk Malaysia menebal ok. Kenapa? Salah satunya adalah kerana sistem yang berbeza.. Cam gambar bawah ni.

sejam ok! nak tunggu letak luggage sahaja. 

kami dah check in awal2 di hotel. dah siap ada boarding pass segala bagai. tinggal nak drop luggage sahaja. tapi perlu tunggu sampai sejam. mahu nanges woo. gila bosan. nak berborak memang takde sapa la kan. akhirnya keluar la muka2 bosan...

macam budak ni...

lepas letak luggage, kena raba seluruh badan pulak. nasib baik aku pakai selipar. kalau tak jenuh nak bukak stokin, tali pinggang segala lah.

and dah masuk dalam terminal, duit beberapa ratus baht tu la menjadi saksi. tak dapat nak beli pape dah. sebelum kami cuci mata di butik Gucci, Chanel, Hermes, Ferragamo dan banyak lagi, kami sempat la posing di salah satu dragon wajib bergambar di Suvarnabhumi.


chomel kan LC LP tu? pinjam je..belum mampooo ;)

dan sebelum terbang balik, kami sempat isi perut. teringin nak makan berat tapi kembang tekak bila baca menu2 yang available. so kami ke Starbucks (yang letaknya di hujung dunia dari tempat boarding AA) dan perabih duit yang ada beli sorang satu frappucino. balik tu memang mengantuk ya amat tapi takde mood untuk tido. lebih sexcited nak balik. hahaha..

dan bila nampak saja muka bumi malaysia, rasa bersyukur sangat2. perjalanan kami selamat. dari pergi hingga balik. baju merah tak buat hal. bom takde yang meletup masa kami di sana. tiga anak dara yang selamba gamble bercuti selamat menempuh 5 hari di bumi thailand. On je handphone (tak sempat roaming) terus masuk segala2 lah. bbm, email, sms, fb notification. rasa lega dan seronok. cinta malaysia ok!

insya Allah,dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. akan ada lagi trip2 ke bangkok atau maybe bandar2 lain di thailand. few must-go places tak pegi macam pat pong, floating market. banyak lah. so mesti ada next time! ;)

ok. tu je. kalau ada apa2 korang email saja saya k. nak tanya apa2 ke. kalau nak few info lah. tanak pun takpe. tak amik hati. wakaka. harap2 info ni berguna untuk korang terutamanya berkenaan tempat tinggal, makan dan tempat nak shopping.

so, till next trip. buhbye peeps!





oh. lupa. benda2 yang saya beli...hehehe. tak banyak..
ni je...



tata..tutup buku Bangkok trip!!!
xoxo





1 comment:

my-name-is-dk said...

buduhs laa bangkok ni mmg heaven shopping n jalan2...best gila...wahahah..