Sunday, October 24, 2010

baking with swit@kon : cream puff

salam.

seperti biasa, weekend ku dapur akan berasap lah.
seminggu bercuti, balik Melaka. Makan makanan mak-mak sedara memang layan.
so this week, kita plan nak buat cream puff.
bangun je pagi tadi tangan dah gatal nak baking.
memula dah hampir tak jadi, tapi gigih mencari bahan sedia ada kat dapur tu, alhamdulillah.
siap Cream Puff saya!

tapi mood mengambil gambar pada hari ini tiada. saya hanya sempat ambil end product sahaja.
resepi cream puff kali ini saya ambil di sini. Saya ubah ikut apa bahan yang saya ada. thanks Baby Batriesyia!

swit@kon's cream puff
*hari ni teringin nak amik gambar cantik ;P*

Resepi : Cream Puff

Puff
130 gram tepung serbaguna (saya guna tepung gandum cap sauh)
100 gram mentega (guna planta, sedap!)
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
250 ml air

Cara membuat:

1. Air + garam + mentega dicampurkan. Kacau di atas api sehingga mendidih. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
2. Adunan akan membentuk doh lembut, kacau dengan cepat. Ketepikan dari api, masukkan ke dalam mangkuk untuk sedia diputar.
3. Putar doh sehingga sejuk. Masukkan telur satu per satu.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle bintang. Paipkan sebesar duit syiling 20 sen di atas loyang. Bakar sehingga warna coklat keemasan dalam suhu 180 C selama 15-20 minit.

*** Sedikit petua untuk mengelakkan puff itu lembik selepas dikeluarkan dari oven dan mengekalkan kerangupannya ialah renjiskan beberapa titik air sejuk sebelum puff dimasukkan ke dalam oven. Ianya akan kekal garing dan tak jadi lembik selepas dikeluarkan dari oven.  

Inti
75 gram tepung jagung
500 ml susu
100 gram gula castor (saya guna icing sugar)
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

1. Campurkan susu, tepung jagung, gula castor dan esen vanilla. Panaskan di atas api. Kacau secara berterusan.
2. Campuran itu akan menjadi kental (pekat dan melekit). Ambil sedikit dan campurkan dengan kuning telur. Kemudian masukkan campuran kuning telur ke dalam adunan. Tutupkan api dan kacau hingga sejuk.(Tangan hampir nak patah jugak kacau adunan ni. hahah)
3. Apabila adunan sejuk, masukkan dalam puff tadi. Belah puff di tengah2 dan paipkan inti ke dalam puff. Senang kalau guna piping bag. Tak serabut sangat. Tapi guna sudu pun boleh.

Ok. Senang kan?
Jangan tak cuba ye.
Have fun while doing it. Oh ye, cream puff  ni boleh dimakan dengan banyak cara lain.
Guna cooking chocolate, whipped cream. Atau makan dengan ice cream!

Itu saja buat masa ni.

bye!

6 comments:

suhana azlin said...

wow shedap2...

dah lama teringin nak buat tp asyik malas jerrr..hehe lagipun cream puff ni sedap makan panas2 kan? makan sgn stroberi pastu minum teh o panas..masyuk!

thesweetlittlecat said...

shedapp.... i like! :)

nishashburn said...

you and ina mmg gifted bab2 baking ni... wish i have the gift :P

swit@kon said...

suhana azlin,

sonang babe. sila buat ok.
aku nak buat lagi wiken ni. weee

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

yeah. very naise

swit@kon said...

nishashburn,

all you need is recipe and oven. haha