Thursday, November 18, 2010

korban



selamat hari raya aidiladha korang.
apakah pergorbanan yang korang buat tahun ni?

tahun ni sayu je dengar takbir. pertama sebab kehilangan arwah Bapak (atuk) yang tersayang sebulan yang lalu. ke-2, mengenangkan perjuangan umat Islam di Mekah untuk menunaikan haji sambil berfikir 'adakah kesempatan untukku ke sana, menerima panggilan haji...' dan ke-3, tidak bercuti memandangkan raya haji jatuh pada hari rabu dan jumaat lepas (yang sepatutnya saya berada di Jakarta) saya dah cuti. 

cerita pasal pengorbanan ini, ada pelbagai bentuk pengorbanan yang kita semua buat. sama ada iainya untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, negara ataupun agama. sengaja atau tidak, ia masih dikira sebagai pengorbanan.

untuk Aidiladha kali ini, saya tidak sempat membuat sebarang korban lembu atau kambing. Insya Allah, kalau diberikan kesempatan dan umur yang panjang, saya niat untuk buat tahun hadapan. ;)

aktiviti raya haji tahun ni?

selasa petang (6.30 ptg) kami bertolak ke Melaka dan hanya sampai jam 9.00 malam. jem ok! sebab kereta rosak. bukan sebab apa2 pun! haih. dan semalam jam 8.30 malam, saya dah berada di Putrajaya semula. hari ni kerja!!! lalalalalala. masuk lewat sebab diarrhea. aduh mak. sakit satu badan. akibat breakfast, lunch dan dinner adalah ketupat, rendang, kuah kacang. tapi takpe. sebab sedap!!! tahan sikit la berkejaran ke toilet tu. ;p

skang ni perut sakit agak mild. dan saya lapar. walaupun lapar, tapi takut nak makan ;(

oklah. tu je. bye

No comments: