Sunday, November 14, 2010

Bangkok Trip Review : Day 3


oh my. dah 3 bulan kot trip ini berlalu, ahkon baru nak update day three??!!!nak tunggu habis day 5 entah2 masuk 2011. wakakaka.

oklah. mari kita recap apa yang berlaku pada day 2...

- dreamworld;
- Naraya;
- MBK

ok. so hari ketiga. apa yang kitorang buat??

apa lagi. shopping laaa. kitorang kat duduk area Pratunam. so Pratunam Market menjadi sasaran. bila kami dah tau yang sesi jual beli itu bermula seawal 5 pagi, kami apatah lagi. lepas breakfast, kami terus pecut. breakfast pagi ini agak best. maybe hari sebelumnya budak2 hotel tu kesian tengok kami kot. Day 3, dia buatkan pulu mangga. ok super sedap dan menyesal makan sikit (saya gastric, pulut pagi2 is a no no). 

so kul 7 dah ready dan mula jalan kaki ke area market. memang syiok! kalau tak percaya, tengok budak ni...


hahaha. walaupun gambar ni agak over exposed, tapi untuk menggambarkan betapa seronoknya Dali kerana saat tuk tuk FOC myhotel berhenti di gerai ini, dia dah mula memborong. seperti hari sebelumnya juga. satu style, mesti dua helai. hahahaha.

see? look who is pointing to the MYR 2 for a cute top?? Hahaha.
disclaimer - lelaki berseluar pendek di sebelah kanan tiada kena mengena dalam ini cerita. haha

actually, kami punya plan for day 3 bukanlah untuk bershopping sahaja. Plan adalah ke Grand Palace, the official residence for the Kings of Thailand. sementara nak tunggu Kak Wa (seorang rakyat Thai dan fasih berbahasa melayu, cuma tak sure dia ada PR Malaysia ke tak) ambil kami untuk ke Grand Palace, kami kirai duit la dulu kan.. :)

jumpa Kak Wa di depan Platinum Mall, kami ambil taxi ke Grand Palace. Semasa buat research berkenaan dengan places to go when in Bangkok, ada banyak website yang dah warning. Hati-hati bila nak ke Grand Palace. Kerana ada sindiket yang menipu pelancong-pelancong dari luar yang tunggu di keliling tembok Grand Palace tu. Dia akan tipu dengan mengatakan Grand Palace tutup pada hari kita pegi dan akan offer untuk bawak kita jalan2 dengan membayar dia beberapa ratus baht. Dia akan bawak kita ke kilang jewellery la, ada few more places. So kena hati-hati ye. Grand Palace ni buka setiap hari pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali New Year dan semasa Festival Songkran. Compound Grand Palace ini adalah sangat besar iaitu 218, 400 sq. sila kira sendiri dalam kilometer. saya ambil fakta itu dari official website. tapi pengalaman berjalan kaki adalah sangat sadis. dengan suhu yang mencecah 40 darjah, ianya sesuatu yang memberi kesan besar. hihi.

oh, satu tips kalau anda bercadang nak ke Grand Palace. namanya pun istana King kan? King ibarat tuhan pada rakyat Thai, so tempat ini dijaga sangat2. Dalam tu ada temple dan banyak benda2 sacred, so pemakaian pengunjung perlulah sesuai ye adik-adik. Kalau yang muslim dan menutup aurat mungkin takde masalah. Tapi yang free hair dan seksi tu susah sikit. Memang la thailand tu panas, tapi bila masuk Grand Palace takde kompromi. Kalau pakaian tak sesuai, guard dia awal2 dah tunjukkan arah masuk ke dalam satu building di sebelah kiri gate utama untuk korang tukar pakaian. Not changing you clothes totally tapi pakai kain atau jaket yang bersesuaian. Kami ok, Kak Wa yang kena sarung kain sebab dia pakai leggings. hehe. Lepas dah pakai kain, kami terus ke kaunter bayaran. Sebenarnya ada area yang tak perlu pun korang bayar untuk masuk, tapi kami memang dah buat allocation untuk bayaran masuk ke Grand Palace, kita bayar dan nikmati sahaja ye. Oh, untuk bayaran masuk, rakyat Thai percuma ye. :)

on our way inside - tengok plastik bag yang Dali bawak. wakakaka.
the designs. Kak Wa, Dali and I. ;)

this is the only picture of us three, kot?

So, off we go. masuk dalam dan menikmati keadaa persekitaran. Kalau korang nak memahami sejarah Grand Palace dan ada bajet lebih, boleh hire pemandu pelancong yang memang fasih berbahasa Inggeris. Kami plak orang miskin, jalan menonong je la. Tapi tak susah pun, buat2 jalan dekat dengan family/rombongan yang hire pemandu pelancong, dengar je la explanation dia. hahaha. Dan kalau tak paham2 jugak, sila bukak laman web atau google sahaja. Template yang disediakan pun banyak. Ok. takyah citer banyak, kita tengok gambar-gambar k. Saya tak letak banyak kat sini, kita kumpul dan buat entry lain pasal Grand Palace je k! ;)

Mula-mula plannya adalah nak ke seberang sungai (Grand Palace letaknya di sepanjang sungai Chao Phraya) dan menuju ke Wat Arun. Sebab di Wat Arun ni korang boleh pakai traditional costume of Thai and pose. Tapi sebab kepanasan dan kelaparan, masing-masing tak jadi nak pegi bayar 30 sen untuk ke Wat Arun dan terus ajak Kak Wa g makan.

Lunch itu kami dapat peluang makan di area gerai di Bangkok. Dari Grand Palace, Kak Wa ajak naik tuk tuk ke area Buglampoo rasanya. Sebab dah hampir dengan Old Siam Plaza - tempat beli Thai silk. :). Memula agak horror gak nak makan kat dalam lorong tu (ye,kami makan kat gerai dalam lorong). Tapi melihatkan tukang masak pakai tudung, ucap salam pada kami dan yang makan di situ lebih 50% muslim, kami bedal sahaja. Yang mampu ditelan tekak ni hanya nasi putih dan sup ekor. Sup ekor original Thailand tak buang kulit ye kawan2. Tapi memandangkan aku orang Malaysia yang tak pernah tengok ekor yang masih intact dengan kulit, aku habiskan masa mengkopek kulit. Hahaha.

the oxtail sup. pedas dan panas.
sluurrpppp.

Habis makan, kitorang ke Old Siam Plaza pulak. Kali ni naik cab. Tanak naik tuk tuk dah. Sakit punggung dan asap busuk. :P Sampai je, terus mulakan pencarian thai silk. Rasa-rasa jumpa tak? Hahahaha.

Jeng jeng...


masa ni budak tudung putih tak minat nak membeli. dia minah batik ;)

Oh, heaven of Thai Silk baby!

kejung biji mata sekejap.
tapi beli dua pasang je. untuk Mak dan orang kirim sepasang. sebab diorang tak jual per meter. depa jual per ela. so malas nak convert2. tapi bila balik sampai hari ni menyesal!! :P

terus balik ke hotel lepas berjalan kat area tu. macam area Jalan TAR. segala benda ada. kedai kain ela, kedai jual favors wedding dan macam2. kami tak larat dah. hahaha. so balik. kami sampai di hotel dan solat asar. pastu keluar balik dan shopping sikit lagi. Hahaha.

Malam tu, Didi sampai di Bangkok dengan Syazwan dari Pattaya. keluar merayap lagi, Muni dan Dali tido kat bilik. Kami jalan2 carik CIMB Bank, Didi nak bersedia untuk shopping di Chatuchak the next day. Balik dari merayap tido sampai pagi!!

next entry...Bangkok Day 4 - shopping in Chatuchak..;)
saya akhiri entry ini dengan ucapan, jangan kentut di dalam teksi - only in Bangkok. ;)



Link to previous entries:

Bangkok Day 1 - Arrival, MyHotel Bangkok, Platinum Mall ;)
Bangkok Day 2 - Dreamworld, Naraya, MBK



4 comments:

my-name-is-dk said...

apesal asek muka ai je ada.. ? sabotaj eh ? muni punya tk de pn ni..hahhaa

swit@kon said...

my-name-is-dk,

ye. cobaan sabotaj! :P

Anonymous said...

hye!bape bhat per ela thai silk dorang jual kat sana eh?i'm planning a trip to chiang mai, so bolehla bajet2...tq

swit@kon said...

Anonymous,

thai silk kat sana diorang jual 4 ela dan bukan meter. dalam 150 4 ela tu. itu di Bangkok la. Chiang Mai i tak sure.

:) have fun in Chiang Mai!