Saturday, August 28, 2010

baking with swit@kon : lemon meringue pie

Salam semua.
Apa khabar? Hoho. Saya ada je. Cuma bercuti pada hari Jumaat yang lepas. Haha sangat pemalas nak ke ofis. Kalau pegi pun bukan bleh buat kerja, kena attend whole day course kat Auditorium. And luckily Dato' setuju nak postpone meeting ke hari Isnin. Few things happened during the hari cuti which is so freaking nice to think of. Nanti la kita cerita one by one okie dokie? Ehehehe. Me happy!

As for now, saya baru je menyudahkan satu dessert untuk dibawa ke rumah MakNgah sempena majlis berbuka puasa nanti. Kalau last week saya dah buat pavlova, minggu ni requestnya adalah Lemon Meringue Pie. Seminggu mencari resepi terbaik untuk dipilih, last sekali saya pilih dari Exclusively Food. Alasan memilih resepi itu bukan sahaja kerana ia adalah terbaik (mana nak tau terbaik ke tak kan? belum rasa) berbanding resepi2 lain tetapi disebabkan ada gambar2 yang menunjukkan beberapa step asas untuk menyediakan lemon meringue pie. Senang dan agak confidence sikit kan. Bleh la compare kita punya dan dia punya. 

So, here goes the recipe for Lemon Meringue Pie

Pastri/Pie Crust  *Mangkuk Pie?*


Tepung Naik Sendiri (1/2 cawan)
Tepung Gandum (3/4 cawan + 1 sudu besar)
Butter (120g) - guna yang baru dikeluarkan dari peti sejuk k. Cold Butter.
Gula Kastor (1 sudu besar + 3 sudu teh)
Telur (1 biji)

Cara2

  



(i) Gaulkan butter bersama campuran bahan2 kering (tepung dan gula kastor). Buat sampai jadi ala2 breadcrumbs dan masukkan telur. Sebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh dan canai sehingga menjadi sedikit nipis.
(ii) Balutkan dan simpan di dalam peti sejuk untuk tempoh selama 1 jam. Kemudian canaikan sehingga agak nipis (lebih kurang 4mm, takyah ukur pakai pembaris. Agak2 je k) dan letakkan di atas acuan pie. Beli di Alamanda RM 8.90. Hehehe. Tekapkan elok2 dan trim hujung2 yang berlebihan. 
(iii) Bakar dua kali. First bakar himpit dengan beras di atas pie itu, keluarkan beras itu selepas 10 minit dan bakar lagi selama 10-15 minit. Agak2 dan golden brown, boleh angkat dan ketepikan. Oh, suhunya ialah 180 darjah celcius. Kalau pakai oven yang ada kipas, guna 160 dah cukup. Hari ni saya baking guna butterfly oven baru. Manual.

pie crust : before and after

Inti Lemon/Lemon Filling


Tepung Jagung (4 sudu besar + 3 sudu teh)
Gula (3/4 cawan)
Jus Lemon Segar (2/3 cawan + 2 sudu teh) - saya pakai 2 biji lemon sederhana dan tambah dengan jus lemon dalam botol sebanyak 2 sudu teh
Air (230 ml)
Butter (60g)
Kuning Telur (3 biji)

Cara2

(i)) Campurkan tepung jagung, gula, jus lemon dan air. 
(ii) Panaskan menggunakan api sederhana dan kacau  untuk tempoh 10 minit. Dah dekat nak mendidih, kecilkan sedikit api dan kacau lagi. Bahan2 itu akan menjadi sangat pekat dan ala2 transparent. Macam gam. :P
(iii) Terus angkat dari api dan masukkan butter dan kuning telur tadi. Kacau sampai butter cair dan semua bahan bergabung sebati. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. 


Bila dah siap dua benda kat atas tu, iaitu pie crust dan filling nya. Sediakan meringue (pukul 3 biji putih telur dan 3/4 gula kastor). Tuangkan lemon filling ke atas pie crust, ratakan dan tuangkan meringue dan tutupkan kawasan2 filling itu dengan meringue. Bakar untuk tempoh 7-10minit atau sehingga meringue tadi warna dia bertukar sedikit. Sejukkan dan bolehlah makan. Tapi untuk hari ni, kena tunggu sampai waktu berbuka. Gambar2 hanya proses membuat. Gambar dan makan nanti, saya tepek later k!


Sila cuba. Seronok sebab tak susah pun. Saya dapat siapkan semuanya dalam tempoh 1 jam 30 minit sahaja. Skang masa untuk tido... bye..cuba tau!!!

the end product <3

xoxo. mwahsss.











6 comments:

thesweetlittlecat said...

wow, nampak sedap! sudah boleh buat pie yerk??? :) Nanti try pizza plak k?

Anonymous said...

wehhh... boleh la bukak kedai baking weh. aku boleh tlg jadi promotion manager. ngeeee






~coffeeaddicts~

cacah said...

ala... i memang fail bab bakar2 ni... :D tapi nampak cam sodap jer..

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

nice suggestions! akan diusahakan. cam nak pepperoni. yums!

swit@kon said...

~coffeeaddicts~

takyah kedai.
aku bukak bakery blog je.
kau jadi aku punya web developer. ok?

swit@kon said...

cacah,

hahahaha. beli elektrik oven je la. hehehe selamba