Thursday, August 26, 2010

keberkatan dari Mu



i've been meaning to write about this entry since Adni posted out her entry, Lillahita'ala. Maaflah. Adalah terlupa sebab di kepala membayangkan entry2 tertangguh yang begitu banyak termasuk memori2 kengkawan dan family yang masih belum diupdate dalam blog. 

Semalam sebelum berbuka berborak dengan Mak pasal keberkatan di bulan Ramadhan dan bulan2 lain. Kata Mak, ada seorang office boy di tempat kerja dia yang berumur lewat 30-an. Mempunyai anak seramai 6 orang dengan yang paling dewasa berumur 17 tahun. Dan dia mempunyai penyakit kencing manis yang kronik di mana dia terpaksa mencucuk insulin setiap hari. Bila dihitung gaji bulanannya selepas ditolak semua pinjaman dsbgnya, jumlah bersih yang dibawa pulang hanya RM 200. Jabatan Kebajikan juga ada memberi sumbangan sempena Ramadhan, sebanyak RM 200. Cukup? Saya sayu dan insaf mendengar cerita itu. Bahkan tatkala menaip ini pun masih bersisa air mata. Huhuhu. syahdu la. Di saat saya dengan gembira mencari sepasang flat sandal untuk mencukupkan koleksi kasut yang berbondong-bondong itu, masih ramai lagi orang yang nak carik sesuap nasi pun payah. Walaupun kasut yang dah di try dan nak dibeli itu hanyalah RM 29.95. InsyaAllah, nak tengok2 dalam almari yang penuh dengan baju ni untuk disedekahkan serta kalau ada lebih rezeki, nak saya hulurkan sedikit bantuan.

Anyways, back to Adni. Since early Ramadhan, she had been searching for rumah anak yatim sempena Ramadhan untuk diberikan sumbangan and Alhamdulillah she did. And what i failed to do is to forward her message to my readers (ececece ada ke orang baca?? haha) to seek for any help. So memandangkan hari ini 26 Ogos dan tarikh tutup sumbangan itu perlu disalurkan adalah 27 Ogos 2010 (Jumaat), saya rasa masih sempat untuk korang semua memberikan apa2 jua bentuk bantuan. Bantuan yang akan diberikan akan disalurkan ke Asrama Kasih YBK, Taman Serendah, Selangor. Disebabkan bagi yang  berkhidmat dalam Kerajaan baru je dapat gaji semalam dan announcement yang dibuat iaitu semuanya mendapat RM 500 duit raya, tak salah kot kalau a little bit of the portion kita salurkan kepada yang memerlukan?

So, kepada yang berminat, bantuan tersebut boleh disalurkan ke akaun berikut sebelum atau pada 27 Ogos 2010 :

(i) CIMB - 12480078957524
(ii) Maybank - 162807013530
(Nu*rul Adni binti Z*ainul Ariff)

Dan kalau yang mempunyai masa dan nak join program berbuka puasa bersama 170 anak-anak di Asrama Kasih YBK pada 29 Ogos 2010 (Ahad) adalah dialu2kan. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Adni melalui blog nya di sini.

Semoga kegembiraan menyambut Syawal dapat dikongsi bersama-sama dengan mereka.Kalau tak banyak pun, sedikit dah mencukupi. InsyaAllah, ada balasan dari Nya satu hari nanti. Thanks untuk korang yang sudi membaca entry ini, apatah lagi yang sudi menghulurkan bantuan. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” Riwayat Ahmad.  (link)

InsyaAllah..Amin.

2 comments:

My Love.. said...

aku dh bsedekah di bulan yang mulia ni ke orang miskin..tp aku nk kasi baju kurung yang banyak2 kt umah tu xterbagi lagi..

Adni Ariff said...

jazakallah! thank you so much. Syukran! semoga kita semua beroleh keberkatan,insyaAllah. terima kasih skali lagi!~

<3