Tuesday, May 11, 2010

Travel Review : Trip To Tawau


oh. ini telah berlaku sebulan yang lalu. 
maaflah. saya memang agak busy dan banyak event lain yang telah menyebabkan saya lupa pada trip yang satu ini. adalah beberapa sebab saya lupa (atau buat-buat lupa) dengan my travelling trip to Tawau. saya ke sana atas urusan kerja. memang tak boleh nak elak, sebab kerja dan kalau elak pun memang rugi. sebabnya, bila tah lagi saya nak ke Tawau kan? sedara mara takde. bau-bau bacang lagilah. :D

so anyways, trip kali ni agak panjang berbanding dengan trip-trip ke Kota Kinabalu previously. menggunakan aura mengada gedik saya, saya pohon ceecee untuk booked tiket yang ada dua digit. hahaha. sebab konon nak naik flight besar. merasalah flight besar sangat kau! saya SENGAJA booked tiket KL-KK, diikuti dengan KK-Tawau. teka lah, naik apa. haha dapatlah naik flight obersea katanya. tapi bukan ke Jepun atau Korea , tapi ke Taiwan. dan kapal terbangnya adalah boeing biasa. (gelakkan sejuta kali!!!) 

sampai je di KLIA (thanks Dalila, hantarkan!) terus saya buat check-in (masa ni belum ada BB :P) di mesin itu dan buat check-in untuk dua-dua flight. dengan andaian flight delayed ke, takut ramai la apa la. so, i jenjalan kat dalam tu dan terbeli sebotol body wash Coconut Passion yang baunya sungguh menggiurkan. adapun panggilan telah dibuat, saya dah redha sebab dah nampak plane cinonet yang bakal dinaiki. oh, keadaan saya dalam kapal terbang adalah lebih horror. penumpangnya agak hiruk pikuk dan asik bangun duduk dari tempat. yes, saya benci naik flight dan saya pening sepanjang perjalanan. oh ye, dalam flight itu juga, saya duduk di tengah2. sebelah kiri (iaitu di tingkap) adalah seorang akak yang bertugas di KKIA. dia tahu bila nak bercakap dengan saya dan bila nak tido/berhenti berborak. sebelah kanan pula adalah seorang pakcik yang umurnya dalam linkungan lewat 50-an. dia baik. dia beri saya coklat Ferrero Rocher percuma yang dia tak mahu dan sepasang topeng muka H1N1. dia sangat peramah. dan ceritanya berbalik dari family, kerja, kawan-kawan dan segalanya. termasuk pemandu teksi di Kuala Lumpur dan Putrajaya. bila dia tahu yang saya berkhidmat di JayPeeYam, dia terus masuk jarum mintak projek. oh, itu belum masuk Dato'-Dato' yang dia kenal. argh tak mengapalah. cuma dia telah membuatkan saya mabuk sehingga saya sampai di Kota Kinabalu. bukan dia. tapi juga dua orang penumpang perempuan di hadapan tempat duduk yang beriya2 mengambil gambar sambil berdiri sewaktu touch down! itu cerita dalam kapal. luar kapal pulak....

saya touch down di KKIA lebih kurang jam 530 petang. adalah tidak perasan di tiket MASWings itu tertulis flight KK-Tawau jam 9.30 malam. so saya berjalan-jalan di dalam KKIA tanpa ada niat jahat untuk bershopping di Pasar Filipina. jam 6.15 petang saya dah meroyan penat. phone pulak bateri dah kong. kena carik tempat untuk charge. saya terus buat muka kiut dan mintak kastam tu lepaskan saya untuk saya masuk ke sebelah dalam. hah, terus ke Starbucks untuk charge battery sambil menikmati senja di tingkap besar KKIA. bosan pulak tu. tunggu lama sangat. cake pun rasanya tak sedap macam selalu. hahaha. sebab penat tahu!

teman tapi mesra (nampak tak sunset kat tingkap tu??)
- Strawberries & Cream Frap (first day lauch the same day saya di KKIA), Wedding Mags (wtf) & Carrot Cake

saya angkut beg, terus sambung jalan2. niat di hati yang penuh nafsu nafsi ni nak beli perfume la ape la. last2 tak jadi jugak. terus turun ke departure hall. sambung lagi charge battery di tepi corner. nasib baik abang polis bantuan tu tak marah. sukati aku charge battery kat tiang KKIA. apa lagi. masa ada lagi 3 jam masa tu, tengok tv. boleh? kalau tahu, dah lama amik flight direct ke Tawau. huhu penat uolls. T___T akhirnya panggilan untuk flight MasWings ke Tawau berkumandang tepat jam 9.15 malam. hamikkan, lunyai ye puan-puan dan tuan-tuan. kalau ku tahu, aku mintak sesapa kat KK amik bawak balik rumah, or makan seafood!

pengalaman naik MASWings? it was ok. hahaha ke sebab saya dah letih, i dozed off the entire journey. oklah. dengan beg yang berat (jangan bawak beg berat kalau nak naik plane cinonet ye), teragak2 jugak pramugari itu tolong angkat. sama je macam kapal terbang biasa, cuma sempit lagi lah. luckily seat bersebelahan saya kosong. feature yang menarik perhatian adalah ketiadaan pramugari yang menunjukkan cara-cara memakai tali pinggang dan safety jacket tu. diorang cuma guna video. cam flight besar la kan. :P dan selepas dihidangkan dengan air apple dan muffin gemok, diorang tunjukkan video tentang keindahan Sabah dan Sarawak. me likey. tapi saya mengantok sangat masa tu, saya tido. 


Sampai di Tawau jam 11.00 malam. call Urus Setia, dia tipu saya kata belum sampai di airport. saya nak nanges k. huhu. takde saudara, kawan2 - dah nekad nak tido airport. rupanya dia dah sengeh2 tunggu depan pintu. chet! Tanpa minta dibawa minum mamak ke, saya ajak dia balik hotel terus. letih sangat dah. saya menginap di Hotel Kingston Executive, betul2 di tengah bandar Tawau. bilik super huge, bersih. cuma maybe ada bau2 rokok yang tak habis sikit tu yang buat saya loya masa first time masuk. 

bilik untuk dua malam

Kelas saya the next day jam 1.30 petang dan 7.30 malam. Kelas diadakan di Kem Kukusan, Tawau. merasalah masuk kem dan teringat cerita zaman di PULADA. hiks. saya tak sempat berjalan-jalan kerana kereta limited dan saya pun tiada mood. Saya jalan2 kat area hotel pun tanpa bawa turun kamera. nak buat apa, amik gambar rumah kedai je kan? ada jugak teringin nak ke Semporna untuk Lepa-Lepa, tapi masa tak mengizinkan. Hari ke-3 jam 10.00 pagi saya dah bertolak ke airport Tawau semula. kali ni naik flight terus ke KL. hahaha. tobat! tapi apakan daya saya, saya cuba check-in awal. rupanya saya ditempatkan di seat paling hujung di dunia iaitu 27. waaaaaaaaaa nanges. nasib saya baik sedikit sebab saya seorang je. cuma semasa flight itu, saya minum 3 cawan guava juice untuk menghilangkan rasa loya dan kepeningan. (saya asik terbau2 toilet la....T___T). nak bitau, saya jumpa seekor lipas keluar dari hujung seat saya. *nanges lagi*

di Lapangan Terbang Tawau

tiada apa ole-ole yang dibeli. hanya t-shirt sahaja. itu pun t-shirt Sipadan (motif?). menyesal tak beli frozen seafood kat airport. haih. anyways, saya suka Sabah. saya teringin nak pergi lagi. tak kisah la memana destinasi pun di Sabah. saya teringin nak makan seafood yang diceritakan sungguh murah itu. 

bila lagi eh nak g Sabah. hehehe










1 comment:

thesweetlittlecat said...

beb.. bila ko tweet aku?? tak jupe pun.. byk sgt tweet2..