Tuesday, May 4, 2010

Jalan sambil Kerja

di Penang!!!

ini berlaku last month. minggu ke 2 bulan April.
saya ke sana atas urusan kerja.
ceramah patutnya hari Sabtu. saya ke sana Jumaat. sebab malas lepak office. boleh?
saya bercuti lah. hahaha.

so, flight KL-Penang sampai betul2 sore khamis itu dan seperti biasa, benda pertama kalau sampai di Penang adalah Nasi Kandar. haha. itu wajib ye. dan ianya perlu dinikmati di Kayu Original!

ini merupakan trip ke-2 untuk tahun 2010 ni. first masa Geng! Trip tempoh hari. (entry itu di sini).
apa saya buat kat Penang? erm. macam2. banyak yang boleh dioffer oleh pulau chomel itu.
so apa yang saya buat? hehehe. takde apa pun besides makan dan merayap dan borong dvd haram.



  1. Layan Seoul Garden di Mid Valley. Review? erm. first time. saya bagi 4 bintang. love, love, love the bbq. especially daging black pepper dan teriyaki chicken. yums. nak pegi lagi. anyone??
  2. Lepas makan, perut buncit kita mesti ke City Hall. ramai la orang. so kami decide untuk jenjalan kat area tu. niat di hati nak layan orchestra Sekolah Cina kat City Hall tapi kami terlewat la pulak. sampai dah pun habis. lagipun kena beli tiket. terus sambung perjalanan untuk exercise lepas makan di area Mahkamah Pulau Pinang itu.
  3. Bilik tempat berehat. Kali ni Urus Setia tempatkan kursus di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. very naise place. untuk ada kursus, untuk tido. rate pun tak tinggi. hanya RM90/nite kalau tak silap. 
  4. usah ditanya ini apa. hahaha. ini adalah semasa di Perodua Service Centre. 
  5. Jeti ke Pulau Jerejak. Mahu menghabiskan duit untuk dinner di sana. ratenya hanya RM 35/pax. apakan daya. fully booked untuk hari itu. tidak jadi.
  6. Teh Tarik di tepi pantai. sebab tak jadi pegi Jerejak, lepak tepi tu je la. layan blues tepi pantai. tengok orang menjala. 
  7. Pari masak pedas. sedap kau. nasib baik tak berapa nak elok cuaca petang itu. ini di area Queensbay. memang mejanya betul2 di gigi air. al-kisah, sedang makan, hujan terus menderu. terus bangun dan bayar.
  8. Starbucks@e-Gate. my favourite place. sebab ada semua kedai makan yang best. Secret Recipe, Sushi King, Tao Japanese Buffet, Starbucks dan lenlain. kira semua ada. parking pun senang. tak perlu masuk shopping kompleks. me likey!
see. betulkan. di Penang kerjanya makan dan jalan je. memang gomok. 
ok. nak pegi Penang lagi.nak makan sedap dan jalan lagi. kita tunggu Puan Kopi meletup ye!


:D


1 comment:

Lady said...

jeles betul tengok orang suka suki jalan penang nih! dah lama tak balik utara.. haisyoo~ rindu nak berDVD haremm...