Sunday, June 6, 2010

tapak kaki keras


howdy peeps!
buat pe hujung2 minggu ni?
cuti sekolah kan? sure korang dapat banyak jemputan kawin kan?
me? nah. i got one yesterday dan kena kerja sekali. 
datang sebagai emcee dan sebagai jemputan jugak.

recap kekerasan tapak kaki bermula jumaat. selepas pulang dari office, terus siap2 untuk hadir majlis nikah anak esyoubee kat Bangi. lepas je nikah tu, gerak ke dewan gemilang, youkayem untuk konon2 nak tengok setup dewan. menyedihkan ye, percaya atau tak, kami sampai jam 10 malam, pekerja in-charge dewan tu dah bising2 nak tutup dewan. memang tak sempat buat apa2. dah la kami kena angkat platform dan segala2 nye. dia siap boleh berdiri kat suis lampu dah ready nak tutup lampu dewan. menghalau ok. geram haku. jangan harap aku rekemen orang lain buat wedding kat situ lagi. period!

the next day seawal jam 10 lebih dah siap2 kat dewan. nasib baik pakai baju biasa. kena angkat itu ini. last2 kul 12 tukar baju memang bau dah macam apa. kerja started at 12.40 dan berakhir jam 4 petang. kaki memang super sakit dah la masa ni. sebab ke hulu hilir dewan. but double thumbs up untuk kumpulan muzik tradisional Banghuris atas persembahan yang super duper hebat! i like. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas wedding di dewan, saya dah janji ngan Kak Azura untuk datang jumpa dia. Actually dia buat aqiqah untul Ellery di rumah PIL dia di Bangsar. saya tak sempat datang but she insisted me datang dan jumpa. So i drove to Bangsar dan sampai di sana lebih kurang 5.30 petang with the same baju plus worse smell. :P. Sian Ellery, aunty atie masam! lama jugak borak2 sampai kul 7 saya pun mintak diri balik.

Malam tadi tido memang awal, jam 9.00 dah memang terlelap. tapi ada la manusia yang jenis apatah tak reti nak fikir orang lain tapi fikir diri sendiri je yang memekak2 di malam hari. jam 10.30 saya terjaga. kerana paluan kompang yang sangat jelas walaupun saya tinggal di tingkat 17. ye, saya paham. ada majlis perkahwinan. tapi sekiranya majlis itu berlanjutan sehingga dah hampir jam11, faham2 lah orang nak tido. ini tidak. kompang tu sekuat2 hati siap gendang bagai, 4 set lagu kot. Kemudiannya kalau habis di situ saja, tak mengapa lah. ini tidak. Habis kompang masuk pulak karaoke. hampir jam 12 juga saya baru berupaya terlelap. Itu pun karaoke itu belum habis. Masih terngiang2 di telinga ni lagu Aku Seorang Perindu ke Perindu Sepi tajuknya - Jamal Abdillah. Saya bukan lah inhuman tapi memang sakit hati kerana dah lewat malam. Bukan tak boleh, setakat nak berkompang jam 8-9 malam tu tak mengapa. Tapi bila dah sampai jam 11 pun tak reti2 lagi nak stop, lu fikirlah sendiri. Saya tingkat 17, kalau ada bayi2 di tingkat lebih bawah tu nak tido?? Entah lah. Mana tah letaknya social responsibility mereka. kepala sakit sebab terjaga tetiba, bunyi bising, kaki sakit lagi. hati makin sakit huhu. thanks Kiera dan Ika melayan twitter geram aku semalam!

tambah sakit hati kerana pagi ni saya kena bangun awal. dah malam tadi terjaga kerana kompang. Pagi ni jam 8 lebih dah kena sampai di Hospital Ampang. Saya ke sana untuk jadi emcee program official kerajaan. drive sendiri, sesat pulak. bukan sesat lah, dah sampai dah area pandan indah/pandan mewah tu tapi konpius antara Hospital Ampang dan Pantai Hospital Ampang. satu hospital kerajaan, satu hospital swasta. dah takde nama lain kot dah depa nak bubuh. Hahaha. Habis rehearsal jam 1 tadi. Terus balik rumah. Niat ni macam nak ajak Mak g Ikea petang nanti. Tengok dulu. Nak tido jap, tapi karaoke kenduri kawin kat bawah ni tak habis2. Nak lelap pun payah. mahu lumurkan lotion di kaki dan tido.

Kaki saya sakit, tapak dah makin keras dan haus. Tapi saya happy buat benda yang saya suka.
Erghhh tu dia. Dah start balik karaoke!!!! *ikut dialog citer P.Ramlee* dia bunyi lagiiiiiiiii.

moral of the story, dalam dunia ni, ada manusia lain jugak.
nak buat apapun, memang hak kita tapi jangan sampai kita rampas hak orang lain kerana kita akan dipersoalkan nanti.

have a nice Sunday kawan2.
esok saya CTR! tapi kena kerja juga. kerja yang lebih mencabar dan saya nervous. 
wish me luck.


xoxo





No comments: